Cara atasi nasi lembik

Bismillah ar-rahman ir- rahim..



Kuantiti air bagi setiap beras yang kita beli kadang kala berlainan. Ada yang perlu banyak air dan ada yang tidak. Untuk mengatasi masalah ini ambil sebiji telur, basuh bersih-bersih dan letakkan di dalam periuk nasi. Angkat telur tadi bila nasi sudah menjadi seperti yang kita inginkan.

Selamat mencuba.
 
Wallahu A'alam

Read more


Khasiat Garam

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 



Kesangsian terhadap sayur sayuran yang dibeli terdapat kesan semburan racun ataupun tidak semeamngnya timbul. Justeru itu, rendam sayuran tersebut beberapa minit bersama beberapa ketul garam kasar. Kemudian basuh bersama air bersih dan seterusnya sayuran tersebut bolehlah dimasak.

Selamat mencuba.
 
Wallahu A'alam

Read more


Hilangkan bau pada peti sejuk

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 



Peti sejuk biasanya mempunyai muatan yang mengandungi pelbagai jenis makanan. Sehingga menyebabkan bau yang kurang menyenangkan keluar apabila peti sejuk dibuka. Cara yang paling mudah untuk menghilangkan bau peti sejuk ialah dengan meletakkan arang dan beberapa hiris limau purut. Insya - Allah bau itu akan hilang.

Selamat mencuba.
 
Wallahu A'alam

Read more


Murtad - Selamatkah Agama Islam di Malaysia?

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat. 
 
Wallahu A'alam

Read more


Buang Bayi - Wajarkah Hukum Mati Mandatori?

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Assalamualaikum Wbt. 

Entah kenapa, hati kecil ini terpanggil untuk mengulas serba sedikit melalui ilham kurniaan Allah SWT berkenaan dengan isu buang bayi. Kes buang bayi semakin meningkat, atau dengan erti kata lain semakin popular sejak kempen Kami Prihatin dijalankan. Petikan Utusan Malaysia semalam 17 Ogos 2010 dalam artikel salah seorang daripada pembaca yang juga merupakan ibu kepada anak perempuan tunggalnya menyebut tentang perkara yang hangat diperkatakan oleh masyarakat kita pada hari ini, iaitu Hukum Mati Mandatori mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan jika disabitkan bersalah membuang bayi. 


Beliau (melalui pandangan peribadi penulis) mempersoalkan wajarkah hukum mandatori terhadap manusia manusia yang bertanggungjawab dalam pembuangan bayi. Penulis agak bersetuju pada mulanya, kerana suspek utama dalam kes yang sedemikian adalah wanita, bukannya lelaki. Wanita yang membawa kandungan 9 bulan 9 hari itu ke hulu ke hilir, wanita yang melahirkan, wanita juga yang membuang. Salah siapa? Kalau diikutkan majoriti, tentu ramai masyarakat kita menuding jari ke arah wanita. Salahkah mereka? Biasanya, melalui kes kes yang terdahulu, kebanyakkan yang terlibat adalah wanita bawah umur, ada di antara mereka masih bersekolah lagi. Pernahkah anda terfikir, kenapa tiada di antara mereka, (kalau ada pun, dalam jumlah yang sangat sedikit) dari golongan pelacur atau GRO.

Sedangkan golongan itu sudah pasti bergelumang dengan noda setiap hari, tetapi amat jarang kes pembuangan bayi dilakukan oleh golongan ini. Jadi, secara asasnya, penulis menyimpulkan, wanita wanita ini adalah mangsa keadaan. Mangsa cinta. Mengapa? Wanita wanita naif ini lah yang sanggup menyerahkan segalanya kepada lelaki hanya kerana perasaan sayang yang Allah anugerahkan kepada mereka. Cuma caranya salah. Cara yang salah menyebabkan akibat yang salah juga. Seandainya hukum mandatori dilaksanakan, siapakah yang akan dijatuhi hukuman? Bagaimanakah perlaksanaan hukuman tersebut? 

Adakah dengan hukuman mati mandatori ini akan mengurangkan gejala sosial yang membimbangkan di negara kita? Jika ya, alhamdullilah. Jika tidak, bagaimana pula? Bukankah sepatutnya nilai nilai murni itu diterapkan sejak kecil lagi? Benarlah kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Wallahu A'alam

Read more


Cinta (Wallpaper)


Hanya Sekeping roti


kasih Orang Tua


Read more


Muzium Seni (Wallpaper)

Jika aku

Please Stay

Dunia kita
Broken Heart
P/s : Sekadar perkongsian hasil seni yang tidak seberapa.

Read more


Doa Iftitah - bacaan dan maksud -

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 
Assalamualaikum WBT...

Semoga mendapat kemanfaatan..


Bacaan Dalam rumi : -

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya :-

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).


Wallahu A'alam

Read more


Doa Qunut - bacaan dan maksud -

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Assalamualaikum WBT..... 
Doa Qunut merupakan amalan sunat berat dalam solat subuh. 
Semoga membawa manfaat.



Allahhuma dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Maksudnya : 

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Wallahu A'alam

Read more


Lirik Lagu Bad Romance - Lady Gaga mengandungi unsur satanic?


Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 


Di atas adalah lirik lagu Bad Romance oleh Lady Gaga.[ Penulis sengaja mempamerkan lirik dalam bentuk sebegitu, biarlah nampak comel sikit kan?]. Apa yang membuat penulis tertarik untuk mengupas kejadian dan asal usul lirik ini ialah kerana semalam penulis menemui beberapa blog tempatan yang memaparkan bahawa lirik yang terkandung dalam lirik Lady Gaga mengandungi unsur unsur pemujaan.

Dan salah satu bukti yang mereka tunjukkan adalah makna RAH yang membawa maksud matahari dalam bahasa ROM Kuno. [Perbetulkan penulis kalau penulis silap]. Jadi kalau diterjemahkan ayat ini - Rah rah ah-ah-ah! Ro mah ro-mah-mah Gaga Ooh-la-la! - Mungkin akan menjadi matahari matahari ah ah ah , manakala ro mah @ roma membawa maksud lelaki. Anda boleh lihat terjemahan Roma disini, sini dan sini.

Selain itu, RAH juga membawa maksud singkatan kepada Rahmat Ullah Illaih, iaitu frasa yang digunakan ulama Arab dengan erti mungkin Allah senang dengan mereka. [Allah may be pleased with them]. Anda boleh melihat terjemahannya disini. Dalam laman tersebut anda akan melihat pelbagai terjemahan RAH. Malah ada juga melibatkan terjemahan dari lagu Lady Gaga. Penulis tidak tahu sama ada laman web ini menyembunyikan kebenaran atau tidak, dalam laman tersebut, rah rah dalam lirik lagu Bad Romance HANYA sebagai vocal exercise

Ada juga yang melibatkan video klip lady gaga yang kononya menyembah kambing, atau eye yang berkaitan dengan freemason. Contohnya :
 


Part ini dikatakan sebagai - Lagu Bad Romance kan ada lirik yang Rah rah a a a roma roma ma kan? "RAH" bermaksud Matahari. Kan ada part Lady Gaga dikelilingi orang laki kan? itu bermaksud Lady Gaga adalah Matahari dan sedang dipuja. - [ Ayat ini penulis copy paste dari blog yang berkenaan]. Penulis tertanya tanya, adakah kita pasti bahawa mereka atau pengarah ini ingin menunjukkan sesuatu yang seperti itu? Buktinya? Bukankah apa yang kita buat ini sekadar andaian semata mata? Mungkin anda melihat penulis sedang mempertahankan Lady Gaga, ermmm.. TIDAK. Penulis tidak menolak apa apa kemungkinan seperti saudar blogger lain katakan tentang Lady Gaga, kerana Iblis dan Syaitan sentiasa ada untuk menyesatkan kita.

Cume penulis terfikir, kadang kadang, ada orang kita, bila membaca benda benda sebegini, mereka akan berkata "Oh... betul... itu adalah pemujaan. Aku tidak mahu dengar" atau seumpamanya. Tidak salah. Tapi, bukankah itu menunjukkan anda seorang yang JAHIL? Kebanyakkan komen yang penulis tengok, semua kata "nasib baik aku tak minat, aku memang tak minat, aku baru nak minat sekarang ni tak jadi lah" . Malah, ada juga saudara blogger yang kononnya ingin menyampaikan sesuatu yang baik dan ke arah kebaikan, namun lantaran dek bahasa yang kasar, tidak menunjukkan kebaikannya. Contohnya :

"Saya hanyalah meminati lagunya sahaja. Bukannya saya ikut ajaran sesat pun."

Jawapan cik adik.

Mai sini cik adik aku nak pang sedas! Kamu meminati lagunya berdasar apakah? Bukan liriknya? Atau kamu mengalunkan lagu sahaja? Dah kalau lirik telah menuju kehancuran, maka jawapannya tetap hancur. Tak payah dok buat alasan berbagai-bagai. Itu hanya alasan sampah.

 Itu adalah diantara kata kata yang membuat penulis agak tersentak. Penulis ingin bertanyakah kepada anda, adakah membaca BIBLE diharamkan dari Islam? Adakah memasuki gereja dilarang dalam Islam? Sepanjang pengetahuan penulis, jawapannya tidak. Jadilah umat Islam yang berpelajaran. Tidak salah kalau kita mempelajari sesuatu yang agak drastik. [Anda fahamkan?] Jika anda scroll balik ke atas, anda pasti melihat pelbagai makna RAH. Dan penulis adalah seorang manusia yang mempunyai pemikiran yang agak memberontak. Jika orang kata itu adalah salah, penulis akan cari kenapa benda tersebut adalah SALAH. Bukannya terus mengiakan.

Kita ambil kisah ini sebagai contoh : Seorang pelajar lulusan Universiti Al Azhar, yang mengetahui agama secara asas dan keseluruhannya. Jika beliau berserban, beliau akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah, dan jika tidak beliau juga akan mendapat pahala kerana bimbang akan sifat riak. Jika dibanding dengan seseorang yang langsung tidak mempunyai asas dalam agama, tetiba melihat seseorang berserban, maka beliau pun mengikutinya kerana ingin kelihatan warak, maka tidak mustahil perbuatan beliau akan mendatangkan dosa, iaitu riak dan munafik. Hanya gara gara tiada ILMU. Begitu juga dengan kes ini, jika kita terus saja mengiakan, bukankah kemungkinan yang besar dosa mendatangi kita? Kenapa? Andaikan saja Lady Gaga bukan sebegitu, bukankah kita telah pun berprasangka buruk? Dalam Islam, berprasangka baik sesama insan amat dititik beratkan kerana berprasangka buruk akan mendatangkan fitnah.

Nasib baik, Lady Gaga tidak pandai membaca Bahasa Melayu, kalau tidak, mungkin dia akan saman blogger kita. Bukankah itu satu lagi masalah? Perihal Lady Gaga suka memakai tanduk itu, pada penulis, itu hak peribadi beliau, sebagai artis yang inginkan kelainan. Penulis tegaskan penulis sama sekali tidak menolak kemungkinan yang Lady Gaga sememangnya satanic, tapi ada juga kemungkinan Lady Gaga ini langsung tidak tahu tentang benda sebegitu dan hanya menganggap itu sebagai fesyen yang tersendiri. Pernahkah anda terfikir tentang sesuatu yang seperti itu? Jika Lady Gaga belum mengakui bahawa dia adalah satanic, kita sebagai orang luar yang langsung tidak mengenali siapakah Lady Gaga ini sepatutnya menjaga tingkah laku kita.


Kerana itulah, Islam mengarah ke arah kesederhanaan dalam setiap perkara. Dalam dunia ini terdapat macam macam benda, seperti iklan Astro - MACAM MACAM ADA - Jadi, kesimpulanya,kita masing masing memiliki akal. Jangan terlalu extrem dalam menyatakan sesuatu, seeloknya ada pro dan kontra, kerana dunia kita memang hitam dan putih, ada yin dan yang.

p/s : Bagi anda yang ingin melihat atau membaca sendiri blog blog saudara kita tentang lady Gaga, maka minta la pada Pakcik Google untuk mencari frasa di sebalik lagu dan video klip bad romance serta Hentikanlah Meminati Lady Gaga Yang Membawa Ajaran Syaitan Sekiranya Anda Sayangkan Agama Islam.  

P/s lagi : Adakah menyayangi Islam hanya dengan menghentikan meminati lagu Lady Gaga? [Penulis sekadar bertanya. Jangan segan pula menjawap ]

Lagi lagi P/s : Kepada empunya Blog atau sesiapa yang terasa dengan statement kali ini, penulis memohon maaf jika menyinggung perasaan kalian. Kita sama sama memberikan pendapat. 




Wallahu A'alam

Read more


Nikmatnya Puasa

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Puasa semakin mendekati. Kurang seminggu lagi umat Nabi Muhammad SAW akan menjalani ibadah wajid dalam lima rukun Islam yakni rukun yang ketiga - Puasa di bulan Ramadhan.

Makna Puasa
 
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Firman Allah S.W.T:
“ “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“ " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."



1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa?
- Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?
- Imam al-Bukhari didalam sahihnya menyatakan hadith :-

إذا توضا فليستنشق بمنخره الماء
“Apabila seseorang mengambil wudhu’ maka hendak beristinsyaq (masuk air kedalam hidung)” – bermaksud ‘Tidak dibezakan diantara orang yang berpuasa dan tidak berpuasa’ (Fath al-Bari, 7/62). Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa ada dikalangan salaf mengatakan ia tidak membatalkan puasa tetapi perbuatan tersebut dilarang.

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:

a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
- Benar, Menelan air liur didalam mulut tidak membatalkan puasa. Ibn Qudamah mengatakan bahawa perkara ini agak sukar dielakkan sepertimana debu dijalan atau dilantai (al-Mughni 3/16). Jika lidah yang mengandungi air liur terjulur keluar sebentar dan masuk kembali, ia tidak membatalkan puasa, oleh kerana pergerakan lidah dikira sebagai sebahagian dari pergerakan mulut.(Haashiyat Qalyoobi, 2/72).

- Menurut Mazhab Syafie, air liur yang diluar mulut atau berada diantara 2 bibir menelannya boleh membatalkan puasa, kerana perkara ini boleh dielakkan.

b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
- Tidak batal puasa menurut Lajnah al-Daa’imah (1/270) kerana hukum menelan lendir hingus semasa puasa adalah sama hukum telan air liur. Ulama’ menasihatkan agar lendir (mucus) tersebut dikeluarkan kerana menurut Sheikh Utsaimin lendir ini sebagai sesuatu benda yang kotor, dan tidak wajar ditelan.

c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
- Tidak batal puasa kalau bersiwak, menggosok gigi atau berkumur dengan syarat tidak menelan air tersebut. Syiekh bin Baaz mengatakan boleh menggunakan ubat gigi asalkan dapat mengelak dari menelannya (Fataawa Bin Baaz, 4/247). Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan, lebih elok memberus gigi diwaktu malam (Al-Sharh al-Mumti, 6/407, 408).

d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
- Syiekh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa menggunakan ubat mata (eyedrops) dan ubat telinga (eardrops) tidak membatalkan puasa (Majmu’ Fataawa, 25/233, 25/245).

e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
- Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa :’Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa, kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesesuatu yang yang keluar dari tekaknya semasa di sedang tidur’ (al-Mughni, 3/22). Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.

f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
- Pendapat ini (Qadha’ tanpa fidyah) didokong oleh al-Nakha’i, Abu Hanifah dan sahabat2nya. Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi dialam kitab Fiqh al-Shiyam mengatakan bahawa hukum mengqadha’ dan membayar fidyah tidaklah datang dari dalil yang sahih dan hanya melalui atsar para sahabat. Hendaklah kita mengambil dari sahabat perkara2 yang berkenaan dengan sunnah dan bukan perkara wajib, sebab yang wajib memerlukan dalil dari Rasulullah saw.

g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?
- Dr Mustafa al-Bugha (Fiqh al-Manhaji, 1/361) mengatakan bahawa tidak boleh berpuasa pada hari syak, sebagaimana dithabitkan dari hadith Abu Daud #2334 dan al-Tirmudzi (686) :-

وقال عمار بن ياسر من صام اليوم الذي يُشك فيه فقد عصى أبا القاسم صلى الله عليه وسلم
“Ammar ibn Yaasir berkata : barangsiapa berpuasa pada hari syak oleh manusia maka dia telah mengkianati Abu al-Qaasim (Rasulullah saw)”

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata :”difahami dari perkara ini bahawa adalah haram berpuasa pada hari syak, kerana Sahabat tidak akan berkata demikian berdasarkan pandangan pribadi, maka riwayat yang sedemikian mempunyai status yang sama dengan marfu’ hadith.”

Selamat menunaikan ibadah puasa dari pihak Hawa Kepada Hawa dan My Journal. Semoga amalan kita diredhai dan diberkati. - Amin -
 
Wallahu A'alam

Read more


Aku Mualaf - Part 8

Aku keresahan. Jam sudah pun menunjukkan jam 5.45 pagi. Ibu saudara ku belum datang lagi. Sedangkan pendaftaran kemasukkan pelajar tingkatan satu bermula seawal 7.00 pagi. Aku mula mengira, biar selaju mana pun kereta, paling paling pun sejam. Aku merungut. Aku bukan jenis manusia yang suka menunggu. Senang cerita aku bukannya jenis yang sabar. Dalam hati, aku turut menyalahkan Mami. Kenapa dia lebih mementingkan kerja nya daripada aku? Terasa ibarat anak buangan pula. Ditambah lagi dengan debaran di dada, entah macam mana agaknya persekitaran sekolah baru ku nanti.

Lamunan aku terhenti bila aku melihat kereta Abang Ed menyusur masuk. Tanpa berlengah aku masuk ke dalam kereta.

"Ni Mami d Atit? [Mana Mami awak Atit?]" ibu saudaraku menjenguk ke dalam.

"Udah nurun ke Mukah. [Sudah pergi ke Mukah]" aku menjawap, acuh tidak acuh. Hatiku masih lagi panas membara. Sakit. Makcik dan Abang Ed diam. Agaknya mereka tentu tahu kalau aku ditanya lagi, silap haribulan, habis kereta aku makan. Barangkali. Mana tahu, tetiba saja aku menjadi kuat. Imaginasi aku melayang.


Dek kerana melayan angan, aku tidak pasti sejak bila aku sampai di halaman sekolah. Yang nyata, aku melihat orang yang begitu ramai. Ibu saudaraku telah pun beratur manakala Abang Ed sudah pun hilang. Barangkali mencari cafe sekolah. Ahkirnya, aku yang terkulat kulat tidak tahu arah dan tuju. Aku bergegas mendapatkan ibu saudaraku yang merungut tentang sesuatu.

"Nama hal ibu'? [Kenapa makcik?]" aku bertanya. Jarang sekali aku melihat ibu saudara ku yang satu ini naik angin.

"Orang ke dudi, udah dulu diambi sida ia borang, kitai ke dulu tu alu bedau. Nama kebuah ia ngambi borang ari atas ka. Ish [Borang orang yang datang lambat sudah pun diambil, kita yang sampai awal ni belum lagi. Kenapa lah mereka mengambil borang yang dari atas]" aku melihat ke arah kerani [atau cikgu] yang mengambil keterangan peribadi murid [makcik ku gelar borang] yang bertimbun. Memang agak tidak adil bila kerani itu mengambil keterangan itu dari atas.  Sudah semestinya orang yang terkemudian sampai akan meletakkan keterangan tersebut di atas.

Entah macam mana, aku mengambil keterangan peribadi aku dan meletakkannya di atas sambil aku tersengih melihat ibu saudaraku yang membulatkan matanya. Aku tidak peduli, yang aku tahu, aku nak balik cepat. Dan sudah pasti aku kenal keterangan peribadi ku kerana sejak awal awal lagi aku telah tandakan dengan pelekat Garfield, jadi secara tidak langsung, hanya keterangan peribadi aku saja lah yang menonjol.

Dan akhirnya, pendaftaran aku selesai. Awal persekolahan memang memenatkan, tambahan hati ku yang terluka kerana orang yang sepatutnya menemani aku telah pun meletakkan tanggungjawapnya pada orang lain.

Sesampai di rumah, kerja pertama yang aku buat, aku lekatkan semua buku latihan yang aku beli dengan sticker Garfiled yang berlebihan. Entah apa yang istimewa dengan kucing gemuk itu, aku tidak tahu, yang nyata, aku suka dengan cara dia melayan Oddy.


to be continued.....

Read more


Ke mana Ogi Menghilang

Assalamualaikum wbt....

Maaf.. Itu adalah perkara pertama yang ingin aku sampaikan. Sebabnya, tajuk dan isi kandungannya jauh menyimpang. Aku tertanya tanya, beberapa bulan kebelakangan ini, aku tidak lagi melihat Ogi  'mengomen' dalam blog ini. Secara lisannya, aku merindui komen dia walaupun aku tidak mengenalinya. Seolah aku terasa, aku membuat cerita "Mualaf journey" itu kerana dia.

Buat  Ogi aku ingin sekali kamu mengetahui, setiap kali aku login blog, aku ingin melihat cetusan komen kamu. Tapi, sehingga hari ini, aku masih lagi menunggu. Dan menunggu. Mungkin kamu sibuk dengan urusan dunia mu, hinggakan kamu tidak mampu meluangkan sedikit masa untuk menatap laman yang tidak seberapa ini. Biarpun begitu, aku teruskan jua segala yang aku mulakan di sini, dengan harapan, jika kamu kembali, kamu tidak akan pergi lagi






Jadi, apa pun yang kamu lakukan di sana, aku doakan semoga berjaya.. Semoga dipertemukan kembali - sahabat alam maya -

Read more

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters