Bismillah ar-rahman ir- rahim..
Di atas adalah lirik lagu
Bad Romance oleh
Lady Gaga.[ Penulis sengaja mempamerkan lirik dalam bentuk sebegitu, biarlah nampak comel sikit kan?]. Apa yang membuat penulis tertarik untuk mengupas kejadian dan asal usul lirik ini ialah kerana semalam penulis menemui beberapa blog tempatan yang memaparkan bahawa lirik yang terkandung dalam lirik Lady Gaga mengandungi unsur unsur pemujaan.
Dan salah satu bukti yang mereka tunjukkan adalah makna
RAH yang membawa maksud
matahari dalam bahasa
ROM Kuno. [Perbetulkan penulis kalau penulis silap]. Jadi kalau diterjemahkan ayat ini
- Rah rah ah-ah-ah! Ro mah ro-mah-mah Gaga Ooh-la-la! - Mungkin akan menjadi matahari matahari ah ah ah , manakala
ro mah @ roma membawa maksud
lelaki. Anda boleh lihat terjemahan Roma
disini,
sini dan
sini.
Selain itu,
RAH juga membawa maksud singkatan kepada
Rahmat Ullah Illaih, iaitu frasa yang digunakan ulama Arab dengan erti mungkin Allah senang dengan mereka. [Allah may be pleased with them]. Anda boleh melihat terjemahannya disini. Dalam laman tersebut anda akan melihat pelbagai terjemahan RAH. Malah ada juga melibatkan terjemahan dari lagu Lady Gaga. Penulis tidak tahu sama ada laman web ini menyembunyikan kebenaran atau tidak, dalam laman tersebut, rah rah dalam lirik lagu Bad Romance HANYA sebagai vocal exercise.
Ada juga yang melibatkan video klip lady gaga yang kononya menyembah kambing, atau eye yang berkaitan dengan freemason. Contohnya :
Part ini dikatakan sebagai - Lagu Bad Romance kan ada lirik yang Rah rah a a a roma roma ma kan?
"RAH" bermaksud Matahari. Kan ada part Lady Gaga dikelilingi orang laki kan? itu bermaksud Lady Gaga adalah Matahari dan sedang dipuja. - [
Ayat ini penulis copy paste dari blog yang berkenaan]. Penulis tertanya tanya, adakah kita pasti bahawa mereka atau pengarah ini ingin menunjukkan sesuatu yang seperti itu? Buktinya? Bukankah apa yang kita buat ini sekadar andaian semata mata? Mungkin anda melihat penulis sedang mempertahankan Lady Gaga, ermmm..
TIDAK. Penulis tidak menolak apa apa kemungkinan seperti saudar blogger lain katakan tentang Lady Gaga, kerana Iblis dan Syaitan sentiasa ada untuk menyesatkan kita.
Cume penulis terfikir, kadang kadang, ada orang kita, bila membaca benda benda sebegini, mereka akan berkata
"Oh... betul... itu adalah pemujaan. Aku tidak mahu dengar" atau seumpamanya. Tidak salah. Tapi, bukankah itu menunjukkan anda seorang yang
JAHIL? Kebanyakkan komen yang penulis tengok, semua kata
"nasib baik aku tak minat, aku memang tak minat, aku baru nak minat sekarang ni tak jadi lah" . Malah, ada juga saudara blogger yang kononnya ingin menyampaikan sesuatu yang baik dan ke arah kebaikan, namun lantaran dek bahasa yang kasar, tidak menunjukkan kebaikannya. Contohnya :
"Saya hanyalah meminati lagunya sahaja. Bukannya saya ikut ajaran sesat pun."
Jawapan cik adik.
Mai sini cik adik aku nak pang sedas! Kamu meminati lagunya berdasar apakah? Bukan liriknya? Atau kamu mengalunkan lagu sahaja? Dah kalau lirik telah menuju kehancuran, maka jawapannya tetap hancur. Tak payah dok buat alasan berbagai-bagai. Itu hanya alasan sampah.
Itu adalah diantara kata kata yang membuat penulis agak tersentak. Penulis ingin bertanyakah kepada anda, adakah membaca
BIBLE diharamkan dari Islam?
Adakah memasuki gereja dilarang dalam Islam? Sepanjang pengetahuan penulis, jawapannya
tidak. Jadilah umat Islam yang berpelajaran. Tidak salah kalau kita mempelajari sesuatu yang agak drastik. [Anda fahamkan?] Jika anda scroll balik ke atas, anda pasti melihat pelbagai makna
RAH. Dan penulis adalah seorang manusia yang mempunyai pemikiran yang agak memberontak. Jika orang kata itu adalah salah, penulis akan cari kenapa benda tersebut adalah
SALAH. Bukannya terus mengiakan.
Kita ambil kisah ini sebagai contoh : Seorang pelajar lulusan Universiti Al Azhar, yang mengetahui agama secara asas dan keseluruhannya. Jika beliau berserban, beliau akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah, dan jika tidak beliau juga akan mendapat pahala kerana bimbang akan sifat riak. Jika dibanding dengan seseorang yang langsung tidak mempunyai asas dalam agama, tetiba melihat seseorang berserban, maka beliau pun mengikutinya kerana ingin kelihatan warak, maka tidak mustahil perbuatan beliau akan mendatangkan dosa, iaitu riak dan munafik. Hanya gara gara tiada ILMU. Begitu juga dengan kes ini, jika kita terus saja mengiakan, bukankah kemungkinan yang besar dosa mendatangi kita? Kenapa? Andaikan saja Lady Gaga bukan sebegitu, bukankah kita telah pun berprasangka buruk? Dalam Islam, berprasangka baik sesama insan amat dititik beratkan kerana berprasangka buruk akan mendatangkan fitnah.
Nasib baik, Lady Gaga
tidak pandai membaca Bahasa Melayu, kalau tidak, mungkin dia akan saman blogger kita. Bukankah itu satu lagi masalah? Perihal Lady Gaga suka memakai
tanduk itu, pada penulis, itu hak peribadi beliau, sebagai artis yang inginkan kelainan. Penulis tegaskan penulis sama sekali tidak menolak kemungkinan yang Lady Gaga sememangnya satanic, tapi ada juga kemungkinan Lady Gaga ini langsung tidak tahu tentang benda sebegitu dan hanya menganggap itu sebagai fesyen yang tersendiri. Pernahkah anda terfikir tentang sesuatu yang seperti itu? Jika Lady Gaga belum mengakui bahawa dia adalah satanic, kita sebagai orang luar yang langsung tidak mengenali siapakah Lady Gaga ini sepatutnya menjaga tingkah laku kita.
Kerana itulah, Islam mengarah ke arah kesederhanaan dalam setiap perkara. Dalam dunia ini terdapat macam macam benda, seperti iklan Astro
- MACAM MACAM ADA - Jadi, kesimpulanya,kita masing masing memiliki akal. Jangan terlalu extrem dalam menyatakan sesuatu, seeloknya ada pro dan kontra, kerana dunia kita memang hitam dan putih, ada yin dan yang.
p/s : Bagi anda yang ingin melihat atau membaca sendiri blog blog saudara kita tentang lady Gaga, maka minta la pada Pakcik Google untuk mencari frasa
di sebalik lagu dan video klip bad romance serta
Hentikanlah Meminati Lady Gaga Yang Membawa Ajaran Syaitan Sekiranya Anda Sayangkan Agama Islam.
P/s lagi : Adakah menyayangi Islam hanya dengan menghentikan meminati lagu Lady Gaga? [Penulis sekadar bertanya. Jangan segan pula menjawap ]
Lagi lagi P/s : Kepada empunya Blog atau sesiapa yang terasa dengan statement kali ini, penulis memohon maaf jika menyinggung perasaan kalian. Kita sama sama memberikan pendapat.
Wallahu A'alam
suffian says:
selain maksud ra
video clip bad romance jgk menunjukkan simbol simbol satanic.
video clip juga lebih kpd keantian tuhan .. contohnya menghina agama kristian.
Anonymous says:
Adakah menyayangi Islam hanya dengan menghentikan meminati lagu Lady Gaga?
tidak. tapi sekurang-kurangnya banned lagu2 dia menunjukkan kita cuba jaga akidah kita.tak rugi pape pun kalo benti minat lagu dia kan =)
Unknown says:
kite minat lagu die saje2 je bukan untuk menghina islam .kite nyanyi jer kite bukan betul2 meniatkan menghina islan
Unknown says:
tulah