Bismillah ar-rahman ir- rahim..
Tinta khas dari meja penulis :
Hari ini penulis 'surfing' internet dengan kata kunci ibu tiri. Banyak yang penulis jumpa. Tentang kebaikan ibu tiri dan juga kejahatan ibu tiri. Tentang ibu tiri yang memotong telinga dan jari anak tirinya, tentang perasaan seorang anak tiri yang membenci ibu tirinya dan menggelarnya sebagai perampas suami orang. Tentang jiwa dan hati yang menolak ketentuan Allah SWT. Kenapa penulis sangat berminat dengan ibu tiri? Penulis hidup dalam keadaan yang tidak sempurna, penulis dibesarkan ibu kandung dan ayah tiri. Penulis tidak pernah menerima kehadiran ayah tiri sehinggalah penulis menghadapi sendiri keadaan ayah tiri penulis. Penulis seorang ibu tiri. Bergelar ibu tiri kadang kadang membuatkan penulis sangat takut. Takut akan tanggungjawap yang tidak terlaksana. Apakah jawapan yang penulis mahu jawap sekiranya Allah dan malaikatnya bertanyakan tanggungjawapku terhadap anugerah Allah. Secara peribadi, penulis seorang yang agak kasar dalam mendidik (sebelum ini), penulis anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki. Penulis suka memukul adik jika dia melakukan kesalahan. Alasan penulis senang saja, dia akan ingat kesalahan akibat dari perbuatan dia yang salah dan semoga suatu hari dia tidak akan mengulanginya. Alhamdullilah. Adik penulis amat menghormati penulis, bahkan hormatnya melebihi dari ibu kami sendiri. Ini kerana di zaman kecilnya, ibu sangat memanjakan dia. Dan penulis sering kali menegur, namun bagi ibu, penulis hanya budak hingusan yang tidak tahu apa apa (pada waktu itu). Tapi dalam keadaan sekarang, penulis hanya mampu menegur jika anak anak penulis melakukan kesalahan.
Terus terang, penulis tidak berani untuk bertindak lebih. Bagi penulis ayah mereka lebih arif. Namun, kadang kadang penulis melihat anak anak itu agak keterlaluan. Atau mungkin 'trend' anak masa kini yang sangat manja. Bila melihat keadaan seperti itu, hati kecil penulis bermonolog, tidak tahukah mereka bahawa mereka adalah anak yang sangat bertuah kerana dikurniakan seorang ayah yang sangat menyayangi mereka. Seorang ayah yang menganggap mereka sebagai nyawa, seorang ayah yang sanggup berkorban apa saja, seorang ayah yang sanggup tidak memiliki apa apa asalkan semua keperluan anaknya ada, seorang ayah yang tidak sanggup melihat anaknya berkongsi kasih dengan orang lain, seorang ayah yang melimpahi anaknya dengan barangan jenama. Bertuahnya mereka. Tidakkah mereka tahu, diluar sana, ada seorang anak yang tidak pernah mengenali ayahnya, diluar sana ada seorang anak yang menjadi mangsa kerakusan ayahnya, diluar sana ada seorang anak yang terlantar akibat kekejaman ayahnya, diluar sana ada seorang anak yang memerah keringat kerana ketiadaan insan yang mereka panggil ayah, daddy, papa,baba, apak dan seumpamanya.
Ingin juga penulis katakan kepada mereka, betapa kecewanya ayahnya bila mereka melakukan kesalahan, bila mereka memberontak. Tapi, penulis kaku, penulis tidak mampu berkata kata. Bukan kerana penulis tidak menganggap mereka sebagai anak sendiri, tapi penulis takut mereka masih menganggap penulis sebagai orang luar yang menyibuk dengan urusan keluarga mereka. Mereka bukannya kanak kanak yang mampu penulis beli dengan gula gula, mereka sudah mampu membezakan yang baik dan buruk. Cuma sifat cepat marah dan degil itu yang bermaharaja lela dalam sanubari mereka. Dan akhirnya, kisah itu menjadi teladan bagi diri penulis. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Itulah yang dikatakan " What you give, you get back". Penulis anggap ini sebagai hukum yang patut penulis terima kerana derhaka kepada ibu penulis. Benarlah kata orang, kata kata orang tua itu sangat mujarab. Dulu ibu pernah berkata "suatu hari nanti, kau akan rasa apa yang aku rasa sekarang". Maka jangan lah sesekali berbuat sesuatu yang menyebabkan ibu bapa kita berkata sedemikian. Besar akibatnya.
Jika diteliti kehidupan penulis, sedari dari kecil mencari sinar. Penulis tidak pernah meminta harta atau barangan jenama, penulis cuma inginkan kasih dan sayang, sehinggalah penulis menemui Islam dua tahun yang lepas. Jika penulis ditimpa musibah, penulis bermonolog, Allah sayangkan aku.. kerana itu Dia uji supaya aku lebih dewasa. Bila penulis dapat sesuatu yang penulis inginkan, penulis akan berkata Allah sayangkan aku, kerana itu Dia beri. Keadaan seperti ini melatih penulis untuk menjadi penyabar, menjadi seorang yang menerima hakikat. Jika dibandingkan dengan sebelum ini, penulis sangat suka memberontak. Dan dalam meniti diari kehidupan ibu tiri, sifat penyabar itu sangat perlu. Waras pun sangat perlu. berhati hati dalam tindakan juga perlu. Bukan semua ibu tiri jahat kan, tapi bukan semua yang bertuah. Satu situasi untuk renungan kita bersama : Jika seorang ibu kandung menyuruh anaknya melakukan sesuatu, ia mungkin akan dilihat sebagai suruhan yang patut dilakukan. Contohnya mengemas rumah. Tapi, jika ibu tiri melakukan perkara yang sama, ia MUNGKIN akan ditafsirkan sebagai membuli. Dan atas alasan itu, penulis meminimakan pertolongan pertolongan yang kadang kadang amat penulis perlukan dari anak anak. Tambahan, penulis tahu, ayah mereka mendidik mereka dengan sangat baik. Malah, cemerlang. Jadi, penulis hanya perlu percayakan ayah mereka dan membantu sekadar yang penulis mampu.
Jauh di sudut hati, penulis sangat berharap agar tiada jurang di antara anak dan ibu tiri suatu hari nanti. Ini gara gara cerita bawang merah bawang putih lah ni... Sekian.
Wallahu A'alam
Anonymous says:
Cerita hampir sama. Tak pasti tahap kesabaran saya
Unknown says:
salam..saya juga adalah seorang anajt tiri..tahniah kepada puan kerana telah menjadi seorang ibu tiri yang baik..hanya ingin berkongsi masalah dan bertanyakan pendapat..ibu kandung saya telah meninggal dunia pada tahun 2004..beberapa bulan selepas itu bapa saya telah berkahwin dengan ibu tiri saya..pada mulanya hubungan saya dan adik2 dengan ibu tiri sangat baik..sehinggalah kami tinggal serumah dengannya pada 2006..pada waktu itu saya berumur 15,adik no 2 berumur 13 dan yang bongsu berumur 6..pada mulanya ibu tiri baik..ambil berat pada kami..tapi hanya sementara..dia mula menyuruh saya dan adik no 2 menjual kuih..awalnya dia hanya minta kami tolong saje..tapi lama kelamaan dia minta kami uruskan semua sekali..dia hanya keluarkan modal..sebagai upah..kami dibenarkan makan makanan yang dijual di gerai nenek tiri..setiap hari balik dari sekolah dia akan menyuruh kami memulakan jualan sehingga malam..sekiranya saya atau adik ingin mengulangkaji..kami akan belajar di kedai..manakala adik yang bongsu pula dipukul sesuka hati..walau untuk kesalahan yang kecil...pernah sekali..saya pulang dari sekolah lihat muka adik saya lebam seperti ditumbuk..ayah yang tahu mengenai perkara tersebut hanya diam tanpa mengambil tindakan..ahli keluarga ibu tiri dan jiran2 cuba untuk memberi nasihat..tapi ayah hanye diam dan tersenyum..jika ada yang menegur terus kepada ibu tiri mereka akan dimarah..dan dia akan mengadu kdpada ayah seolah-olah dia menjadi mangsa keadaan..pernah juga dia berpura-pura pengsan sewaktu adik2 dia menegur perbuatannyd..ada jiran yang ingin lapor kepada pihak polis..tapi xsampai hati kerana bimbang ayah akan turut dihukum..akhirnya..saya bawa adik2 pulang ke kampung selepas tamat spm..namun selepas 3 tahun adik2 di kampung..pada tahun lepas ayah buat keputusan untuk bawa adik2 (yang bongsu) tinggal dengannye..saya amat2 tidak bersetuju kerana risau adik saya akan diperlakukan seperti dulu..dan ye..risau saya berasas..sekarang..adik saya dijadikan kuli..dia perlukan adik saya untuk menjaga anak angkatnye yang berumur 2tahun..juga untuk melakukan semua kerja rumah..saya xkisah sekiranya dia hanya ingin bantuan adik saya..tpi apa yang ibu tiri saya lakukan lebih kepada arahan..sama seperti seorang bos yang menyuruh orang gaji..adik saya perlu masak sendiri untuk makan..bahkan pakaian ibu tiri dan ayah juga adik2 saya yang basoh..setiap hari..ada juga saya bantu adik2 saya..tpi mereka akan dimarahi..pada pendapat puan sebagai seorang ibu tiri..adakah patut ibu tiri saya berkelakuan seperti itu??arwah ibu saya juga dulu sering minta bantuan saya membuat kerja rumah..tapi tidak seperti apa yang dilakukan ibu tiri saya..
noraz says:
Juga sorang IBU tiri.. Tak tahu sampai bila mampu menahan sabar...
Love De Art says:
Assalamualaikum..saya juga seorang ibu tiri di usia 25 tahun..suami pula berumur 42 tahun..pengalaman penulis sama seperti situasi saya...benar...menjadi seorang ibu tiri perlu banyak bersabar...dulu kami bahagia..masa saya dihabiskan dengan mendidik anak tiri saya dari urusan dirinya hinggalah pendidikannya..benar kata penulis, arahan dari seorang mak kandung dianggap suruhan, tetapi arahan dari seorang mak tiri dianggap buli walaupun arahannya berbentuk sama..paling menyedihkan, akhirnya saya digelar "umi jahat"...
hati dan perasaan seorang ibu tiri selalu dipendam..kadangkala kecik hati dengan tindakan anak tiri, tak dapat nak bersuara..kadangkala sedih melihat suami melayan anak penuh kasih sayang lebih daripada kasih kepada isteri..tapi, anak tetap memberontak..
saya juga dibesarkan dengan ibu angkat saya dan sering dimarahi dan dipukul..kadangkala, rasa nak lari ke rumah keluarga kandung..namun,saya biarkan dan kini saya bersyukur atas marah dan pukul oleh ibu angkat saya itu, saya mampu bangun sendiri..saya mampu menanggung dan hidup sendiri tanpa meminta se sen dari ibu bapa saya. malah saya mampu berusaha keras tanpa menyusahkan mereka..kerana kekebalan hati sering dimarahi dan diajar untuk buat sendiri dalam segala perkara..
Paling menyedihkan, apabila gelaran "umi jahat" itu sampai ke telinga keluarga suami,mereka telah pandang serong terhadap saya..mereka tidak melihat kejadian yang sebenar malah hanya mendengar sebelah pihak apatah lagi mereka terlalu sayangkan cucu...saya menangis tiada henti siang dan malam..mudahnya mereka bersangka buruk kepada seorang ibu tiri kerana mereka digelar 'tiri'..di kaca tv kan selalu menayangkan seorang ibu tiri itu memang jahat..pernah sewaktu masa saya dihabiskan sepenuhnya melayan dan mendidik anak tiri saya itu sehingga kasih sayang saya terhadap dia seperti anak sendiri kerana saya tidak punyai anak lagi (sehingga kini), tapi apabila ibu kandungnya menghubungi dia, terus dia lupakan saya, terus dia kata dia nak tinggal bersama maknya sedangkan waktu itu saya sayang sangat pada dia...apa perasaan seorang ibu tiri waktu itu??mak kandungnya sememangnya tidak pernah mahu ambil tahu urusan dirinya..tidak pernah hubungi anaknya itu walau seminggu sekali...yang terbaik,mak nya menghubungi sebulan sekali itupun sebab dia nak ambil anak itu untuk ditunjukkan kepada keluarganya...saya menghabiskan masa saya dengannya sehingga timbul perasaan sayang yang mendalam kerana 24 jam bersama dengannya...tapi mana mungkin menepis perasaan rindu dia pada emaknya yang sudah bersama dengannya 7 tahun??walaupun saya sudah memberikan yang terbaik...saya tidak mahu menjadi penghalang kepada keinginan untuk berjumpa ibu kandungnya...saya tak nak anak tiri saya dilemma seperti situasi saya dahulu..
marah seorang mak tiri tidak jauh beza dengan marah seorang mak kandung...cuma bezanya,pandangan orang sekeliling kerana mak tiri sudah digelar 'tiri'...marah seorang mak tiri dianggap buli..
sejak dari perkahwinan saya,saya banyak berhijrah...saya sering bersujud dan sujud lama memohon pada Allah utk kesabaran dan ketabahan menghadapi dugaanNya...saya tabahkan hati dengan mengatakan dugaan di dunia hanyalah sementara..sebagai hamba Allah, kita perlu sedih utk dugaan mengejar kebahagiaan akhirat...bukan dugaan dunia...
semoga cerita saya mampu menjadi titipan yang dapat dikongsi kepada pembaca semua..wassalam
(maaf saya bukan penulis yang baik..maaf andai ada tersalah bahasa)
kotak kosong says:
Assalamualaikum.. Mungkin lama untuk saya ambil masa.. Pendapat peribadi saya, memang tidak patut.. Tapi, tengok keadaan dia sebagai seorang ibu..
kotak kosong says:
Semoga terus tabah puan.. Insyallah akan ada sinar cahaya
Unknown says:
Cerita kita hampir sama..semoga Allah berikan kesabaran yg kuat.. Dan ketabahan buat semua ibu tiri.. Walaupun kebaikan dan pengorbanan kiga langsung x di hargai.. Biarlah Allah menentukan segalanya.