Aku Mualaf - Part 1

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Ashhado an la ilaha illa-’l-Lah.
Ashhado an la ilaha illa-’l-Lah.
Ashhado anna Muhammada ’r—Rasula ’l Lah
Ashhado anna Muhammada ’r—Rasula ’l Lah
Hayya ’ala ’ s-Sala
Hayya ’ala ’ s-Sala
Hayya ala ’l-Falah
Hayya ala ’l-Falah
Allaho Akbar
Allaho Akbar
La ilaha illa ’ l-Lah



"Padam ke TV nya, bala laut sembahyang. Kapa d ka ninga?"
[Tutup TV tu, Melayu sembahyang, kenapa awak nak dengar?]. suara mak mengejutkan aku yang khusyuk mengikut laungan azan dalam peti TV hitam putih. Aku sedia maklum, kalau pukul 7.30 petang, akan berkemundang irama seakan irama muzik yang sangat merdu itu. Aku tidak menjawap, tidak juga mengendahkan kata kata mak. Sebentar lagi rancangan kartun kegemaran aku akan bermula. 


"Apuuu.. ninga ke nda nembiak tu! [Dengar ke tidak budak ni!]" suara mak mula meninggi. Aku merengus dan menjawap kasar.


"Anang guai la! Katun udah tu legi deh! [Tunggu la sekejap! Kartun la selepas ni!]"


Tap. Skrin TV hitam sepenuhnya. Aku memandang wajah mak yang kian menyinga. Aku bangun dan menghentakkan kaki. Begitu lah keadaannya setiap malam. Entah kenapa mak memang tidak pernah suka dengan irama sembahyang melayu itu. Kadang-kadang, tanpa sedar, aku turut menyanyikan irama itu. Alaa.. itu kan sekadar nyanyian. Apa yang mak peduli sangat?


Aku menghentak kaki dan keluar dari bilik lantas menuju ke bilik sepupu aku. Cumel. Yela tu comel la sangat. Perasan. Tapi nak buat macam mana kan, dah mak saudara aku buat nama dia macam tu. 


"Nama hal kitu deh? [Kenapa datang sini?]" Cumel bertanya, pada hal dia tahu sebab aku datang. Aku tayang gigi.


"Ka meda katun. [Nak tengok kartun]" Aku duduk di hadapan TV tanpa mempedulikan mak saudara ku yang sudah pun menjeling. Aku peduli apa. Alaa.. bukan luak pun TV mak saudara aku tu. 


"Nyadi mami d agai KL minggu baru Atit? [Jadi mak kamu ke KL minggu depan, Atit?]" bapa saudara aku tiba tiba bersuara. Aku sekadar mengangguk kepala. Malas nak layan perbualan orang tua. Bukan best mana pun.  Aku bukan tak tahu, mak ke KL untuk menghantar nenek. Jadi aku lah yang kena menjaga adik. Huh. Keluhan berat aku lepaskan. 


"Taun baru test UPSR d ney Atit? Kapa d ka sekula agi, d nadai surat beranak, sekula pandai pandai nadai meh guna. [ Tahun depan awak ada exam UPSR kan Atit? Kenapa awak nak sekolah? Awak kan takde sijil lahir, sekolah pandai pandai pun tak ada guna]" 


Aku memandang mak saudara ku. Lancangnya mulut. Aku bangkit, dan menjawap. 


"Enti ku nda ulih test, menteri ulih meh nulung aku. [ Kalau saya tak dapat exam, menteri pun boleh tolong saya]" 


Aku balik, berbungkus dalam selimut. Bukannya aku tidak tahu yang aku tidak mempunyai sijil lahir. Orang kata, aku anak luar nikah. Aku selalu tanya mak, tapi mak tak nak jawap. Orang kata, aku anak melayu. Aku beragama Islam. Aku tanya mak. Mak menengking aku. Aku diam. Orang kata, aku tak boleh ambil periksa, sebab aku tidak ada sijil lahir. Aku tak kisah. Aku tahu, guru besar takkan biarkan aku untuk tidak mengambil peperiksaan. Aku tahu, mak saudara dengki dengan aku sebab aku selalu dapat tempat pertama dalam kelas. Tak apa lah. Aku menangis dalam hati. 


"Nama hal d bebungkus Atit? [Kenapa awak berselubung Atit?]" tangan tua nenek menyentuh bahu aku. Aku diam. Berpura-pura tidur. Dan akhirnya aku benar benar terlena. 








to be continued.. aku mualaf 2010


3 comments to "Aku Mualaf - Part 1"

  • Penceritaan yang baik, terasa hingga ke kalbu ^^. Teruskan, ingat.. ada yg menantikan episod sebenar dalam hidup mu.

  • thanks.. akan diusahakan sehingga dia membesar :p

  • Masyallah, bestnya cerita nie. Bagus2!! karya awak memang hebat. Teruskan menulis ya?

    p.s. Selalu tak pernah suka baca novel, tapi kali ini bila baca paragraf pertama mula kagum...
    Very eye-catching...

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters