Surat Berantai


--- On Fri, 6/18/10, MAT SAKRI <saki_310883@yahoo.com.my> wrote:


From: MAT SAKRI
Subject: Fw: Saya, orang yg sedang baca ini, berjanji akan menyebarkan ini kepada seluruh umat islam.
To: "Amiza Shashaatiza" <myza_sweetgurl@yahoo.com>, "Amy98" <amydkyu@yahoo.com>, "ApisBonzer" <hafuel@yahoo.com>, "Are-rie" <arie_defender@yahoo.com>, "AsFareena" <asfarina_80@yahoo.com>, "Ashraff" <ash_ruff_7@hotmail.com>, "Ayesha" <permata_acunnya@yahoo.com>, "Azhar Sulaiman" <azhar_slmn@yahoo.com>, "Azlina KK Batu" <allyna_77@yahoo.com>, "Azrul Anuar" <pejoyismyname@yahoo.com>, "badrol hanisam" <badrol_rtm4223@yahoo.com.my>, "baihaqi" <inteam_aku@yahoo.com>, "balqis man" <muza_8110@yahoo.com.my>, "budin dak" <baharuddinabdullah@yahoo.com>, "Burn84" <smile.burn@yahoo.com>, "Deris usop" <mar_idris@yahoo.com>, "DianaAJ" <d6_free2B@yahoo.com>, "Dina" <babyapple_88@yahoo.com>, "dona" <dona_mohammad@yahoo.com>, "dramir2u" <dramir2u@yahoo.com>, "Duan" <apexi_65@yahoo.com.my>, "edy Enduro" <edy_enduro@yahoo.com>, "Ejam" <rez_klose@yahoo.com>, "Eka" <eka_soleh@yahoo.com>, "Ekin444my" <ekin444my@yahoo.com>, "Elly" <ellynorazlina_mktg@yahoo.com>, "Emma Auto Rtm" <bgurl_emma83@yahoo.com>, "Emonz" <mohd_hafif@yahoo.com>, "En Zulkifli Selamat" <zulncd@yahoo.com.my>, "Era" <smuff_cartoon@yahoo.co.uk>, "Ernie" <ernieyosita@yahoo.com>, "ezzad accord 2.2" <ezzatadliy@yahoo.com>, "FADIL ABDULLAH" <far_dhil44@yahoo.com>, "FahmieHamdan" <aspkbpd@yahoo.com>, "Faizalcrew" <faizalcrew@yahoo.com>, "faizall adii" <faizal7056@yahoo.com>, "Fara" <fara_5183@yahoo.com>, "Farid" <faridnajmuddin@yahoo.com.my>, "Faridatul_RTM" <ieda_jelapang@yahoo.com>, "Fazlan" <syafiinasril@yahoo.com>, "Fendi" <pendie_82@yahoo.com>, "fiona arcila" <nana_arc@yahoo.com>, "Firanza" <aisdoz@yahoo.com>, "firDaus" <firdaus_buyong@yahoo.com.my>, "firdaus akik" <fistelement@yahoo.com>, "Giant" <akulahwan@yahoo.com>, "Gnola" <gnola_nni@yahoo.com>, "Haf1555" <haf1555@yahoo.com..my>, "Haf1555" <haf1555@yahoo.com.my>, "Hairul KK Batu" <arol_ayoi@yahoo.com>, "Hakeem" <hakeem_ster@yahoo.com>, "Halily" <drmhy_72@yahoo.com>, "Hariah Md. Yusuf" <hariah@celcom.com.my>, "HarisS" <holmes_naim@yahoo.com>, "HARLIANA" <noorharliana_ina85@yahoo.com>
Date: Friday, June 18, 2010, 1:43 AM
----- Forwarded Message ----
From: deea sumayyah <deea_sumayyah@yahoo.com>
To: deea suamiku <deea2_sumayyah@yahoo.com.my>; Mohd Rizal Md Yusof <seliparkoyak@gmail.com>; hawe hawe <aneal_byakuya21@yahoo.com.my>; ajal maut d tangan tuhan <ajalmautditangantuhan@yahoo.com.my>; sakari ; sikin lipis <shut_56@yahoo.com>; mahmud mechylite consult <maheza_22@yahoo.com>; kak tun <tunteja7630@yahoo.com>; zila yong wang <azie_amran@yahoo.com>
Sent: Friday, 18 June 2010 15:55:13
Subject: Fw: Saya, orang yg sedang baca ini, berjanji akan menyebarkan ini kepada seluruh umat islam.


--- On Thu, 6/17/10, lizawati_zaini@nitto.com.my wrote:

From: lizawati_zaini@nitto.com.my
Subject: Fw: Saya, orang yg sedang baca ini, berjanji akan menyebarkan ini kepada seluruh umat islam.
To:
Date: Thursday, June 17, 2010, 4:44 AM

" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil
menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya
Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin,
hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin

Lipat gandakan doa ini, kirim kepada 7 rakan anda yg lain. Maka
7x7x7x7x7x7x7=823543 x 7 = 5.8 juta orang akan berdoa. Insyallah ! Bantu
lah mereka dgn doa ini. Pengorbanan e-mail  ini tidak sebanding dengan
penderitaan mereka.

Abaikan alamat email yang sengaja Afina siarkan. Dari seorang insan yang mungkin niat nya baik namun cara nya salah. Pada saya, email seumpama ini lebih kurang menyerupai surat berantai. Mungkin sesetengah sangat menyukainya, namun bagi saya ia menjengkelkan [ annoying]

Surat berantai merujuk kepada surat yang mempunyai ayat yang menyuruh ia dikirimkan kepada beberapa orang yang lain. Sekiranya sipembaca membuat demikian, maka pembaca dijanjikan dengan hadiah atau diancam dengan kebinasaan. Pada asalnya ia bermula sebagai surat, tetapi kemudiannya beralih kepada E-mail. Bagi orang Islam, surat berantai adalah haram. Sila baca keterangan di bawah :

Soalan 1: Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2: Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.

Jawapan:

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheikh Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau Al Quran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.
Maka kita berjalan pula di muka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.

Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ia tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.

Wallahu'allam.

Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Sumber : Wikipedia, Email Penulis


0 comments to "Surat Berantai"

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters