"Hanger udah dibai'? [Hanger sudah dibawa?]" aku mengangguk kepala bila mak bertanya sambil memandang sayu ke arah nenek yang memerhatikan mak menyimpan semua beg aku dalam kereta.Demi masa depan yang gemilang, aku cuba untuk meninggalkan apa yang aku sayang di belakang.Setibanya di perkarangan asrama, muka aku terasa panas bila mata mata memandang. Terasa aku lah mahluk yang paling pelik di atas muka bumi ini.
"Belajar manah manah. Anang manchal, jaku cikgu anang enda ninga. Aku nyau dulu. [Belajar baik baik. Jangan nakal, kata cikgu jangan tak dengar. Aku pergi dulu.]" hanya itu yang mak boleh katakan sebelum meninggalkan yang sedang berusaha mengemas dan melipat baju. Bila pernah aku melipat baju, sebelum ini nenek yang lakukan untukku. Terasa ingin saja aku menjerit memanggil nama nenek agar menolong aku disaat itu. Pada siapalah aku mengadu.
Sesudah mengemas loker, aku berjalan sendirian. Memangnya aku tidak mahu berteman, menyusahkan. Pada pandangan aku lah. Aku alihkan pandangan aku ke ufuk barat, matahari sedang menyembunyikan diri. Sinarnya indah. Aku terpesona. Aku memanjat bahu tangga sekolah, sambil menghadap ke barat. Dahulu, aku selalu dengar cikgu cikgu mencari arah matahari terbenam kalau nak sembahyang. Ermm.. agaknya Tuhan ada di situ. Aku pejam mata.
Tuhanku, berikanlah kebebasan sepenuhnya untuk aku. Aku tidak mahu menderita akibat dikongkong oleh mami. Aku nak kan kejayaan.
Tuhanku, berikanlah aku kegembiraan agar aku tidak menangis.
Tuhanku, terang dan tenangkanlah hati ku untuk menghadapi ujian UPSR hujung tahun ini.
Aku bermonolog, mengharapkan Tuhan mendengar luahan dan harapan ku. Aku sering berkata pada diri sendiri, aku ibarat burung. Sekarang ni anak burung, bila aku dah besar nanti, dah tumbuh sayap, pasti aku akan terbang jauh. Jauh dari tempatku.
Begitulah keadaan aku setiap petang. Aku menghadap sang matahari yang tersembunyi, berharap agar Tuhan mendengar suara, segala yang berlaku dalam hidup, aku tidak lagi tulis dalam diari, sebaliknya, aku mengadu pada Tuhan. Aku percaya, Tuhan itu ada. Hingga kadang kadang, selepas makan, pukul 6 petang aku sudah 'bertenggek' di bahu tangga, menanti sang matahari menghilangkan diri. Kelas tambahan bermula pukul 7 malam. Di kampung, 7 malam sudah gelap, bahkan sangat gelap. Tapi, kegelapan itu tidak pernah menggusarkan aku. Aku anak kampung yang biasa dengan kegelapan, rumah panjangku tiada bekalan air dan elektrik, kalau nak belajar, kena guna pelita minyak tanah.
Dulu, aku selalu tengok ayahku [ayah dalam IC ku yang ku panggil Didi] mengepam pelita. Entah aku tak tau nama pelita tu apa. Yang penting aku selalu tengok Didi mengepam pelita itu.
"Atit! D udah makai? [Atit, kau dah makan?]" suara Cumel nyaring dari bawah, mendongak melihat aku yang masih lagi di atas bahu tangga. Aku terjun, betul betul di hadapannya, sambil aku menepuk dahinya. Agak kuat sebelum aku menjawap.
"Ka agi ila, anang ngangau ke aku atit ditu. Kangau ke wann ja. [Lain kali, jangan panggil aku Atit di sini. Panggil wann saja]" Aku berkata sambil berlalu meninggalkan dia tanpa menjawab soalan yang sepatutnya aku jawap. Sebenarnya, aku memang malas nak layan budak manja yang asyik mengekor ke mana arah tuju kaki aku melangkah. Cuma, aku bernasib baik setiap kali aku 'bercakap' dengan Tuhanku, tiada siapa yang ada. Kerana masing masing sibuk di padang atau pun di asrama, hanya aku saja di bangunan sekolah. Tetapi, guru guru sedia maklum dengan kehadiran aku di bangunan sekolah. Jadi, jika guru guru memerlukan aku pada masa itu, mereka akan mencari aku di situ.
Aku tahu, mungkin kerana aku di antara pelajar cerdik, namun disertai dengan masalah disiplin yang membimbangkan, guru guru mengambil berat akan perihal aku. Tetapi, aku tidak mahukan begitu. Aku mahu nenek. Satu satunya wanita yang paling aku sayang. Mungkin..
Related Posts
0 comments to "Aku Mualaf - Part 6"
Translate This Blog
Welcome to my website
Followers
Blog Archive
My Blog List
-
Apa yang Kamu Tahu?7 years ago
-
Al kisah aku kini seorang ibu10 years ago
-