Al kisah aku kini seorang ibu

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Al kisah kini aku telah pun menjadi seorang ibu. Mempunyai sendiri anak, merasa bagaimana membawanya 9 bulan dalam rahim, merasakan bagaimana perit ketika melahirkan, merasa bagaimana aku serasikan diri dalam usia berpantang 44 hari. Ada masa aku mengamuk, aku fed up, aku stress dalam melayan karenanhnya, tapi bila difikir balik, aku mula rasa bersalah.. apa yang anak kecil itu tahu, yang dia tahu kalau ada yang dia tidak puas hati dia mula melalak, dan umminya ini mula pula pening kepala. Dia nak apa?? Alya Nur Batrisya, andai suatu masa nanti, kamu sudah dewasa, sudah mula pandai berfikir sendiri, sudah mula meneroka dunia luar, dan saat bila kamu rasa ummi mu ini bukan seorang yang sempurna untukmu, maka di sini, ummi titipkan khas pesanan buat kamu. Agar kamu tidak lupa, bahawa wanita ini sanggup menyerahkan nyawa untuk kamu. Bahawa wanita ini akan sentiasa ada di belakangmu, bahawa wanita ini, akan menyintaimu lebih dari mana mana insan. 

Sayangku, ketika entri ini ditaip, ummi mu berada di tempat kerja, meninggalkan kamu yang pastinya sedang menangis mencari. Ummimu sedang bergelumang darah, bergelumang najis, sedang menyambut kelahiran, menatap wajah bayi yang baru, membersihkan mereka sedangkan kamu, kamu masih lagi menangis mencari di mana ummi mu. Sayang, bukan ini yang ummi mahu, sebetulnya ummi ingin berada di samping mu setiap saat, sejak dari kelahiran kamu, hari kedua berpantang, ummi sendiri yang memandikan kamu, menguruskan kamu, ummi tidak ingin terlepas satu peluang pun berkenaan denganmu. Kerana ummi tahu, kamu adalah satu satunya yang ummi ada, mungkin tidak akan ada selepas kamu. Di saat ibu orang lain lena di buai mimmpi bersama permata kecil mereka, ummi berjuang untuk menyelamatkan nyawa orang lain dengan cara yang berbeza. Ummi inginkan kamu sentiasa ada di sisi, kerana ummi pernah merasa janggal bila berada di sebelah wanita yang ummi gelar ibu. Sayangku yang bijaksana, ummi mu ini membesar dengan nenek, itulah penawar hati yang duka bila sang ibu tiada. Itulah yang sering mendengar keluh kesah sedangkan ibu mencari harta dunia.Pernah suatu ketika, ummi mu ini berkata " Duit ku mampu cari, tapi bukan kasih sayang" tapi, sang ibu tidak pernah tahu, mungkin dia tahu, tetapi kekangan hidup masa kini sayang menyebabkan kaum wanitanya terpaksa mengerah tenaga juga. Ummi tidak pernah ditemani ketika mengambil hadiah untuk pelajar terbaik, tidak pernah ditemani ketika mendaftar untuk tahun pertama sekolah, bahkan, ummi mu ini tidak ditemani ibunya ketika sedang bergelut dengan nyawa. Itu yang membuat hati sangat terkilan, akan tetapi sayang, ummi mu terjumpa seorang insan yang baik hati, baginya seteruk mana pun seoran ibu itu, dia tetap ibumu, syurga ummi di bawah kakinya ketika itu. Lantas, setelah memilih Islam sebagai pegangan hidup, ummi mula menerima bahawa sang ibu juga menyayangi ummi sebenarnya. Tetapi dengan cara yang ummi tidak pernah tahu. Mungkin kamu juga akan begitu, di mana kamu merasakan bahawa ummi ini tidak menyayangi kamu, lantaran itu mulut ummi asyik membebel sahaja. Itu tanda sayang, itu tanda cinta, jika tidak sayang, tidak wujudnya kamu di dunia ini. Itu saja sudah cukup membuktikan bahawa ummi mu sangat mengasihi kamu.

Kekasih hati,
Di waktu kecilmu, ummi suka memelukmu, mencium mulut yang wangi >.< mencium pipimu yang gebu, mencium perutmu yang sedikit gendut, jika kamu mula meyembur air liur, orang lain mula melarikan diri, maka ummi juga akan mencium pipimu walau penuh dengan air liur kamu, ummi juga membasuh punggungmu, kadang kadang menunggu kamu habis meneran. Sayang, ummi cerita bukan ummi mengungkit kisah lama, tetapi ummi mahu kamu tahu, inilah wanita itu... dan jika kamu kata suatu hari nanti kamu tiada sesiapa, jangan lupa Alya, wanita ini ada sentiasa, andai jasad nya tiada, ummi tetap wujud di hati mu.. InsyaAllah sayang. Sayang, ummi tidak suka mendengar tangisan kamu, lebih lebih lagi kamu sudah pandai menjerit, sungguh ummi tidak suka. Seolah olah kamu tidak berpuas hati, ummi tidak suka akan kekasaran yang kamu mulai pelajari. Tidak, kamu perempuan, seorang perempuan seharusnya lembut, suaranya sayup, bukan nadanya tinggi dan nyaring. Kamu tidak perlu menjadi dominan sayang untuk tampil istimewa, kerana kamu memang istimewa pada asalnya. Kamu yang sulung dan bongsu.. Kamu yang pertama dan terakhir.. Tidak perlu meninggi untuk jadi tinggi, kadang kadang kita tunduk merendah pun orang lain akan angkat kita sayang, ibarat padi.. semakin berisi semakin tunduk. Sayang, untuk hari ini, setakat ini yang ummi tuliskan.. Yang ummi titipkan, buat pengubat rindu mu.. di lain waktu, dengan izinNya, insyaAllah, ummi akan menulis lagi.. dari hawa kepada hawanya, dari Nur untuk Nurnya...

Read more


Aku Mualaf - Part 10

Pagi indah di awal tahun. Pukul 6.45 pagi aku sudah pun terpacak depan koperasi berbaris untuk membeli buku, membayar segala yuran, menguruskan hal persekolahan secara sendirian. Tiada lagi ibu saudara menemani aku. Dan aku secara semula jadinya memang inginkan kebebasan. Malahan, selalu juga kepala otak aku yang tak berapa nak betul ini membayangkan yang suatu hari nanti aku akan meninggalkan tempat kelahiran aku. Ibarat anak burung, bila tumbuh sayapnya, maka terbang bebas ke mana saja. Lalu, tiba tiba imaginasi liarku melihat anak burung yang terbang bebas tadi, ditembak oleh pemburu, lantas terkubur sepi impian untuk terbang bebas. Biar saja aku berjalan kaki asalkan aku bukan mangsa sang pemburu. Hihi..

Setelah usai segalanya, aku menuju ke cafe sekolah sambil mengira baki duit yang aku sedut dari yuran sekolah. Bijaknya kepala otak aku, aku lebihkan RM50 setiap yuran serta setiap buku yang perlu dibeli, jadi aku ada duit lebihan kira kira RM100. Hohoho, sapa suruh Mami tak nak ikut aku kan. Ni kira upah.

"Wann, tumu amat d datai.[Wann, awalnya kamu sampai]" Benn menyapa. Aku tersengih dan melihat Lia di belakang Benn bersama seorang lagi yang selama ini aku tahu dia sekelas, tapi aku tak tahu namanya. Sadiskan. Hahaha. Aku pandang lama, siapa dia? Orang asing yang akan merampas Lia dan Benn dari aku.

"La-e.. kawan baru" Benn berkata seolah olah dia mampu membaca apa yang aku fikirkan, aku mengangguk sambil menghulurkan kepak ayam kepada Benn. Dia menolak, huh nasib baik. Rezeki aku. Hahaha.

"D udah mayar yuran ka[Awak sudah bayar yuran ke?] aku mengangguk, entah kenapa mulut aku seolah olah terkunci. Kepala tepu, dunia ku tiba tiba jadi haru biru. Kehadiran La-e tidak berapa aku senangi. Aku tidak suka. Sebabnya? Kerana aku memang tidak suka. Titik. Arghh.. Jangan layan, buat pecah kepala je. Benn dan Lia bukan anak ayam belakang rumah aku yang aku nak simpan dalam reban sahaja. Mereka pun ada kehidupan sendiri. Aku meneruskan suapan. Memikirkan pula, ke mana hala tuju aku selepas ini. Malasnya nak balik rumah. Malas malas... malas lah. Aduiyai.. Tanpa sedar aku hantukkan kepala aku di meja makan.

"Gilakah?!" aku berpaling, siapa pula yang meuncul di tengah tengah kegundahan hati aku ini. Wah.. hensem. Mata aku terus timbul simbol hati. Siap tengelam timbul lagi. Hoho.

"Amat meh gila. Sayau gamal bajik. [Memang gila. Sayang muka cantik]" senyuman aku mati. Ada orang balik tidak berbaju ni karang.Aku bangun, senyuman paling menawan aku pamerkan, dengan bersahaja, aku simbah muka mamat yang hensem di depan aku dengan air Milo kosong ais. Hah! Padan muka.

"Hoi!" dia memekik. Aku tergelak, lantas berlalu dengan gaya diva sambil melambai tangan. Panggil lagi aku gila, penumbuk hinggap kat muka, biar sehensem mana pun kamu, aku tidak peduli. Pantang tok nenek aku. Hish.. sayang, aku baru terfikir hendak memulakan lankah untuk memikat, tetapi disebabkan kelancangan mulutnya, aku malas untuk berfikir.

Langkah kaki ku sedu, melangkah layu tanpa arah tuju, sehingga akhirnya membawa aku ke sebuah pokok yang rendang di hujung padang sekolah. Aku melabuhkan punggung, berbaring sambil merenung awan yang utih menari riang di langit biru. Wah, puitisnya kepala aku. Hahaha. Aku pejamkan mata, menunggu di situ sehingga pukul 5 petang, aku memang malas untuk kembali ke rumah, Aku tidak ingin mendengar bebelan Mami. Ku pejam mata, sambil kenangan sepanjang tahun lepas berlegar legar di kepala aku. Di padang inilah aku menabur jasa, sebagai seorang pelari pecut kesayangan jurulatih merangkap ketua wardenku. Hoho, tahun ini, aku mengambil keputusan untuk merehatkan diri. Entah kenapa, apa yang ada dalam minda aku sekarang hanya malas dan malas. Masa yang berlalu sebegitu saja, aku tidak terasa sedikit pun kerugiannya.

"Wann, d nda pulai ? [Wann, awak tak balik kah?]" sayup sayup suara Benn dan Lia menjerit memanggil nama aku.

"Malas" ku jawap lemah, sesungguhnya aku tidak mampu untuk membuka mata. Itu tabiat, aku cepat sedar, tetapi untuk aku membuka mata, memang sukar. Mereka berdua duduk di sebelah aku, ni mesti tak nak tinggalkan aku seorang. Aku tersenyum, mereka berdua ku ibaratkan sebagai saudara, lebih dari segalanya.

"Wann, sigat mat lelaki nya. [Wann, kacak benar mamat tu]" mata aku terbuntang, lantas bangun. Perghh.. memang hebat, sekali aku terpandang susuk tubuh yang memang aku kenal. Aku merengus, menyampah. Bangun lalu meninggalkan Lia dan Benn yang terkulat kulat memandang aku. Aku yang masih tidak puas hati lagi menapak menuju si jejaka yang mula berlagak macho di hadapan beberapa budak perempuan. Entah sapa aku tidak tahu, dan tidak mahu ambil tahu.

Dengan muka tidak bersalah, aku langgar mamat perasan bagus itu sehingga dia hampir terjatuh.

"Hoi!" dia memekik lagi. Aku ketawa senang. Dia memandang aku dengan penuh rasa geram, mungkin benci sekali rasanya. Aku kenyitkan mata sambil berlalu, Benn dan Lia hanya memerhati sambil menggeleng kepala. Mereka sudah sedia maklum, aku siapa.

"D nemu sapa nembiak nya ka? [Awak tahu tak siapa budak tu?]"

"Enda, aku nda peduli pun sapa ia. [Tidak, aku tak peduli pun siapa dia]"

"Ia nembiak baru pindah ari Kuching. [Dia budak baru pindah dari Kuching]" aku renung muka Benn yang selamba badak. Bila masa pulak dia tahu? Hari ini baru hari pertama persekolahan.

"Ia pindah taun lepas, bulan 11.. iga ga d nda nemu. [Dia pindah tahun lepas, bulan 11, takkan awak tak tahu.]"

 Aku diam.

"Aram pulai. [Jom balik]" aku menapak ke perhentian bas. Biarlah Mami membebel, aku cuma perlu pejamkan mata saja.




Read more


Al Kisah Spesies Bangkai

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Assalamulaikum wbt readers.. Minta maaflah hanya kerana kadang kadang bagaikan wujud, kadang kadang hilang ditelan waktu serta kesibukan dalam duniawi. Huhu.. Ianya kenyataan yang agak jujur dan menyedihkan bila diri sendiri sedar betapa ruginya masa yang berlalu dengan pantas itu. Namun, aku manusia yang sering kali lupa dan alpa.

Kenapa harus aku meletakkan tajuk yang begitu kasar? Al kisahnya begini, beberapa hari lepas, aku terbaca tentang sesuatu yang berkaitan dengan bangkai. Katanya "Kalau dah spesies bangkai, selamanya akan jadi bangkai". Agak terkelu juga aku bila terbca sesuatu yang seperti itu. Sudah tentu kata kata itu ditujukan kepada manusia. Dan seperti yang kita maklum, siapa yang sanggup mendekati bangkai? Dah buruk, busuk pula tu. Kalau diberi pilihan, di antara setaman mawar serta 1 bangkai, orang lagi sanggup untuk memilih mawar, dan aku mungkin juga begitu. Tapi, ada sesuatu yang halus menjentik hati. Bila seorang manusia diibaratkan sebagai bangkai, nampak sangat peribadinya yang kurang mulia. Tapi siapa kita untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia sehingga sebegitu sekali.

Yang halus menjentik hati. Hati kecilku terdetik, kenapa dipandang hina sangat bangkai itu? Bangkai itu lah yang selama ini menjadi sumber baja semula jadi kepada mawar yang wangi setaman. Bangkai itu juga menyumbangkan kepada minyak serta gas yang kita gali saban hari. Bahkan, dari bangkai itu juga akan ada tulang tulang tinggalan sejarah, yang sangat berharga. Kenapa? Andai kita tahu bangkai itu busuk, sama ada kita jangan dekat atau kita kambus sahaja. Jangan kita sering kali mengutuk sedangkan kita tidak berbuat apa apa. Perbuatan itu tidak sama sekali membezakan kita dengan bangkai tersebut. Jangan dipuja mawar yang mewangi, sedangkan ia berduri yang boleh menyakitkan sesiapa yang mendekatinya, bahkan wanginya bukannya tahan lama, bagiku mawar hanya lambang kepalsuan yang menipu mata mata manusia agar menyangjungnya. Berapa banyak kuntumnya jatuh sebelum mekar? Berapa banyak kelopak nya dimamah ulat? Bukankah keadaanya lebih serupa dengan bangkai? Yang membezakan mereka, hanya bau, dan andai keduanya ditanam, bau nya tetap akan hilang.

Pandangan aku sebagai seorang manusia yang jahil ini, kadang kadang manusia yang kita jangka tidak akan menjadi manusia itu lah yang selalu nya melakar sejarah. :)

Wallahu A'alam

Read more


UntukMu

Indah berseri warna pelangi
bayu melambai
menyapa hati yang damai
dalam sendiri terasa ramai
biarpun ribut, ku tak rasa kalut...
Ya Rabbana.. 
Inikah kasih Mu?
Yang selama ini aku damba?
Inikah sayangMu?
Yang selama ini ku cari?
Taman itu yang harum mewangi
Senyuman yang mekar
KurniaMu Ya Al- Mutakabbir
Silapku kerana pernah menyalahkan semalam yang tiba
Lalaiku kerana tidak pernah mengetahui di sebalik kejadianMu
Hari ini,
Ku bukan untuk merintih
Bukan jua untuk menangis
Hari ini,
Kumohon keampunan..
Kupanjatkan kesyukuran..
Atas segala limpah rahmat dan kasih sayang Mu
Ini Dunia ku

Ya Allah, ampunkanlah dosa dosaku, dosa dosa ahli keluargaku, sahabat handaiku, orang sekelilingku, muslimin dan muslihat. Sesungguhnya aku manusia yang seringkali alpa, lalai dengan janji, lupa akan tanggungjawap, seringkali melanggar perintahMu Ya Allah. Namun, rahmatMu sentiasa ada untukku. Syukur padaMu, atas kurniaan yang berharga, atas kejayaan yang bermakna, kumohon, tunjukkan padaku jalanMu yang benar, rahmatilah aku dengan kasih sayangMu, kekalkanlah hidayah dalam hati ini. Rabbana atina fiddunnia hasanah, wafil akhirati hasanah, wakina aza bannar, wakina aza bannar, wakina aza bannar r 

Read more


Dari hati seorang penulis

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Assalamualaikum wbt readers. Lama.. agak lama untuk saya menulis dan menjenguk kembali ke laman ini. Sejak dari post yang terbaru, mungkin hampir mencecah, 2 bulan. Putus asa... Mungkin.. Sebenarnya saya hilang fokus untuk isi kandungan dalam blog ini, lama saya tinggalkan. Saya berfikir blog ini tidak menarik langsung, sehingga saya membuka kembali, dan terbaca komen komen yang ada. Baru perasan, baru disedari, selama ini, ada yang mengikuti. Saya cuba mulakan balik dengan Aku Mualaf Part 9. Nampak pincang, nampak kurang memberangsangkan. Lantas, saya mula mengembara. Mencari sebuah destinasi, yang pada hakikatnya, saya masih lagi berdiri di tempat yang sama.

Siapalah diri ini untuk menolak ketentuan Yang Maha Pencipta, masih lagi berpegang pada kalimah yang dilafazkan 4 tahun yang lepas, walau banyak sekali dugaan yang melanda, hampir tewas, hampir tenggelam, namun gagahkan jua demi Nur yang selama ini dicari. Masih berpegang, Islam yang saya pilih bukan kerana manusia, bukan kerana apa apa, tapi kerana ingin menghapuskan dosa masa lampau. Biar bagaimana pun, saya tetap seorang hamba Allah yang lemah, yang sering kali silap dan khilaf.

Maafkan diri ini silent reader.. kerana tidak mampu berkongsi dengan apa yang ada. Kerana tidak mampu memperlihatkan keagungan Yang Berkuasa dari pandangan mata. Indah, sungguh Indah ciptaanNya, tapi saya tidak mampu menzahirkannya di sini dalam bentuk tulisan. Kepala seolah olah diblock. Bukan RAM tidak cukup kuat. Hehehe.. Just kidding :P

Doakan.. Semoga kita akan berjumpa lagi di alam maya ini. Insha Allah :)

Read more


Ibu

Ibu, walaupun lembut, keras jiwanya. Menjadi nadi dalam pembentukan insan. Sepanjang usia lima tahun aku berjauhan dari insan yang aku gelar ibu, membuatkan aku bertemu dengan ramai orang. Dan sedikit sebanyak mengajar aku dalam menilai seseorang manusia itu. Dan dari situ, aku mengambil ikhtibar. Dalam banyak banyak yang aku jumpa, orang yang rapat dengan ibunya, orang yang boleh memeluk ibunya, orang yang mementingkan ibunya, adalah orang polite yang aku jumpa. Perwatakan mereka sopan dan lembut..

Anehnya, aku baru tersedar semalam akan keadaan itu. Setelah aku berjumpa dengan Milo Kosong Ais, kawan kawan aku menyatakan dia seorang yang baik.. Dan mungkin benar, bila kelembutan suara dalam bercakap, segala perilaku yang tampal sopan.. Memang, ibunya mendidik dia dengan sempurna. Sama juga, suatu masa dahulu, seorang kawan yang aku kenali, yang sangat menghormati aku sebagai seorang wanita, yang aku tidak akan lupa pesanannya, bila dia tiada lagi, tolong jaga diri aku ni dengan elok, kerana bukan semua yang aku jumpa akan mampu jaga aku seperti dia. Dan dia.. Sangat rapat dengan ibunya..

Terasa hebatnya seorang ibu. Beruntunglah jika masih ada ibu, yang berada dekat dengannya.. Love u mami, always love u. Most important person that i have.

Read more


Aku Mualaf - Part 9

Masa berlalu dengan pantas, tanpa aku sedari, aku sudah telah pun menginjak pertengahan tahun berada di Tingkatan 1, kepimpinan yang aku ada, kenakalan yang aku cipta membuatkan nama aku cepat saja menular di sekolah yang aku cinta. 

"Wann, nama di bisi dalam list pengawas school la. [Wann, nama kau ada dalam senarai pengawas sekolah la] " aku pandang muka Lia dan Benn dengan hairan. Hai, siapa pula yang kepala tidak betul mencalonkan aku sebagai pengawas ni? Gila? Hurm.. mungkin nak aku hancurkan sekolah agaknya. Aku tersengih sendiri. Membayangkan pakaian hitam putih berserta dengan blazzer merah. Fuh~ memang menawan. Canteklah!

"Hoi! Berangan! " Benn menampar bahuku, kasar. Aku jeling, Benn tidak memperdulikan aku, berjalan mendahului aku dan Lia. Lia seperti biasa, senyum sinis yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Aku mendengus, lantak lah kalau aku nak berangan pun. Bukan pinjam otak dia. 

"Weh.. aku enggai la nyadi pengawas laban..... [Weh.. aku tidak mahu jadi pengawas la sebab.... ]" belum sempat aku menghabiskan ayatku, aku terpandang ke arah susuk tubuh yang menarik minat aku. Eh.. segak pulak mamat ni. Hihi.

"Eh, Benn,uji d meda nemiak nyin, sigat mat. [Eh, Benn, cuba kau lihat budak tu, kacat sangat.] " aku menunjuk ke arah orang yang aku maksud dengan teruja. Benn dan Lia memandang ke arahnya, sambil menggeleng kepala. 

"Nama hal deh? [Kenapa?]" aku bertanya, tidak puas hati dengan reaksi sahabat baik ku. 

"Gatal. [Gatal]" Benn berkata, mungkin menyampah sekali dengan reaksi yang aku rasa agak terlebih sedikit petang itu. 

"Sapa gatal? [Siapa gatal?]" pandangan aku masih lagi tidak melepaskan susuk tubuh yang aku perhatikan dari tadi. 

"D la. [Kau la]"

"Benn!!!!!!!!!!!" aku mengejar Benn yang sudah pun jauh melarikan diri. Sungguh aku sakit hati, aku tidak lagi memperdulikan budak lelaki yang aku perhatikan tadi. Tidak mengapa, esok masih ada. Akan aku usha siapa dia.. Hahahahaha.. Yang penting, Benn kena dapat "ganjaran"nya terlebih dahulu. 


****************************************************************

"Ulih aku duduk ba tisi d ka? [Boleh saya duduk di sebelah awak kah?]" aku tersenyum sambil kaber ayu bertanya. Budak lelaki (yang aku usha 2 3 hari lepas) memandang aku, pelik. Dia memandang ke arah lain, kemudian, pandangannya kembali fokus kepada aku. 

"Aku bejaku ngau d la. [Saya bercakap dengan awak la]" aku senyum lagi. Fuh..fuh.. harap harap cairlah. 

"Duduklah." dia menjawap, acuh tidak acuh. Belum sempat pun dia menghabiskan ayat, aku telah pun duduk di sebelahnya, sambil tayang muka tak tahu malu. 

"Sapa nama d? [Siapa nama awak?]" aku masih tidak mahu mengalah. Akan aku usahakan sampai dapat. Selama ni pun, apa yang aku nak memang akan aku dapatkan.

"Kennedy."

"Ok Kenn, nama aku..... "

"Aku nemu.. Cecelia.. urang ngangau Wann. Biasalah, urang bajiik, siti school ngelala. [Saya tahu.. Cecelia.. orang panggil Wann. Biasalah, orang cantik, satu sekolah tahu]" tidak sempat aku memperkenalkan diri, dia telah pun memotong ayat aku sehingga membuat aku terkedu, terdiam terus membisu. Alahai. kenal sebab aku cantik k? Ye ke? Ke sebab aku ni nakal? Hish.. tak percayalah.. Cantik? Eh... dia kata aku cantik lah.. Hihi.. 

"Nama hal tuchum deh? [Kenapa senyum?]" matanya tepat memandang aku yang sedari dari tadi tersengih sengih ibarat apek tua menang loteri. 

"Eh.. nadai nama nama.. hehe.. manahlah enti d udah nemu nama aku ngau sapa aku. [Eh.. tak ada apa apa.. hehe.. baguslah kalau awak sudah tahu nama saya dan siapa saya] " aku pura pura membetulkan baju sekolah aku. 

"Oklah kenn, aku ngarap ke tua ulih bertemu baru. G pun, aku rindu meda gamal d. Cute. [Oklah Kenn, saya harap kita boleh jumpa lagi. lagipun, saya suka tengok muka awak. Cute]" aku bangun sambil mengenyitkan mata aku terarahnya. Sebelum berpaling, aku perasan dia sedikit ternganga. Hahaha.. Baru kau kenal aku kan. Memang tidak hairan, kenapa aku harus menolak untuk menjadi pengawas tempoh hari. Jawatan itu tidak sesuai untuk aku. Hahaha. 

Dan bermula dari situ juga, kisah cinta pertama aku bermula. Ahakss. Tapi tidak bertahan lama setelah Kennedy mengambil keputusan untuk berhenti sekolah meninggalkan aku seorang diri menghadapi karenah "buku" yang kadang kadang membuat aku sakit hati. Wargh... frust.. Kenapa dia sanggup berhenti? Lelaki tiada pelajaran? Reject! Mami pasti akan hambat aku bila dia tahu sudah pandai memilih calon menantu untuknya. Haha. 

Tingkatan Satu aku teruskan dengan jayanya dan mengumpul 100 mata demerit atas pelbagai kesalahan. Tidak siap kerja rumah (biasa), makan dalam kelas (biasa juga), surat cinta terkantoi (jarang, tapi ada sekali, punca mata demerit naik mendadaklah ni), tidur dalam kelas (terlalu biasa), bertumbuk dengan rakan sekelas (pernah sekali). Nasib aku baik, disebabkan aku atlit sekolah yang pernah memberi sumbangan (kononnya), maka Jurulatih aku (memerangkap Ketua Warden) menolong aku untuk membersihkan semua mata demerit yang aku kumpul dengan senang lenangnya selama ini. Tapi, aku suka, setiap hari sabtu, aku datang ke sekolah sambil berkebun (untuk mendapatkan mata merit). Jadi aku tidak perlu berada di rumah. Memang aku suka. 

Dalam tidak sedar, sepanjang tahun 2001 aku habiskan dengan bermain sehingga kedudukan aku dalam kelas jatuh merudum ke tangga 11. Tapi bagi mami, aku tetap mendapat nombor 1, sebab aku padamkan nombor 1 kat depan tu. hahaha... Jangan marah mami. Hehe. 


















Read more

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters