1. Bersihkan wajah
- Bersihkan wajah setiap kali selepas berpeluh, atau selepas melakukan aktiviti luar, terutamanya bagi anda yang menggunakan mekap. Pilih pembersih wajah yang sesuai dengan kulit. Di samping itu, bersihkan wajah setiap pagi dengan menggunakan pelembap yang mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) bagi mendorong eksfoliasi. Manakala, pada malam hari, bersihkan wajah dengan pembersih jenis berkrim.
2. Amalkan pelembap
- Pilih pelembap yang sesuai dengan jenis kulit. Pilihan pelembap yang mengandungi SPF 15/20 dengan pelindung UVA/UVB, serta mengandungi antioksidan, pomegranate dan vitamin C mampu melindungi kulit dari radikal.
3. Elak bertukar produk kecantikan
- Perilaku sering menukar produk kecantikan akan mempercepatkan proses penuaan. Bahkan ia juga mampu merosakkan kulit jika produk tersebut tidak sesuai. Oleh hal yang demikian, anda hendaklah berhati-hati dalam memilih produk kecantikan, dan seeloknya mendapat pandangan dari pihak yang perpengalaman.
4. Biarkan wajah berehat
- Sesekali biarkan kulit anda tanpa solekan. Berikan ruang untuk kulit anda bernafas. Elakkan menggunakan gincu jenis matte kerana anda akan nampak lebih tua, seeloknya pilih gincu yang mengandungi pelembap bibir.
5. Jaga pemakanan anda
kotak kosong says:
Ok la ni kot :p