Aku Mualaf - Part 5

"Atit.." mak memanggil aku. Tegas dan mendatar. Tiada kemesraan dalam nada suaranya. Aku mendekati mak dengan perasaan yang agak takut.

"Dinga d nama utai ka dipadah ke aku. [Awak dengar apa yang mak nak cakap.]"

Aku memasang telinga. Melihat tepat ke wajah mak. Namun, masih tiada senyuman.

"Abdul Manaf ukai apai d. Apai d keturunan Kayan, ukai Melayu. Nya alai nama d Wann. Laban nama apai d Wann Anyi. [Abdul Manaf bukan ayah awak. Ayah awak keturunan Kayan, bukan Melayu. Sebab itu nama awak Wann. Sebab nama ayah awak Wann Anyi] " mak memberitahu aku dengan nada suara yang masih sama.

Aku terkejut. Tidak menjangka mak akan membuka cerita tentang ayah kandung aku. Sebenarnya, aku sudah pun melupakan persoalan itu. Aku kenal siapa Wann Anyi. Cikgu mak. Aku pernah melihat gambar Wann Anyi dengan jubah warna hijau tua. Agak berisi. Dan boleh aku katakan langsung tidak menyerupai aku. Tapi aku diamkan saja. Malas nak berdebat dengan mak, jauh disudut hati, aku tahu mak berbohong lagi.

21.12.1999
Mak memberitahu tentang kenyataan ayah kandung aku. Barulah aku tahu, aku anak kayan sejati. Tapi, entah kenapa, aku masih tidak boleh menerima hakikat itu. Ada sesuatu yang menyatakan semua itu tak betul.

Aku mencatatkan apa yang terjadi siang tadi dalam diari kecilku. Ku simpan di bawah bantal agar orang lain tidak menjumpainya. Cuti hujung tahun sangat membosankan. Tahun depan aku berada di Tahun 6. UPSR menanti aku. Semalam mak sudah pun memberitahu yang aku akan dimasukkan ke asrama. Sudah tentu Cumel tidak ketinggalan. Ah.. budak itu, sentiasa menjadi bayang bayang aku.


***************************************************************************
"Atit.. ka ngau aku d? [Atit, awak nak ikut saya tak?]" abang sepupu memanggil nama ku separuh menjerit.

"Kini? [Ke mana?]"

"Ke kebun." 

"Au.. anang guai. Nganti ku nukar baju dulu au aka' Yerk. [Ya.. sekejap. Tunggu saya tukar baju dulu abang Yerk.]" aku berlari masuk ke dalam bilik. Yerk - abang sepupu yang paling rapat dengan aku. Tua 8 tahun daripada aku, ketika masih bayi, mak saudara aku kata, abang Yerk yang banyak menjaga aku. Aku pernah dengar mak kata nak jodohkan aku dengan Abang Yerk. Ish.. tak masuk akal betul lah. 

Aku selalu dengar cikgu kata, dalam agama cikgu - Islam - Perkahwinan yang melibatkan saudara dekat tidak digalakkan. Erm.. aku memikirkan hubungan aku dengan abang Yerk. Mak abang Yerk kakak kepada mak aku. Seibu sebapa. Ish.. tak mau tak mau. Rasa macam kahwin dengan abang pula. [Lagipun dia memang abang aku kan?]

"Aka'.... D diau ngau mami ari mit nda?[Abang, awak tinggal ngan mak dari kecil kan?]" pertanyaan aku hanya dijawap anggukkan.

"D ngelala Wann Anyi nda? [Awak kenal Wann Anyi kan?]" abang Yerk mengangguk lagi.

"Maya mami bergulai ngau Wann Anyi, aku udah bisi ka?[Masa mak bersama dengan Wann Anyi, aku sudah ada kah?]" pertanyaan aku mengundang ketawa kecil dari abang Yerk.

"Ni bisi. Mami d agi sekula maya nya. Ia jadi ngau Manaf baru d bisi.[ Mana ada. Mak awak masih sekolah masa tu. Dia kahwin dengan Manaf baru lah awak ada.]"


Kan betul. Semua orang kata benda yang serupa. Mak saja yang menafikan. Takpe lah. Selepas ini, aku masuk asrama. AKu tidak perlu berdepan dengan suasana rumah yang sentiasa hinggar binggar. Aku tidak lagi menjadi mangsa kemarahan mak setiap kali mak bergaduh dengan ayah baru ku. Aku tidak perlu lagi membuang masa menjaga adik.

Tapi.... aku terpaksa berjauhan dengan nenek. Kalau boleh bawa nenek masuk asrama kan bagus......





1 comments to "Aku Mualaf - Part 5"

  • Teruskan penceritaan dengan menggunakan lirik asal tanpa mengubahnya.

    Lirik diubah maka pincanglah melodi secara total.

    Biarkan penceritaan bercambah mengikut peredaran masa.

    -OGI-

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters