Aku Mualaf - Part 7

"Enti d bulih siti A, aku meri d RM10. [Kalau awak dapat satu A, saya bagi RM10]" itu kata kata abang sepupu aku, Edwin beberapa bulan sebelum keputusan UPSR diumumkan. Hari ini sudah 3 minggu keputusan diumumkan, keputusan aku tidaklah membanggakan. Malah mak mengamuk sebaik saja melihat keputusan aku. 2A 3B. Tapi, janji Abang Ed tetap tinggal janji. Aku pula malas untuk menagih.

"D patut bulih 5A. Kebuah d selalu main main ba sekula, nya alai tu' utai ulih d! [Awak sepatutnya dapat 5A. Oleh kerana awak selalu sambil lewa di sekolah, awak dapat keputusan sebegini!]" aku tahu mak kecewa dengan aku. Tapi, nak buat macam mana. Nasib tidak menyebelahi aku. Nenek kan selalu ajar, sesuatu yang terjadi memang sudah nasib. Tapi, guru kelas aku, selalu berkata, Tuhan tidak akan tolong kalau kita sendiri tidak berusaha. Jadi, sejauh mana aku berusaha?

Janji abang dan amarah mak aku ketepikan. Memeningkan kepala jika aku terusan memikirkannya. Aku menyambung kembali bacaan aku yang tergendala akibat kenangan masa lalu. Pintu masuk neraka, buku yang mak belikan khas untuk aku. Menceritakan tentang dosa dosa dan sebab sebab kemasukan ke neraka. Ada juga tentang azab dalam neraka. Aku juga tahu kewujudan neraka melalui agama Kristianku. Tapi tidaklah terperinci seperti ini.

"Bup nama dibaca d Atit? [Buku apa yang kamu baca, Atit?]" muka Cumel yang seperti biasanya tersengih ibarat kerang busuk yang setengah busuk dipacak di hadapan aku. Aku merengus. Sedikit terganggu.

"Pintu Masuk Neraka." aku menjawap malas dan mendatar. Kukira dia faham yang aku tidak ingin diganggu. Tetapi, dia duduk dekat dengan aku.

"Cerita namanya? [Cerita tentang apa?]"

"Neraka, dosa, enggau pemerinsa maya dalam neraka lah. [ Neraka, dosa, dan kesusahan yang ditimpa dalam neraka.]"

"Bup ari Kristian kah? [Buku dari Kristian kah?]"

Aku menggeleng pantas.

"Islam."

Cumel melongo. Mungkin dalam kepala dia mencari apa maksud Islam.

"Agama sida laut, bala cikgu ba sekula. [Agama orang melayu, para cikgu kat sekolah]" penerangan itu menyebabkan Cumel memandang aku lebih lama.

"Bakani d nemu? [Macam mana awak tahu?]"

"endai... enti bala indu bertudung, Islam lah nya.. laut meh nya. [La... kalau para perempuan bertudung, Islam lah tu, melayu lah tu].

Aku bangun, meninggalkan Cumel sendirian di luar dan masuk ke dalam bilik. Mak tiada di rumah. Dia dan ayah tiri berjaja di pasar tani. Teringin pula melihat kura kura yang mak simpan di belakang rumah berdekatan dengan reban ayam.


Aku keluarkan kesemua kura kura mak. Yang aku punya sudah tentu yang paling kecil dan comel. Kura kura itu berlumpur, sudah berapa lama airnya tidak diganti, aku pun tidak tahu. Aku ambil berus dan mula memberus 'rumah' kura kura itu. Jenuh juga menghabiskan 13 ekor kesemua nya. Entah macam mana, pintu belakang boleh terbuka, menyebabkan ayam ayam mak mula berkumpul melihat aku yang keasyikan memberus kura kura. Mungkin mereka pelik. Err.. ayam boleh berfikir ke? Entah.

"Dini atit? [Mana Atit?]" suara mak yang lantang mengejutkan aku. Dengan pantas aku menyimpan kura kura ke tempat asalnya, sambil aku jiruskan air ke badan kura kura. Biar sejuk, ku kira begitulah.

"Nama hal? [Apa hal?]" aku menjawap sambil menayang muka tidak bersalah.

"Nama gaga d di belakang rumah? [Awak buat apa di belakang rumah?]" mak menjeling tajam. Aku hanya menggeleng.

"Nadai nama nama. [Tak ada apa apa]"

Aku mencapai buku, dan mula berpura pura tidak memperdulikan kehadiran mak. Buku bertajuk 'Takkan hilang Melayu di dunia" berkulit hijau dan ada keris. Aku pernah diajar, bahawa keris adalah lambang ketuanan Melayu. Cuma, aku masih tertanya, kenapa mak menghadiahkan aku buku yang aku langsung tidak faham. Lain kali beli la buku Snow White ke, Beauty and The Beast ke, Rapunzel ke.


Namun akhirnya, pembacaan ku disulami lena yang panjang. Suara mak yang tadi nyaring memanggil nama adik semakin kedengaran samar samar. Kepala terasa berat, dan akhirnya, dunia ku gelap.


0 comments to "Aku Mualaf - Part 7"

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters