Aku Mualaf - Part 5

"Atit.." mak memanggil aku. Tegas dan mendatar. Tiada kemesraan dalam nada suaranya. Aku mendekati mak dengan perasaan yang agak takut.

"Dinga d nama utai ka dipadah ke aku. [Awak dengar apa yang mak nak cakap.]"

Aku memasang telinga. Melihat tepat ke wajah mak. Namun, masih tiada senyuman.

"Abdul Manaf ukai apai d. Apai d keturunan Kayan, ukai Melayu. Nya alai nama d Wann. Laban nama apai d Wann Anyi. [Abdul Manaf bukan ayah awak. Ayah awak keturunan Kayan, bukan Melayu. Sebab itu nama awak Wann. Sebab nama ayah awak Wann Anyi] " mak memberitahu aku dengan nada suara yang masih sama.

Aku terkejut. Tidak menjangka mak akan membuka cerita tentang ayah kandung aku. Sebenarnya, aku sudah pun melupakan persoalan itu. Aku kenal siapa Wann Anyi. Cikgu mak. Aku pernah melihat gambar Wann Anyi dengan jubah warna hijau tua. Agak berisi. Dan boleh aku katakan langsung tidak menyerupai aku. Tapi aku diamkan saja. Malas nak berdebat dengan mak, jauh disudut hati, aku tahu mak berbohong lagi.

21.12.1999
Mak memberitahu tentang kenyataan ayah kandung aku. Barulah aku tahu, aku anak kayan sejati. Tapi, entah kenapa, aku masih tidak boleh menerima hakikat itu. Ada sesuatu yang menyatakan semua itu tak betul.

Aku mencatatkan apa yang terjadi siang tadi dalam diari kecilku. Ku simpan di bawah bantal agar orang lain tidak menjumpainya. Cuti hujung tahun sangat membosankan. Tahun depan aku berada di Tahun 6. UPSR menanti aku. Semalam mak sudah pun memberitahu yang aku akan dimasukkan ke asrama. Sudah tentu Cumel tidak ketinggalan. Ah.. budak itu, sentiasa menjadi bayang bayang aku.


***************************************************************************
"Atit.. ka ngau aku d? [Atit, awak nak ikut saya tak?]" abang sepupu memanggil nama ku separuh menjerit.

"Kini? [Ke mana?]"

"Ke kebun." 

"Au.. anang guai. Nganti ku nukar baju dulu au aka' Yerk. [Ya.. sekejap. Tunggu saya tukar baju dulu abang Yerk.]" aku berlari masuk ke dalam bilik. Yerk - abang sepupu yang paling rapat dengan aku. Tua 8 tahun daripada aku, ketika masih bayi, mak saudara aku kata, abang Yerk yang banyak menjaga aku. Aku pernah dengar mak kata nak jodohkan aku dengan Abang Yerk. Ish.. tak masuk akal betul lah. 

Aku selalu dengar cikgu kata, dalam agama cikgu - Islam - Perkahwinan yang melibatkan saudara dekat tidak digalakkan. Erm.. aku memikirkan hubungan aku dengan abang Yerk. Mak abang Yerk kakak kepada mak aku. Seibu sebapa. Ish.. tak mau tak mau. Rasa macam kahwin dengan abang pula. [Lagipun dia memang abang aku kan?]

"Aka'.... D diau ngau mami ari mit nda?[Abang, awak tinggal ngan mak dari kecil kan?]" pertanyaan aku hanya dijawap anggukkan.

"D ngelala Wann Anyi nda? [Awak kenal Wann Anyi kan?]" abang Yerk mengangguk lagi.

"Maya mami bergulai ngau Wann Anyi, aku udah bisi ka?[Masa mak bersama dengan Wann Anyi, aku sudah ada kah?]" pertanyaan aku mengundang ketawa kecil dari abang Yerk.

"Ni bisi. Mami d agi sekula maya nya. Ia jadi ngau Manaf baru d bisi.[ Mana ada. Mak awak masih sekolah masa tu. Dia kahwin dengan Manaf baru lah awak ada.]"


Kan betul. Semua orang kata benda yang serupa. Mak saja yang menafikan. Takpe lah. Selepas ini, aku masuk asrama. AKu tidak perlu berdepan dengan suasana rumah yang sentiasa hinggar binggar. Aku tidak lagi menjadi mangsa kemarahan mak setiap kali mak bergaduh dengan ayah baru ku. Aku tidak perlu lagi membuang masa menjaga adik.

Tapi.... aku terpaksa berjauhan dengan nenek. Kalau boleh bawa nenek masuk asrama kan bagus......




Read more


Hukum - Hukum Dalam Islam

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim....

Lima Jenis Hukum
- Ada lima (5) jenis hukum di dalam Islam iaitu Wajib, Sunat, Haram Makruh dan Mubah.

1. Wajip
- Sesuatu hukum atau perintah yang mesti dilakukan. Jika perintah atau hukum itu dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan akan mendapat dosa. Contohnya adalah sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat.

2. Sunat
- Sesuatu perintah atau hukum jika dilakukan akan mendapat ganjaran pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa. Contohnya adalah sembahyang terawih.

3. Haram
- Sesuatu hukum atau perintah (larangan) jika dilakukan akan mendapat dosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala. Contohnya ialah meminum arak, berzina.

4. Makruh
- Sesuatu hukum atau perintah (larangan) jika dilakukan tidak dihukum berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala. Contohnya adalah memakan bawang atau petai bagi orang yang akan pergi sembahyang berjemaah.

5. Mubah
- Sesuatu yang dikerjakan atau ditinggalkan tidak mendapat apa apa. Tidak diberi pahala dan tidak mendapat dosa.

Read more


Aku Mualaf - Part 4

Kepulangan aku dari sekolah disambut gembira dengan kepulangan nenek. Aku mencari mak, semalam aku tidak sempat bertanyakan hal yang penting kerana aku tertidur. Dan awal pagi tadi aku terlewat bangun.

"Ini' ni mami? [Nenek, mak mana?]" aku mencari segenap arah.

"Mami d di belakang. Meri' manuk makai. [Mak kamu di belakang. Bagi ayam makan]" tanpa berkata apa apa, aku mencari mak. Dan melihat mak sedang membelakangi aku.

"Mami, sapa Abdul Manaf? Ia apai aku kah? [Mak, siapa Abdul Manaf? Dia ayah saya ke?]" aku terus bertanya. Sepanjang di dalam kelas, persoalan itu berlegar di kepala aku. Mak berpaling, mendepani aku. Ketara wajah mak memerah. Aku menelan liur. Aku tahu mak sedang mengawal kemarahannya. Dan secara tidak langsung, aku rasa sangat tidak selesa di dalam perut aku. Gelisah.

"Dini d meda nama nya? [Kat mana awak tengok nama itu]" suara mak yang tiba-tiba meninggi mengejutkan aku.

"Ba.. ba.. ker..kertas dalam.. al.. almari.. [Di.. di.. ker...kertas.. dalam.. al.. alamari]" aku terketar. Tanpa diduga, pantas tangan mak mencubit lenganku. Aku menjerit kesakitan. Berbisa. Ku tahan air mata yang mengalir. Namun, aku tidak mampu, dan akhirnya aku menangis.

"Anang sesekali d nyebut nama nya agi ba mua aku. Ia ukai apai d! [Jangan sesekali awak menyebut nama itu di hadapan aku. Dia bukai ayah awak!] mak melangkah masuk ke dalam rumah dan meninggalkan aku yang masih menangis di luar. Aku memandang ayam ayam peliharaan mak yang seolah olah mentertawakan aku. Dengan air mata yang masih bersisa, aku mengambil sebiji batu sebesar penumbuk aku dan membaling batu itu ke arah ayam yang sedang menikmati makanan mereka.

Ayam - ayam mak bertempiaran melarikan diri dan membuat bunyi yang sangat bising. Aku puas. Padan muka ayam.

"Yaaa.. lapa tak bangat gatal jari ngacau manuk nya Atit! [ Yaaaaa... kenapa la gatal tangan sangat menganggu ayam itu Atit!]" telinga aku terasa perit. Mak memulas telinga aku sambil membawa aku masuk.

Dan kesudahannya, aku menangis lagi.

