Aku Mualaf - Part 2

"Dani Atit. [Bangun Atit]" nenek mengoncang tubuh ku. Pukul 5.30am. Aku melangkah malas. Mata masih ku pejamkan dan... dum. Aku terlanggar tiang utama dalam rumah. Langgaran itu membuat aku tersedar sepenuhnya. Meraba kepala yang mula membengkak.


"Yaaaa.. lapa tak bangat adai mata. Tiang ngemesai mesai nya dilantak ga [Laaa.. kenapa macam takde mata. Tiang sebesar itu pun nak dilanggar]" nenek mendekati aku. Aku menghindar. Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan orang tua itu. Ahh.. mana aku nampak tiang itu. Cahaya pelita minyak tanah yang kekuningan tidak memampukan aku untuk melihat persekitaran.


Walaupun bukan selalu aku melanggar tiang, namun kegelapan dan kesejukan pagi itu sudah biasa aku lalui. Bahkan, setiap hari. Aku menguap. Terasa ingin memejamkan mata, namun aku tidak mahu kejadian yang sama berulang. Mandi, kemudian bersiap. Tanpa bersarapan, aku memejamkan mata sesaat sementara menunggu mak.


"Udah tembu d? [Awak sudah bersiap?]" suara mak, seperti biasa kedengaran garang. Aku mengangguk, menyedari mak tidak melihat. Aku menjawap malas.


"Udah. [Sudah.]"


"Aram ya enti udah. Ditinggal ke bas legi. [Marilah kalau sudah. Nanti ketinggalan bas pula]" Aku mengekor langkah mak. Bukannya aku tidak tahu itu sekadar ugutan mak. Alaa.. Mak kan konduktor bas. Kalaupun bas itu terlupa atau tertinggal mak, pastinya driver dia akan berpatah balik untuk mengambil mak. Dan, aku pula dapat lah menumpang bas secara percuma. Aku tersengih.


"Nama hal tak lesey lesey baka kerang but? [Kenapa tersengih sengih macam kerang busuk?]" Aku tergelak mendengar soalan mak. Pantas menggelengkan kepala.


"Bisi duit d? [Awak ada duit?]" soalan mak aku jawap dengan gelengan. Mak menyeluk saku, mengeluarkan kepingan syiling berwarna keemasan, dan menyerahkan sekeping kepada aku. Seperti lazimnya, aku tahu, belanja aku untuk hari ini. RM 0.60, tambang balik nanti RM 0.40. Cukup la tu. Eh.. takpe, nanti aku pergi ke rumah mak saudara ku yang no 3, mak saudaraku selepas mak Si Cumel tu. Boleh makan free. Duit lebih aku simpan, buat tambang pergi ke pekan hujung minggu nanti.


************************************


Tengahari, seperti kebiasaannya, aku makan keseorangan. Sememangnya, aku tidak punya teman. Dan aku tidak pernah peduli. Dari kejauhan, aku melihat, Sharidhaaim Dhiyaulhaq dengan lebih mesranya dengan nama M berkejaran dengan kawan kawan lain. M dan adik beradiknya, adalah pelajar yang beragama Islam. Kadang-kadang, aku selalu melihat mereka belajar mengaji di sebelah petang. M.. aku sekelas dengan nya sejak tadika, bahkan mak aku juga mengenali keluarga M. Tapi kenapa, aku memang tidak pernah bercakap dengan dia. Malas la nak layan.


"Ulih kami duduk ditu? [Boleh kami duduk di sini?]"


Aku mengangguk tanpa memandang siapa yang bertanya.


"Aku Luli, tu kawan aku Jani. D deh? [Saya Luli, ni kawan saya Jani. Awak pula?]"


Aku memandang dua orang pelajar perempuan di hadapan ku. Tayang gigi lagi. AKu tahu siapa mereka, pelajar tahun 6, budak area kampung aku jugak, tapi agak jauh.


"Aku Wann. [Saya Wann]"
Dan dari situ lah aku mengekor ke mana saja langkah Luli dan Jani. Ada Luli ada juga Jani.



3 comments to "Aku Mualaf - Part 2"

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters