Salam a'laik.... Pertama kali melihat video rakaman Benjamin Stephen di Youtube, penulis terasa sangat teruja. Benjamin mengalunkan Al Fatihah dengan begitu baik sekali. Tapi sayang.. Alunannya itu bukanlah alunan yang diredhai. Alunan yang berunsurkan sifat munafik dan menyesatkan, serta memutarbelitkan fakta.
Adakah Benjamin tergolong dalam golongan yang kita maksudkan sebagai Dajjal? Matanya tidak pula buta sebelah. Pada pandangan penulis, ceramah yang melampau dari Benjamin inilah yang akan mengundang banyak lagi kes kes murtad dalam Malaysia.
Sehingga hari ini, penulis tidak dapat memastikan bahawa telah ada pihak pihak yang tertentu membuat laporan atau menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci. Kerana, kes ini lebih teruk dari status Facebook yang menghina negeri atau kaum lain. Ia melibatkan agama suci, Islam dan jika dibiarkan berterusan akan ramai generasi muda yang tersesat meniti arus. Benjamin difahamkan sebagai penganut Islam telah keluar (murtad) dan memeluk agama Kristian dalam Mahzab Roman Catholic. Benjamin juga mengunakan ayat Al Quran sepatah demi sepatah dan menjelaskan maksudnya secara tidak menyeluruh sehingga menampakkan apa yang dia katakan amatlah nyata bagi orang orang yang buta tentang Islam.
Sehingga hari ini, penulis masih mengharapkan video ini tidak tersebar lagi, atau akan ada pihak yang bertanggungjawap tampil ke hadapan. Insyallah. Bagi yang baru mengenal Islam.. ingatlah bahawa Umat Nabi Muhammad SAW telah pun diberi kunci ke syurga. Segalanya terpulang pada kita untuk menjaganya.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.