Akhlak Malu

Kaum muslimin sentiasa menjaga kehormatan dirinya dan memelihara rasa malu, kerana hal itu sebahagian daripada iman yang menjadi akidah dan pedoman hidupnya.


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh lebih cabangnya. Yang paling utama ialah La ilaha Illallah (tiada Tuhan selain Allah). Yang paling rendah adalah membuang duri dari jalan. Dan malu itu satu cabang dari iman. " (Bukhari Muslim)

Mengapa malu sebahagian daripada iman? Kerana keduanya menyeru kepada kebajikan dan menolak yang munkar. Iman merupakan daya pembangkit bagi orang mukmin untuk membuat ketaatan dan meninggalkan maksiat.

Rasa malu selalu membimbing orang untuk bersyukur kepada Allah SWT dan mencegah berperilaku buruk atau mengatakannya, sebab takut mendapat celaan dan cercaan. Dengan demikian ia akan mendatangkan kebaikan sebagaimana hadis menyebutkan :

"Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan." (Bukhari Muslim)

Dan hadis riwayat Muslim :

"Malu itu semuanya baik."

Lawan malu adalah kotor dan keji. Iaitu kotor dalam perkataan, perbuatan dan berkata kasar. Orang Muslim tidak akan berkata kotor dan kasar, tidak pula keras dan bengis kerana sifat demikian adalah sifat ahli neraka sedang orang Muslim itu insyaAllah ahli syurga. Kaum muslimin yang memiliki rasa malu tidak akan membuka auratnya, mengabaikan kewajiban, menolak yang makruf yang disodorkan orang kepadanya dan tidak akan membicarakan sesuatu yang tidak baik. Orang Muslim akan malu terhadap Khaliknya. Dia akan taat kepada-Nya dan mensyukuri nikmat-Nya. Hal itu kerana kekuasaan dan ilmu Allah. Seperti yang dikatakan oleh Ibn Mas'ud :

" Malu lah kamu kepada Allah dengan sebenar benarnya. Peliharalah perut dan yang dikandungnya serta ingatlah akan kematian dan kehancuran." (Munziri, hadis marfu. Ia menegaskan kata-kata itu dari Ibn Mas'ud)


Allahu A'lam

Sumber : Pedoman Hidup Muslim [ dibentang dalam kuliah agama setiap Rabu anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya.]


0 comments to "Akhlak Malu"

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters