Aku Mualaf - Part 4

Kepulangan aku dari sekolah disambut gembira dengan kepulangan nenek. Aku mencari mak, semalam aku tidak sempat bertanyakan hal yang penting kerana aku tertidur. Dan awal pagi tadi aku terlewat bangun.

"Ini' ni mami? [Nenek, mak mana?]" aku mencari segenap arah.

"Mami d di belakang. Meri' manuk makai. [Mak kamu di belakang. Bagi ayam makan]" tanpa berkata apa apa, aku mencari mak. Dan melihat mak sedang membelakangi aku.

"Mami, sapa Abdul Manaf? Ia apai aku kah? [Mak, siapa Abdul Manaf? Dia ayah saya ke?]" aku terus bertanya. Sepanjang di dalam kelas, persoalan itu berlegar di kepala aku. Mak berpaling, mendepani aku. Ketara wajah mak memerah. Aku menelan liur. Aku tahu mak sedang mengawal kemarahannya. Dan secara tidak langsung, aku rasa sangat tidak selesa di dalam perut aku. Gelisah.

"Dini d meda nama nya? [Kat mana awak tengok nama itu]" suara mak yang tiba-tiba meninggi mengejutkan aku.

"Ba.. ba.. ker..kertas dalam.. al.. almari.. [Di.. di.. ker...kertas.. dalam.. al.. alamari]" aku terketar. Tanpa diduga, pantas tangan mak mencubit lenganku. Aku menjerit kesakitan. Berbisa. Ku tahan air mata yang mengalir. Namun, aku tidak mampu, dan akhirnya aku menangis.

"Anang sesekali d nyebut nama nya agi ba mua aku. Ia ukai apai d! [Jangan sesekali awak menyebut nama itu di hadapan aku. Dia bukai ayah awak!] mak melangkah masuk ke dalam rumah dan meninggalkan aku yang masih menangis di luar. Aku memandang ayam ayam peliharaan mak yang seolah olah mentertawakan aku. Dengan air mata yang masih bersisa, aku mengambil sebiji batu sebesar penumbuk aku dan membaling batu itu ke arah ayam yang sedang menikmati makanan mereka.

Ayam - ayam mak bertempiaran melarikan diri dan membuat bunyi yang sangat bising. Aku puas. Padan muka ayam.

"Yaaa.. lapa tak bangat gatal jari ngacau manuk nya Atit! [ Yaaaaa... kenapa la gatal tangan sangat menganggu ayam itu Atit!]" telinga aku terasa perit. Mak memulas telinga aku sambil membawa aku masuk.

Dan kesudahannya, aku menangis lagi.

"Umbas nya ngaga urang ke mit bakanya. [Sudahlah buat budak kecik tu macam tu]" nenek bersuara. Barangkali bersimpati dengan suara tangisan aku yang semakin membingitkan suasana. Mak melepaskan tangannya, dan aku terus menangis di ribaan nenek.

"Sapa ngasuh ia bangat gatal jari ngacau manuk nya makai. [Siapa suruh dia gatal tangan sangat ganggu ayam sedang makan]" mak menjeling aku dengan perasaan marah.

"Anang manchal ke agi ila. [Lainkali jangan nakal]" nenek mengusap rambut aku.

"Ini'.. sapa Abdul Manaf? [ Nek, siapa Abdul Manaf? ]" aku bertanya. Nenek diam. Aku menunggu.

"Tukar baju d. Simpan dalam beledi. [ Tukar baju awak. Simpan dalam baldi]" jawapan nenek mengecewakan aku. Aku pasti, itu nama mak.. tapi siapa mereka berdua. Akhirnya, aku membuat kesimpulan. Itu adalah aku. Kerana itu, sehingga sekarang aku tidak mempunyai sijil lahir. Kerana mak tidak mengambil sijil lahir yang asal.

Sampai hati mereka merahsiakan kebenaran dari aku.


4 comments to "Aku Mualaf - Part 4"

  • Idea sudah mari nampak ^_^

    Tu la, jgn kacau manuk tu :p

    Penulisan yg baik, keep it up ^_^d

    --OGI--

  • salam alayk..
    sekadar cadangan.. lebih baik jika nama2 watak di dalam kisah ini diubah kepada nama lain..bukan nama sebenar..walaupun ianya berdasarkan kisah sebenar yang berlaku dalam hidup awak..
    dan lagi satu,sekadar cadangan jugak..awak boleh tokok tambah cerita itu dengan menyelitkan serba sedikit kata2 motivasi sebagai penguat semangat/hadis/ayat quran yang berkaitan..

    DIA melihat apa yang kita lakukan, dan apa yang kita lakukan dinilai oleh DIA.. jadikan apa yang awak buat bermakna..bukan saja bermakna kepada awak tapi juga bermakna kepada orang lain yang membacanya..ALLAH luv u..wallahualam..wassalam

  • Salam.. kalau nak kaitkan dengan kata semangat.. saya masih belum dapat mengaitkan semua itu dalam awal penceritaan saya. Sebabnya, saya masih tidak boleh mengaitkan semua, kerana kehidupan saya ketika itu kristian. Dan saya menulis adalah berdasarkan kehidupan saya pada masa itu. Kalau saya mengaitkan dengan hadis, atau kata kata semangat, maknanya saya telah menipu diri sendiri, sebab saya memang belum belajar tentang Islam. Kata kata semangat? Apa yang ada dalam kehidupan saya adalah kegelapan pada awal.. jadi, jika awak nak membaca yang ada kata semangat dan hadis hadis yang berkaitan, maka, bersabarlah,.,. Insyallah semua akan ada di masa hadapan. Berkenaan dengan nama, bagaimana awak tahu itu nama sebenar? Hanya saya saja yang tahu watak watak disitu.. Ada apa dengan nama? Banyak orang yang berkongsi satu nama, saya boleh letak nama apa saja, tapi, saya tidak dapat Feeling daripada apa yang saya tulis.. Saya menulis memerlukan perasaan, sebab itu kadang kadang, masa yang lama untuk saya Update semua itu. Saya minta maaf Cik Muzakkir.. bukan tidak mahu menerima cadangan atau pendapat awak, tapi, saya ada jalan saya sendiri..Tapi kalau, ada orang yang ingin memPublishkan nya dalam bentuk apa sekali pun, terpulang pada mereka untuk mengeditnya.

    Wasalam

  • Pendapat OGI pula, biarlah penulisan itu datangnya dari hati yang ikhlas, seikhlas yang boleh. Saya secara peribadi menyokong penuh segala watak asal dan situasi sebenar dalam penceritaan ini.

    Sekian dan saya hanya pemerhati.

    -OGI-

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters