Buang Bayi - Wajarkah Hukum Mati Mandatori?

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Assalamualaikum Wbt. 

Entah kenapa, hati kecil ini terpanggil untuk mengulas serba sedikit melalui ilham kurniaan Allah SWT berkenaan dengan isu buang bayi. Kes buang bayi semakin meningkat, atau dengan erti kata lain semakin popular sejak kempen Kami Prihatin dijalankan. Petikan Utusan Malaysia semalam 17 Ogos 2010 dalam artikel salah seorang daripada pembaca yang juga merupakan ibu kepada anak perempuan tunggalnya menyebut tentang perkara yang hangat diperkatakan oleh masyarakat kita pada hari ini, iaitu Hukum Mati Mandatori mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan jika disabitkan bersalah membuang bayi. 


Beliau (melalui pandangan peribadi penulis) mempersoalkan wajarkah hukum mandatori terhadap manusia manusia yang bertanggungjawab dalam pembuangan bayi. Penulis agak bersetuju pada mulanya, kerana suspek utama dalam kes yang sedemikian adalah wanita, bukannya lelaki. Wanita yang membawa kandungan 9 bulan 9 hari itu ke hulu ke hilir, wanita yang melahirkan, wanita juga yang membuang. Salah siapa? Kalau diikutkan majoriti, tentu ramai masyarakat kita menuding jari ke arah wanita. Salahkah mereka? Biasanya, melalui kes kes yang terdahulu, kebanyakkan yang terlibat adalah wanita bawah umur, ada di antara mereka masih bersekolah lagi. Pernahkah anda terfikir, kenapa tiada di antara mereka, (kalau ada pun, dalam jumlah yang sangat sedikit) dari golongan pelacur atau GRO.

Sedangkan golongan itu sudah pasti bergelumang dengan noda setiap hari, tetapi amat jarang kes pembuangan bayi dilakukan oleh golongan ini. Jadi, secara asasnya, penulis menyimpulkan, wanita wanita ini adalah mangsa keadaan. Mangsa cinta. Mengapa? Wanita wanita naif ini lah yang sanggup menyerahkan segalanya kepada lelaki hanya kerana perasaan sayang yang Allah anugerahkan kepada mereka. Cuma caranya salah. Cara yang salah menyebabkan akibat yang salah juga. Seandainya hukum mandatori dilaksanakan, siapakah yang akan dijatuhi hukuman? Bagaimanakah perlaksanaan hukuman tersebut? 

Adakah dengan hukuman mati mandatori ini akan mengurangkan gejala sosial yang membimbangkan di negara kita? Jika ya, alhamdullilah. Jika tidak, bagaimana pula? Bukankah sepatutnya nilai nilai murni itu diterapkan sejak kecil lagi? Benarlah kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Wallahu A'alam


0 comments to "Buang Bayi - Wajarkah Hukum Mati Mandatori?"

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters