"Atit.." mak memanggil aku. Tegas dan mendatar. Tiada kemesraan dalam nada suaranya. Aku mendekati mak dengan perasaan yang agak takut.
"Dinga d nama utai ka dipadah ke aku. [Awak dengar apa yang mak nak cakap.]"
Aku memasang telinga. Melihat tepat ke wajah mak. Namun, masih tiada senyuman.
"Abdul Manaf ukai apai d. Apai d keturunan Kayan, ukai Melayu. Nya alai nama d Wann. Laban nama apai d Wann Anyi. [Abdul Manaf bukan ayah awak. Ayah awak keturunan Kayan, bukan Melayu. Sebab itu nama awak Wann. Sebab nama ayah awak Wann Anyi] " mak memberitahu aku dengan nada suara yang masih sama.
Aku terkejut. Tidak menjangka mak akan membuka cerita tentang ayah kandung aku. Sebenarnya, aku sudah pun melupakan persoalan itu. Aku kenal siapa Wann Anyi. Cikgu mak. Aku pernah melihat gambar Wann Anyi dengan jubah warna hijau tua. Agak berisi. Dan boleh aku katakan langsung tidak menyerupai aku. Tapi aku diamkan saja. Malas nak berdebat dengan mak, jauh disudut hati, aku tahu mak berbohong lagi.
21.12.1999
Mak memberitahu tentang kenyataan ayah kandung aku. Barulah aku tahu, aku anak kayan sejati. Tapi, entah kenapa, aku masih tidak boleh menerima hakikat itu. Ada sesuatu yang menyatakan semua itu tak betul.
Aku mencatatkan apa yang terjadi siang tadi dalam diari kecilku. Ku simpan di bawah bantal agar orang lain tidak menjumpainya. Cuti hujung tahun sangat membosankan. Tahun depan aku berada di Tahun 6. UPSR menanti aku. Semalam mak sudah pun memberitahu yang aku akan dimasukkan ke asrama. Sudah tentu Cumel tidak ketinggalan. Ah.. budak itu, sentiasa menjadi bayang bayang aku.
Kan betul. Semua orang kata benda yang serupa. Mak saja yang menafikan. Takpe lah. Selepas ini, aku masuk asrama. AKu tidak perlu berdepan dengan suasana rumah yang sentiasa hinggar binggar. Aku tidak lagi menjadi mangsa kemarahan mak setiap kali mak bergaduh dengan ayah baru ku. Aku tidak perlu lagi membuang masa menjaga adik.
Related Posts
1 comments to "Aku Mualaf - Part 5"
Translate This Blog
Welcome to my website
Followers
My Blog List
-
Apa yang Kamu Tahu?7 years ago
-
Al kisah aku kini seorang ibu10 years ago
-
Anonymous says:
Teruskan penceritaan dengan menggunakan lirik asal tanpa mengubahnya.
Lirik diubah maka pincanglah melodi secara total.
Biarkan penceritaan bercambah mengikut peredaran masa.
-OGI-