"Umbas nya ngaga urang ke mit bakanya. [Sudahlah buat budak kecik tu macam tu]" nenek bersuara. Barangkali bersimpati dengan suara tangisan aku yang semakin membingitkan suasana. Mak melepaskan tangannya, dan aku terus menangis di ribaan nenek.

"Sapa ngasuh ia bangat gatal jari ngacau manuk nya makai. [Siapa suruh dia gatal tangan sangat ganggu ayam sedang makan]" mak menjeling aku dengan perasaan marah.

"Anang manchal ke agi ila. [Lainkali jangan nakal]" nenek mengusap rambut aku.

"Ini'.. sapa Abdul Manaf? [ Nek, siapa Abdul Manaf? ]" aku bertanya. Nenek diam. Aku menunggu.

"Tukar baju d. Simpan dalam beledi. [ Tukar baju awak. Simpan dalam baldi]" jawapan nenek mengecewakan aku. Aku pasti, itu nama mak.. tapi siapa mereka berdua. Akhirnya, aku membuat kesimpulan. Itu adalah aku. Kerana itu, sehingga sekarang aku tidak mempunyai sijil lahir. Kerana mak tidak mengambil sijil lahir yang asal.

Sampai hati mereka merahsiakan kebenaran dari aku.

Read more


Aku Mualaf - Part 3

Keadaan dalam gereja hinggar bingar. Aku membelek buku yang berkulitkan hijau tua. Menyanyikan lagu yang terkandung di dalamnya. Ada juga beberapa buah lagu yang aku hafal. Ala.. kalau setakat lirik lagu Siti Nurhaliza tu aku boleh hafal. Inikan pula lagu yang wajib setiap kali hujung minggu. Paderi ke hadapan, memulakan doa dengan nyanyian. Aku turut serta sambil menjeling keluar gereja. Keadaan kadang kadang membosankan aku. Masa satu jam membuat aku lemas. Lebih lebih lagi dengan suara kanak kanak ribena yang asyik melalak je.

"Mami d nda ngau Atit? [Mak awak tidak ikut kah Atit?]" paderi bertanyakan soalan yang sama kepadaku, setiap minggu. Err.. nak jawab macam mana, mak hanya akan muncul di gereja masa sembahyang Krismas je. Setahun sekali la tu. Aku menggeleng.

"Mami agai KL. Nganjung ini' berubat. [Mak ke KL. menghantar nenek pergi berubat]" aku menjawap dengan sejujurnya. Sudah tiga hari mak di Kuala Lumpur. Dulu mak berjanji, kalau aku mendapat tempat pertama dalam kelas, mak hendak membawa aku bersama dengannya. Tapi, aku tidak pernah percaya pada janji mak. Mak selalu menipu. Dan selalunya, janji mak akan berakhir dengan pelbagai alasan. Jadi, kalau mak berjanji.. aku buat tidak peduli. Aku tahu, mak takkan tunaikannya.

 "Tu borang. Aku ka ngasuh d ngau pekit nyalin injil. [Ni borang. Saya nak suruh awak mengikut pertandingan menyalin Injil]" borang ditangan paderi aku ambil. Aku baca. Entah mampu ke tidak aku menyalin Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Sudahlah tulisan seperti cakar ayam, namun begitu aku mengangguk. Biarlah, sekurang- kurangnya, itu membuatkan aku membaca kitab. Hehehe..

Hendak merayau lama di pekan, aku tidak sampai hati. Adik tinggal keseorangan di rumah. Walaupun ada makcik yang menjaga, namun aku tidak mahu mereka mengadu dengan mak yang aku pergi ke pekan. Sampai di rumah, aku memulakan operasi sejak dua hari yang lepas. - Menyelongkar rumah - hahaha.. dan kerana itu, rumah itu kelihatan seperti tapak pelupusan sampah. Mungkin lebih teruk.


