Aku Mualaf - Part 3

Keadaan dalam gereja hinggar bingar. Aku membelek buku yang berkulitkan hijau tua. Menyanyikan lagu yang terkandung di dalamnya. Ada juga beberapa buah lagu yang aku hafal. Ala.. kalau setakat lirik lagu Siti Nurhaliza tu aku boleh hafal. Inikan pula lagu yang wajib setiap kali hujung minggu. Paderi ke hadapan, memulakan doa dengan nyanyian. Aku turut serta sambil menjeling keluar gereja. Keadaan kadang kadang membosankan aku. Masa satu jam membuat aku lemas. Lebih lebih lagi dengan suara kanak kanak ribena yang asyik melalak je.

"Mami d nda ngau Atit? [Mak awak tidak ikut kah Atit?]" paderi bertanyakan soalan yang sama kepadaku, setiap minggu. Err.. nak jawab macam mana, mak hanya akan muncul di gereja masa sembahyang Krismas je. Setahun sekali la tu. Aku menggeleng.

"Mami agai KL. Nganjung ini' berubat. [Mak ke KL. menghantar nenek pergi berubat]" aku menjawap dengan sejujurnya. Sudah tiga hari mak di Kuala Lumpur. Dulu mak berjanji, kalau aku mendapat tempat pertama dalam kelas, mak hendak membawa aku bersama dengannya. Tapi, aku tidak pernah percaya pada janji mak. Mak selalu menipu. Dan selalunya, janji mak akan berakhir dengan pelbagai alasan. Jadi, kalau mak berjanji.. aku buat tidak peduli. Aku tahu, mak takkan tunaikannya.

 "Tu borang. Aku ka ngasuh d ngau pekit nyalin injil. [Ni borang. Saya nak suruh awak mengikut pertandingan menyalin Injil]" borang ditangan paderi aku ambil. Aku baca. Entah mampu ke tidak aku menyalin Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Sudahlah tulisan seperti cakar ayam, namun begitu aku mengangguk. Biarlah, sekurang- kurangnya, itu membuatkan aku membaca kitab. Hehehe..

Hendak merayau lama di pekan, aku tidak sampai hati. Adik tinggal keseorangan di rumah. Walaupun ada makcik yang menjaga, namun aku tidak mahu mereka mengadu dengan mak yang aku pergi ke pekan. Sampai di rumah, aku memulakan operasi sejak dua hari yang lepas. - Menyelongkar rumah - hahaha.. dan kerana itu, rumah itu kelihatan seperti tapak pelupusan sampah. Mungkin lebih teruk.


Aku masuk ke dalam almari. Mencari dan mencari. Entah apa yang hendak aku cari pun aku tidak tahu. Sehingga pandangan aku tertumpu pada kertas kecil yang dilipat, agak lusuh. Aku mengambil, membukanya dengan berhati-hati supaya tidak terkoyak dan aku terbaca :



  • Nama : Roviana Lugica Binti Abdul Manaf




  • Tarikh lahir : 10 January 1988




  • Nama ayah : Abdul Manaf Bin Sulaiman




  • Nama Ibu : Elizaberth Sanga ak Dan




  • Aiks?? Itu nama mak. Siapa pula nama lelaki itu? Siapa yang empunya nama ni? Aku membelek kertas berwarna hijau muda kecoklatan itu. Tetiba aku teringat pada kata kata makcik ku. Aku anak melayu? Aku Islam? Tak mungkin. Mak cakap aku kristian. Ayah aku kristian. Tak mungkin. Aku simpan kertas itu di tempat asalnya dan terus berfikir. Siapakah aku? Siapakah ayah aku?



    3 comments to "Aku Mualaf - Part 3"

    Pages

    Welcome to my website

    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

    Followers

    Twitter Updates

      follow me on Twitter
      Web hosting for webmasters