Panggilan Buat Mayat

Dalam satu riwayat, ketika roh berpisah dari jasad, maka ia dipanggil dari langit dengan tiga jeritan :
Wahai anak Adam,
1. Apakah kamu meninggalkan dunia, ataukah dunia meninggalkan kamu ?
2. Apakah kamu mengumpulkan dunia, ataukah dunia mengumpulkan kamu?
3. Apakah kamu mematikan dunia, atau duniakah yang mematikan kamu ?

Jika mayat diletakkan di tempat untuk dimandikan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan :

Wahai Anak Adam,
1. Di mana tubuhmu yang kuat, bukankah sekarang kamu menjadi lemah ?
2. Di manakah mulutmu yang bercakap, bukankah sekarang menjadi diam ?
3. Di manakah semua kekasihmu, bukankah sekarang mereka mengasingkan kamu ?

Sewaktu mayat diletakkan untuk disembahyangkan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan :

Wahai Anak Adam,
1. Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat
2. Jika amal perbuatanmu baik, maka kamu akan melihat baik
3. Jika amal perbuatanmu jahat, maka kamu akan melihat buruk

Sewaktu mayat diusung,, ia dipanggil tiga kali jeritan :

Wahai Anak Adam,
1. Sangat bahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat
2. Sangat bahagialah kamu jika amalmu baik
3. Sangat bahagialah kamu jika sahabatmu dalam keredhaan Allah, dan alangkah celakanya kamu jika para sahabatmu orang yang dimurkai Allah.

Sewaktu diletakkan di tepi kubur, maka dipanggil tiga kali teriakan :

Wahai Anak Adam,
1. Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini ?
2. Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini ?
3. Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini ?

Sewaktu mayat diletakkan di liang kubur, maka dipanggil tiga kali teriakan :

Wahai Anak Adam,
1. Kamu di atas punggungku bersenda gurau, tetapi kamu dalam perutku menangis.
2. Kamu di atas punggungku bergembira, tetapi kamu dalam perutku cemas dan duka
3. Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tetapi kamu dalam perutku menjadi diam.

Setelah manusia pulang meninggalkan mayat yang telah dikuburkan, lalu Allah berfirman :
"Wahai hambaku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana manusia, isteri dan anak-anak. Namun Aku sangat kasihan kepadamu pada hari ini dengan limpah Rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih kasihan kepadamu daripada kasih ibu kepada anaknya.

Wallahu A'lam

Sumber : Koleksi Takzirah di Facebook


0 comments to "Panggilan Buat Mayat"

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters