Mak dan Anak Gadis

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

- Pandangan Peribadi Penulis -


Jika kita melihat perbezaan zaman mak kita, 30 tahun yang lepas atau lebih, mungkin kita disajikan dengan permandangan yang berlainan. Mana ada pelbagai fesyen tudung seperti zaman kita. Tak ada pula fesyen labuh demi menutupi aurat. Begitu juga dengan pegangan agamanya, masih ramai yang kabur dengan Islam ketika itu. Kalau tidak, masakan ada Mandi Safar. Menurut seorang kenalan (berusia 70 tahun), Mandi Safar adalah satu upacara menolak bala yang diadakan pada bulan Safar. Caranya adalah mandi dan ada orang bijak pandai mengetuai upacara tersebut. Upacara ini diharamkan kerajaan sekitar tahun 1960-an. 

Berbanding pada zaman kita, tilawah al-Quran setiap minggu, kelas fardu ain, ke sekolah menutup aurat. Bertudung litup. Persoalan penulis adalah MENGAPA TERLALU BANYAK GEJALA SOSIAL di abad ini? Kerana itu, penulis mengupas sendiri [?]. Ibu bapa kita suatu ketika dahulu sangat pemalu. Mendengar kata, tidak berani ingkar perintah. Dulu jika nenek kita menyuruh ibu membuat kerja di dapur, cepat saja menolong. Kita pula? "Alaa.. kejap lah, orang masih ada kerja ni" <--- alasan biasa. Padahal online Facebook. Para ibu kita, tidak berani berbual berlebihan dengan lelaki. Percaya atau tidak, mak saudara penulis menceritakan pengalamannya. Masa sekolah, dia tidak berani memegang lelaki, sebab atuk pernah cakap, bersentuh dengan lelaki boleh menyebabkan mengandung. 

Oleh kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang semua itu, para ibu ini percaya. Bersabar menunggu dewasa. Zaman dulu mana ada internet, mana ada handphone. Zaman sekarang? Tak usah cerita, bayi dalam kandungan pun sudah ada handphone sendiri. Salah siapa? Mengapa anak anak kita kurang malu sedangkan ibu bapanya dulu pemalu? Kenapa anak anak kita kurang ajar? Sedangkan ibu bapanya patuh pada orang tua? Mungkin, anak anak kita terlalu DIMANJAKAN. Bila guru di sekolah mengadu kepada kita yang anak anak kita nakal di sekolah, kita menengking guru tersebut, "Anak saya baik! Cikgu jangan nak fitnah. Kalau tidak saya saman!" <---- ini merupakan ayat ayat yang seringkali penulis dengar. Kita semakin pandai, sikit sikit nak saman. Masih ingatkah zaman ibu bapa kita dulu? Jika perkara yang sama terjadi, atuk tunduk malu di hadapan guru. Balik rumah, anak yang nakal itu dibelasah, setimpal dengan kesalahanya.



Kerana itulah anak anak zaman dulu hormat dengan ibu bapa. Amat menyedihkan bila keadaan tidak sama seperti dulu. Di akhir zaman, anak anak mula pandai menengking ibu bapa. Mula pandai membelasah guru. Lebih teruk, anak anak kita semakin liar. Di mana kah silap kita? Berfikirlah. Kerana sesuatu perkara tidak akan terjadi jika kita tidak memulakan.
 
Wallahu A'alam


0 comments to "Mak dan Anak Gadis"

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters