Hukum - Hukum Dalam Islam

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim....

Lima Jenis Hukum
- Ada lima (5) jenis hukum di dalam Islam iaitu Wajib, Sunat, Haram Makruh dan Mubah.

1. Wajip
- Sesuatu hukum atau perintah yang mesti dilakukan. Jika perintah atau hukum itu dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan akan mendapat dosa. Contohnya adalah sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat.

2. Sunat
- Sesuatu perintah atau hukum jika dilakukan akan mendapat ganjaran pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa. Contohnya adalah sembahyang terawih.

3. Haram
- Sesuatu hukum atau perintah (larangan) jika dilakukan akan mendapat dosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala. Contohnya ialah meminum arak, berzina.

4. Makruh
- Sesuatu hukum atau perintah (larangan) jika dilakukan tidak dihukum berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala. Contohnya adalah memakan bawang atau petai bagi orang yang akan pergi sembahyang berjemaah.

5. Mubah
- Sesuatu yang dikerjakan atau ditinggalkan tidak mendapat apa apa. Tidak diberi pahala dan tidak mendapat dosa.


2 comments to "Hukum - Hukum Dalam Islam"

  • salam..
    rasaanya dalam islam ada hukum "harus"
    check it out..nama lain bagi hukum harus ni ialah mubah..
    contoh hukum harus ni macam makan..makan tu harus/kita harus makan kan? kalau kita makan kerana lapar/untuk mengenyangkan perut..tidak berdosa, dan juga tiada pahala..
    tetapi jika makan itu dilakukan diniatkan kerana allah, membaca doa sebelum makan, atau niat kita makn untuk mendapat tenaga yang cukup agar kita dapat beribadat dan bekerja, maka hukum harus tadi boleh berubah kepada sunat..dapat pahala..bukan dalm makan sahaja, dalm semua yang kita lakukan setiap hari, bersembang, memandu, memasak, etc..boleh menjadi amaln/ibadat yang memberi pahala..semuanya bermula dengan niat kita..niat untuk apa..wallahualam..sekadar perkongsian..

  • Salam.. saya menulis berdasarkan fakta yang boleh saya percaya dan diiktiraf. Lagipun sumber saya adalah daripada JAWI. So, kalau apa apa yang tertinggal, maka kesilapan itu semua nya dari saya.. Yang baik datang dari Allah SWT..

    wasalam

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters