Bismillah ar-rahman ir- rahim..
Rasanya ramai yang bersetuju dengan tajuk kali ini. Ilham itu adalah anugerah Allah SWT. Sebagai seorang penulis amutur, tanpa ilham kadang kadang kita buntu untuk memulakan bait kata kata. Lain insan lain cara mendapatkan ilham. Bagi penulis sendiri, biasanya ilham datang di saat sendirian, atau ketika bersedih atau ketika menghadap keindahan alam.
Siapakah kita tanpa percaturan dari Allah? Tidak pernah kita terfikir kita seumpama robot yang telah diprogramkan untuk melakukan sesuatu dengan takdir yang tertulis serta surat perjanjian yang kita metrai. Bezanya, kita punya akal, nafsu, perasaan. (Kalau nak dibanding dengan robotla).
Kadang kadang, ilham yang kita dapat, kita terjemahkan melalui pelbagai cara, contohnya lukisan, nyanyian, puisi, cerita. Dan itulah yang orang lain gelar seni. Untuk menjadi seniman pula, bukan senang, setiap seniman perlu mempunyai bakat. Dari manakah datangnya bakat? Jawapan nya sudah pasti ada.
Wallahu A'alam