Aku masuk ke dalam almari. Mencari dan mencari. Entah apa yang hendak aku cari pun aku tidak tahu. Sehingga pandangan aku tertumpu pada kertas kecil yang dilipat, agak lusuh. Aku mengambil, membukanya dengan berhati-hati supaya tidak terkoyak dan aku terbaca :



  • Nama : Roviana Lugica Binti Abdul Manaf




  • Tarikh lahir : 10 January 1988




  • Nama ayah : Abdul Manaf Bin Sulaiman




  • Nama Ibu : Elizaberth Sanga ak Dan




  • Aiks?? Itu nama mak. Siapa pula nama lelaki itu? Siapa yang empunya nama ni? Aku membelek kertas berwarna hijau muda kecoklatan itu. Tetiba aku teringat pada kata kata makcik ku. Aku anak melayu? Aku Islam? Tak mungkin. Mak cakap aku kristian. Ayah aku kristian. Tak mungkin. Aku simpan kertas itu di tempat asalnya dan terus berfikir. Siapakah aku? Siapakah ayah aku?


    Read more


    Lagi Lagi Facebook

    tus Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100.
    Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: February 27, 2010 10 online
    61
    Ulasan


    infinity-downline


    Akhir-akhir ini terlalu banyak yang bertanya pada aku mengenai status halal dan haram program Infinity Downline. Sampaikan pada satu tahap, dah ramai ‘friends’ Facebook yang terpaksa di delete kerana sibuk spam orang lain dengan dakyah “Login Facebook Dapat RM 100″. Alahai….


    Dalam masa yang sama, aku sendiri pun tidak dapat membantu sebab aku jahil dalam bab-bab ini. Memang aku sendiri tidak expert bab-bab MLM ini, apatah lagi kalau melibatkan pembayaran wang untuk tujuan yang aku sendiri tidak dapat pastikan.


    Tapi apabila membaca pendapat Ustaz Zaharuddin, hati aku cukup lega (sebab dah ada rujukan). Dan sekarang, aku sudahpun ada “point” yang aku boleh pegang. Bacalah pendapat Ustaz Zaharuddin dan jika hati kamu mempunyai syak yang tinggi dari kepastian, kamu tahu apa yang harus dilakukan (jangan pula selepas ini kamu cakap tiada rujukan pula ya!)


    **************************************


    Oleh:
    Zaharuddin Abd Rahman
    www.zaharuddin.net


    Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari’. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini.


    Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.


    Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.


    Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.


    Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-


    1. Latar belakang syarikat dan web.


    Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois’, seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.


    Domain “Whois”:
    The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of “Infinity Downline” has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)


    Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.


    Penilaian saya:
    Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.


    2. Asal dan perkembangan syarikat.


    Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.


    Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.


    Penilaian saya:
    Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.


    Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.


    3. Produk yang dijual.


    Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio (termasuk berkenaan bible!):


    Outsourcers Bible.
    Easy Niche Riches.
    Profitable Web Site.
    Finding a Lawyer.
    Cyber Law.
    Grant Writing.
    Guerilla Marketing Tactics.
    Business Card Marketing Tactics.
    All About Acne.
    Patent Pending.
    Bedroom To Boardroom.
    Profit From Public Domain Data.
    Internet Finacing.
    Mentor Fortunes.
    Investing In You.
    Time Management.
    Marketing Moms.
    Wealth Building Secrets.
    Virtual Plastic.
    Article Marketing.
    Hiring and Retaining Good Employees.
    Life After Stroke Male Part.
    Life After Stroke Female.
    Leveraging Public Data.
    Home Seller Power Tips.
    Website Supernova Audio.
    You and Your Tattoo.
    Convert Docs To PDF.
    Blogging Your Way To Business Success.
    Internet Marketing Mindset.
    Viral Marketing.
    Social Bookmarking Secrets.
    SEO Cash Cow.
    Change Your Mind.
    eBay Marketing.
    How To Promote.
    Membership Site Call.
    Mastermind Recordings Marshall.
    Mastermind Recordings Marc Goldman.
    Mastermind Recordings Kacper.
    Mastermind Recordings Gislason.
    Instant Bestseller.
    Profitable Forex Trading.
    Extreme Persuassion Strategie.
    Customer Tested Buying Triggers.
    Explosive Influence Tactics.
    Clever Profit Generating Insights.
    Blockbuster Cash Secrets.
    Covert Product Selling Principles.
    Breakthrough Sales Solutions.
    Amazing Advertising Tips.
    Boot Camp.
    Million Dollar Copy.
    Internet Made Easy.
    How To Buy Into Success.
    Portal Profits.
    Business Metamorphosis.
    Getting Away From The Hype.
    IT for Small and Home Based Businesses.
    Skip The Mistakes To Success.
    Easy Money Interviews.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin.
    Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian.


    Beikurt pula senarai videonya :-


    Affiliate Marketing 101.
    An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec.
    Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec.
    Creating Your Site- continued 19 min 49 sec.
    Marketing Your Site 19 min 36 sec.
    More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec.


    Camtasia Training Series.
    Introduction To Camtasia 7 min 23 sec.
    Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec.
    Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec.
    More About Editing Part 1 7 min 00 sec.
    More About Editing Part 2 7 min 47 sec.
    Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec.


    Drupal Training Series.
    How To Install Drupal 11 min 30 sec.
    Setting Up Drupal 12 min 42 sec.
    Site Building Options 20 min 27 sec.
    Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec.
    Organizing Content 25 min 20 sec.
    Even More Setup 18 min 03 sec.
    Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec.
    Setting Meta Tags 13 min 51 sec.


    Exit Traffic Negotiator Installation.
    Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec.


    Firefox 2 Training Series.
    Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec.
    Firefox Blue Ice 5 min 10 sec.
    Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec.
    Firefox Browsing History 7 min 41 sec.
    Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec.
    Firefox Browsing History 7 min 41 sec.
    Firefox Download Manager 7 min 33 sec.
    Firefox Error Console 4 min 00 sec.


    Download files 12 min 13.
    Info bar 11 min 42.
    Karen’s Cookie Viewer 7 min 28.
    keep updated 13 min 23.
    manage addons 7 min 10.
    phishing filter 11 min 17.
    pop up blocker 13 min 29.
    secure transactions 7 min 23.
    security overview 10 min 06.
    security zones 11 min 17.
    software explorer 13 min 41.
    spysweeper introduction 6 min 36.
    spyware malware 8 min 23.
    stop script errors 2 min 06.
    temporary internet folder 10 min 36.
    understanding certificates 18 min 31.
    windows defender introduction 11 min 05.


    Joomla Training Series.
    Installation 18 min 00 sec.
    Setup Joomla Site 17 min 49 sec.
    More Setup Options 24 min 28 sec.
    Create The Site 15 min 23 sec.
    Setup The Site 23 min 25 sec.
    Setup Contnued 13 min 22 sec.
    Inside The Site 18 min 46 sec.


    Microsoft Access Training Series.
    Access ACCDE Databases 1 min 52 sec.
    Access Email Updates 3 min 59 sec.
    Access File Format 1 min 45 sec.
    Access Layout View 2 min 32 sec.
    Access Navigation Pane 2 min 41 sec.
    Access New UI 5 min 10 sec.
    Access Password Security 2 min 43 sec.
    Access Navigation Pane 2 min 41 sec.
    Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec.
    Access Report Design 2 min 15 sec.
    Access View Toolbar 2 min 27 sec.


    Microsoft Excel Training Series.
    Excel Cell Types 3 min 20 sec.
    Excel Charting 4 min 18 sec.
    Excel Conditional Formating 4 min 44 sec.
    Excel Headers Footers 2 min 03 sec.
    Excel New File Format 8 min 51 sec.
    Excel New Interface 8 min 01 sec.
    Excel Pivot Tables 6 min 20 sec.
    Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec.
    Excel Templates 3 min 44 sec.
    Excel Themes 3 min 20 sec.


    Microsoft Office Training Series.
    MSOffice versions 4 min 41 sec.
    MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec.


    Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram.


    Lihat sahaja tajuk seperti:-


    Outsourcers Bible.
    Bedroom To Boardroom .
    You and Your Tattoo .
    Profitable Forex Trading.


    Ia pastinya mengandungi pengajaran hal-hal yang bertentangan dengan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.


    Oleh itu, saya yakin, produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet.


    Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti sampah yang dihias bagi mencatikan gambaran skim sahaja.


    Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu.


    Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.


    Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk.


    4. Plan pembayaran komisyen (compensation plan)


    Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.


    Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini:


    Yang difahami darinya :


    - Dengan modal : RM100 ( 25 USD)


    - Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)


    - Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun


    - Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak).


    CONTOH:
    Seorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.


    Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (= mangsa):


    Level 1 – 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
    Level 2 – 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
    Level 3 – 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
    Level 4 – 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
    Level 5 – 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000


    Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.


    YURAN SETIAP BULAN:


    Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :


    Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.


    Ini jelas satu lagi unsur haram!
    Modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!


    Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat?


    Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.


    Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat!


    Penilaian saya:


    Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.


    Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook, video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.


    Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.


    Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).


    Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.


    Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.


    KESIMPULAN AKHIR


    1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.


    2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.


    3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.


    4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.


    Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.


    Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal.


    Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.


    Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat.


    Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.


    **************************************


    Fikirlah sendiri, nak pertimbangkan semua fakta yang telah di kaji dengan secara mendalam ini ataupun ingin menerima lagi cakap ’salesman’ dari Infinity Downline di barat sana. Dulu kata TIADA SUMBER rujukan, sekarang jangan cakap “tak tahu ” pula.


    Pada saat taukey Infinity Downline ini ketawa terbahak-bahak menerima duit dari orang Islam melalui money game yang mereka cipta, kita masih lagi tidak nampak!


    Jangan sampai duit haram tu dah membesarkan anak-anak dan di beri makan kepada orang tua di kampung sana, barulah nak “tersedar”… huhuhu


    **************************************


    * Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. Niat asal hanyalah untuk membantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.


    p/s: Lepas ini mesti ada yang cakap “alaaa… itu cuma pandangan jer!” (padahal semua pandangan itu berlunaskan hukum-hakam yang dia sendiri tahu akan kesahihannya… alahai…)


    p/s/s: Sekali dah ‘tersangkut’, susah hendak berpatah balik… betul ke ehhh?

    Read more


    Aku Mualaf - Part 2

    "Dani Atit. [Bangun Atit]" nenek mengoncang tubuh ku. Pukul 5.30am. Aku melangkah malas. Mata masih ku pejamkan dan... dum. Aku terlanggar tiang utama dalam rumah. Langgaran itu membuat aku tersedar sepenuhnya. Meraba kepala yang mula membengkak.


    "Yaaaa.. lapa tak bangat adai mata. Tiang ngemesai mesai nya dilantak ga [Laaa.. kenapa macam takde mata. Tiang sebesar itu pun nak dilanggar]" nenek mendekati aku. Aku menghindar. Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan orang tua itu. Ahh.. mana aku nampak tiang itu. Cahaya pelita minyak tanah yang kekuningan tidak memampukan aku untuk melihat persekitaran.


    Walaupun bukan selalu aku melanggar tiang, namun kegelapan dan kesejukan pagi itu sudah biasa aku lalui. Bahkan, setiap hari. Aku menguap. Terasa ingin memejamkan mata, namun aku tidak mahu kejadian yang sama berulang. Mandi, kemudian bersiap. Tanpa bersarapan, aku memejamkan mata sesaat sementara menunggu mak.


    "Udah tembu d? [Awak sudah bersiap?]" suara mak, seperti biasa kedengaran garang. Aku mengangguk, menyedari mak tidak melihat. Aku menjawap malas.


    "Udah. [Sudah.]"


    "Aram ya enti udah. Ditinggal ke bas legi. [Marilah kalau sudah. Nanti ketinggalan bas pula]" Aku mengekor langkah mak. Bukannya aku tidak tahu itu sekadar ugutan mak. Alaa.. Mak kan konduktor bas. Kalaupun bas itu terlupa atau tertinggal mak, pastinya driver dia akan berpatah balik untuk mengambil mak. Dan, aku pula dapat lah menumpang bas secara percuma. Aku tersengih.


    "Nama hal tak lesey lesey baka kerang but? [Kenapa tersengih sengih macam kerang busuk?]" Aku tergelak mendengar soalan mak. Pantas menggelengkan kepala.


    "Bisi duit d? [Awak ada duit?]" soalan mak aku jawap dengan gelengan. Mak menyeluk saku, mengeluarkan kepingan syiling berwarna keemasan, dan menyerahkan sekeping kepada aku. Seperti lazimnya, aku tahu, belanja aku untuk hari ini. RM 0.60, tambang balik nanti RM 0.40. Cukup la tu. Eh.. takpe, nanti aku pergi ke rumah mak saudara ku yang no 3, mak saudaraku selepas mak Si Cumel tu. Boleh makan free. Duit lebih aku simpan, buat tambang pergi ke pekan hujung minggu nanti.


    ************************************


    Tengahari, seperti kebiasaannya, aku makan keseorangan. Sememangnya, aku tidak punya teman. Dan aku tidak pernah peduli. Dari kejauhan, aku melihat, Sharidhaaim Dhiyaulhaq dengan lebih mesranya dengan nama M berkejaran dengan kawan kawan lain. M dan adik beradiknya, adalah pelajar yang beragama Islam. Kadang-kadang, aku selalu melihat mereka belajar mengaji di sebelah petang. M.. aku sekelas dengan nya sejak tadika, bahkan mak aku juga mengenali keluarga M. Tapi kenapa, aku memang tidak pernah bercakap dengan dia. Malas la nak layan.


    "Ulih kami duduk ditu? [Boleh kami duduk di sini?]"


    Aku mengangguk tanpa memandang siapa yang bertanya.


    "Aku Luli, tu kawan aku Jani. D deh? [Saya Luli, ni kawan saya Jani. Awak pula?]"


    Aku memandang dua orang pelajar perempuan di hadapan ku. Tayang gigi lagi. AKu tahu siapa mereka, pelajar tahun 6, budak area kampung aku jugak, tapi agak jauh.


    "Aku Wann. [Saya Wann]"
    Dan dari situ lah aku mengekor ke mana saja langkah Luli dan Jani. Ada Luli ada juga Jani.


    Read more


    Syair Sang Pencinta Duka

    Semalam yang aku lewati
    Kelam tidak bercahaya
    Gelap tidak bermaya
    Semalam yang aku tinggalkan
    kusam tidak berseri
    Layu tidak mewangi
    Aku berdiri....
    masih lagi disini
    menanti agar esok cahaya kian mendekati
    Tapi...
    rupanya cahaya belari meninggalkan aku
    dan.. 
    Aku pula?
    masih lagi kaku
    Terkedu
    Termangu
    Terpaku
    dan...
    kelu...


    allucaRd

    Read more


    Aku Mualaf - Part 1

    Allahu Akbar
    Allahu Akbar
    Ashhado an la ilaha illa-’l-Lah.
    Ashhado an la ilaha illa-’l-Lah.
    Ashhado anna Muhammada ’r—Rasula ’l Lah
    Ashhado anna Muhammada ’r—Rasula ’l Lah
    Hayya ’ala ’ s-Sala
    Hayya ’ala ’ s-Sala
    Hayya ala ’l-Falah
    Hayya ala ’l-Falah
    Allaho Akbar
    Allaho Akbar
    La ilaha illa ’ l-Lah



    "Padam ke TV nya, bala laut sembahyang. Kapa d ka ninga?"
    [Tutup TV tu, Melayu sembahyang, kenapa awak nak dengar?]. suara mak mengejutkan aku yang khusyuk mengikut laungan azan dalam peti TV hitam putih. Aku sedia maklum, kalau pukul 7.30 petang, akan berkemundang irama seakan irama muzik yang sangat merdu itu. Aku tidak menjawap, tidak juga mengendahkan kata kata mak. Sebentar lagi rancangan kartun kegemaran aku akan bermula. 


    "Apuuu.. ninga ke nda nembiak tu! [Dengar ke tidak budak ni!]" suara mak mula meninggi. Aku merengus dan menjawap kasar.


    "Anang guai la! Katun udah tu legi deh! [Tunggu la sekejap! Kartun la selepas ni!]"


    Tap. Skrin TV hitam sepenuhnya. Aku memandang wajah mak yang kian menyinga. Aku bangun dan menghentakkan kaki. Begitu lah keadaannya setiap malam. Entah kenapa mak memang tidak pernah suka dengan irama sembahyang melayu itu. Kadang-kadang, tanpa sedar, aku turut menyanyikan irama itu. Alaa.. itu kan sekadar nyanyian. Apa yang mak peduli sangat?


    Aku menghentak kaki dan keluar dari bilik lantas menuju ke bilik sepupu aku. Cumel. Yela tu comel la sangat. Perasan. Tapi nak buat macam mana kan, dah mak saudara aku buat nama dia macam tu. 


    "Nama hal kitu deh? [Kenapa datang sini?]" Cumel bertanya, pada hal dia tahu sebab aku datang. Aku tayang gigi.


    "Ka meda katun. [Nak tengok kartun]" Aku duduk di hadapan TV tanpa mempedulikan mak saudara ku yang sudah pun menjeling. Aku peduli apa. Alaa.. bukan luak pun TV mak saudara aku tu. 


    "Nyadi mami d agai KL minggu baru Atit? [Jadi mak kamu ke KL minggu depan, Atit?]" bapa saudara aku tiba tiba bersuara. Aku sekadar mengangguk kepala. Malas nak layan perbualan orang tua. Bukan best mana pun.  Aku bukan tak tahu, mak ke KL untuk menghantar nenek. Jadi aku lah yang kena menjaga adik. Huh. Keluhan berat aku lepaskan. 


    "Taun baru test UPSR d ney Atit? Kapa d ka sekula agi, d nadai surat beranak, sekula pandai pandai nadai meh guna. [ Tahun depan awak ada exam UPSR kan Atit? Kenapa awak nak sekolah? Awak kan takde sijil lahir, sekolah pandai pandai pun tak ada guna]" 


    Aku memandang mak saudara ku. Lancangnya mulut. Aku bangkit, dan menjawap. 


    "Enti ku nda ulih test, menteri ulih meh nulung aku. [ Kalau saya tak dapat exam, menteri pun boleh tolong saya]" 


    Aku balik, berbungkus dalam selimut. Bukannya aku tidak tahu yang aku tidak mempunyai sijil lahir. Orang kata, aku anak luar nikah. Aku selalu tanya mak, tapi mak tak nak jawap. Orang kata, aku anak melayu. Aku beragama Islam. Aku tanya mak. Mak menengking aku. Aku diam. Orang kata, aku tak boleh ambil periksa, sebab aku tidak ada sijil lahir. Aku tak kisah. Aku tahu, guru besar takkan biarkan aku untuk tidak mengambil peperiksaan. Aku tahu, mak saudara dengki dengan aku sebab aku selalu dapat tempat pertama dalam kelas. Tak apa lah. Aku menangis dalam hati. 


    "Nama hal d bebungkus Atit? [Kenapa awak berselubung Atit?]" tangan tua nenek menyentuh bahu aku. Aku diam. Berpura-pura tidur. Dan akhirnya aku benar benar terlena. 








    to be continued.. aku mualaf 2010

    Read more


    Sejarah Nabi Adam a.s

    Nabi Adam A.S. merupakan nabi dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah yang dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka di antara mereka ada yang taat dan ada pula yang enggan.Nabi Adam A.S. pada mulanya ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi bersama isterinya, Hawa kerana mengingkari perintah Allah.
    Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi, langit, malaikat-malaikatnya; Allah mahu mencipta pula sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi serta memeliharanya.
    Para malaikat ketika dikhabarkan oleh Allah akan kehendak-Nya menciptakan makhluk itu, mereka risau sekiranya kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:

      "Wahai Tuhan kami! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

    Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
      "Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]

    Kemudian, diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna

    Read more


    5 Langkah Tangani Perubahan Wajah

    1. Bersihkan wajah

    • Bersihkan wajah setiap kali selepas berpeluh, atau selepas melakukan aktiviti luar, terutamanya bagi anda yang menggunakan mekap. Pilih pembersih wajah yang sesuai dengan kulit. Di samping itu, bersihkan wajah setiap pagi dengan menggunakan pelembap yang mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) bagi mendorong eksfoliasi. Manakala, pada malam hari, bersihkan wajah dengan pembersih jenis berkrim.
    2. Amalkan pelembap
    • Pilih pelembap yang sesuai dengan jenis kulit. Pilihan pelembap yang mengandungi SPF 15/20 dengan pelindung UVA/UVB, serta mengandungi antioksidan, pomegranate dan vitamin C mampu melindungi kulit dari radikal.

    Read more

    Pages

    Welcome to my website

    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

    Followers

    Twitter Updates

      follow me on Twitter
      Web hosting for webmasters