Aku Mualaf - Part 8

Aku keresahan. Jam sudah pun menunjukkan jam 5.45 pagi. Ibu saudara ku belum datang lagi. Sedangkan pendaftaran kemasukkan pelajar tingkatan satu bermula seawal 7.00 pagi. Aku mula mengira, biar selaju mana pun kereta, paling paling pun sejam. Aku merungut. Aku bukan jenis manusia yang suka menunggu. Senang cerita aku bukannya jenis yang sabar. Dalam hati, aku turut menyalahkan Mami. Kenapa dia lebih mementingkan kerja nya daripada aku? Terasa ibarat anak buangan pula. Ditambah lagi dengan debaran di dada, entah macam mana agaknya persekitaran sekolah baru ku nanti.

Lamunan aku terhenti bila aku melihat kereta Abang Ed menyusur masuk. Tanpa berlengah aku masuk ke dalam kereta.

"Ni Mami d Atit? [Mana Mami awak Atit?]" ibu saudaraku menjenguk ke dalam.

"Udah nurun ke Mukah. [Sudah pergi ke Mukah]" aku menjawap, acuh tidak acuh. Hatiku masih lagi panas membara. Sakit. Makcik dan Abang Ed diam. Agaknya mereka tentu tahu kalau aku ditanya lagi, silap haribulan, habis kereta aku makan. Barangkali. Mana tahu, tetiba saja aku menjadi kuat. Imaginasi aku melayang.


Dek kerana melayan angan, aku tidak pasti sejak bila aku sampai di halaman sekolah. Yang nyata, aku melihat orang yang begitu ramai. Ibu saudaraku telah pun beratur manakala Abang Ed sudah pun hilang. Barangkali mencari cafe sekolah. Ahkirnya, aku yang terkulat kulat tidak tahu arah dan tuju. Aku bergegas mendapatkan ibu saudaraku yang merungut tentang sesuatu.

"Nama hal ibu'? [Kenapa makcik?]" aku bertanya. Jarang sekali aku melihat ibu saudara ku yang satu ini naik angin.

"Orang ke dudi, udah dulu diambi sida ia borang, kitai ke dulu tu alu bedau. Nama kebuah ia ngambi borang ari atas ka. Ish [Borang orang yang datang lambat sudah pun diambil, kita yang sampai awal ni belum lagi. Kenapa lah mereka mengambil borang yang dari atas]" aku melihat ke arah kerani [atau cikgu] yang mengambil keterangan peribadi murid [makcik ku gelar borang] yang bertimbun. Memang agak tidak adil bila kerani itu mengambil keterangan itu dari atas.  Sudah semestinya orang yang terkemudian sampai akan meletakkan keterangan tersebut di atas.

Entah macam mana, aku mengambil keterangan peribadi aku dan meletakkannya di atas sambil aku tersengih melihat ibu saudaraku yang membulatkan matanya. Aku tidak peduli, yang aku tahu, aku nak balik cepat. Dan sudah pasti aku kenal keterangan peribadi ku kerana sejak awal awal lagi aku telah tandakan dengan pelekat Garfield, jadi secara tidak langsung, hanya keterangan peribadi aku saja lah yang menonjol.

Dan akhirnya, pendaftaran aku selesai. Awal persekolahan memang memenatkan, tambahan hati ku yang terluka kerana orang yang sepatutnya menemani aku telah pun meletakkan tanggungjawapnya pada orang lain.

Sesampai di rumah, kerja pertama yang aku buat, aku lekatkan semua buku latihan yang aku beli dengan sticker Garfiled yang berlebihan. Entah apa yang istimewa dengan kucing gemuk itu, aku tidak tahu, yang nyata, aku suka dengan cara dia melayan Oddy.


to be continued.....


1 comments to "Aku Mualaf - Part 8"

  • Cepatlah sambung yerk? Tak sabar menanti kesudahan Wann. This is my favorite cerpen!!

    Yuna

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters