Ibu Tiri

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Tinta khas dari meja penulis :

Hari ini penulis 'surfing' internet dengan kata kunci ibu tiri. Banyak yang penulis jumpa. Tentang kebaikan ibu tiri dan juga kejahatan ibu tiri. Tentang ibu tiri yang memotong telinga dan jari anak tirinya, tentang perasaan seorang anak tiri yang membenci ibu tirinya dan menggelarnya sebagai perampas suami orang. Tentang jiwa dan hati yang menolak ketentuan Allah SWT. Kenapa penulis sangat berminat dengan ibu tiri? Penulis hidup dalam keadaan yang tidak sempurna, penulis dibesarkan ibu kandung dan ayah tiri. Penulis tidak pernah menerima kehadiran ayah tiri sehinggalah penulis menghadapi sendiri keadaan ayah tiri penulis. Penulis seorang ibu tiri. Bergelar ibu tiri kadang kadang membuatkan penulis sangat takut. Takut akan tanggungjawap yang tidak terlaksana. Apakah jawapan yang penulis mahu jawap sekiranya Allah dan malaikatnya bertanyakan tanggungjawapku terhadap anugerah Allah. Secara peribadi, penulis seorang yang agak kasar dalam mendidik (sebelum ini), penulis anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki. Penulis suka memukul adik jika dia melakukan kesalahan. Alasan penulis senang saja, dia akan ingat kesalahan akibat dari perbuatan dia yang salah dan semoga suatu hari dia tidak akan mengulanginya. Alhamdullilah. Adik penulis amat menghormati penulis, bahkan hormatnya melebihi dari ibu kami sendiri. Ini kerana di zaman kecilnya, ibu sangat memanjakan dia. Dan penulis sering kali menegur, namun bagi ibu, penulis hanya budak hingusan yang tidak tahu apa apa (pada waktu itu). Tapi dalam keadaan sekarang, penulis hanya mampu menegur jika anak anak penulis melakukan kesalahan.


Terus terang, penulis tidak berani untuk bertindak lebih. Bagi penulis ayah mereka lebih arif. Namun, kadang kadang penulis melihat anak anak itu agak keterlaluan. Atau mungkin 'trend' anak masa kini yang sangat manja. Bila melihat keadaan seperti itu, hati kecil penulis bermonolog, tidak tahukah mereka bahawa mereka adalah anak yang sangat bertuah kerana dikurniakan seorang ayah yang sangat menyayangi mereka. Seorang ayah yang menganggap mereka sebagai nyawa, seorang ayah yang sanggup berkorban apa saja, seorang ayah yang sanggup tidak memiliki apa apa asalkan semua keperluan anaknya ada, seorang ayah yang tidak sanggup melihat anaknya berkongsi kasih dengan orang lain, seorang ayah yang melimpahi anaknya dengan barangan jenama. Bertuahnya mereka. Tidakkah mereka tahu, diluar sana, ada seorang anak yang tidak pernah mengenali ayahnya, diluar sana ada seorang anak yang menjadi mangsa kerakusan ayahnya, diluar sana ada seorang anak yang terlantar akibat kekejaman ayahnya, diluar sana ada seorang anak yang memerah keringat kerana ketiadaan insan yang mereka panggil ayah, daddy, papa,baba, apak dan seumpamanya.





Ingin juga penulis katakan kepada mereka, betapa kecewanya ayahnya bila mereka melakukan kesalahan, bila mereka memberontak. Tapi, penulis kaku, penulis tidak mampu berkata kata. Bukan kerana penulis tidak menganggap mereka sebagai anak sendiri, tapi penulis takut mereka masih menganggap penulis sebagai orang luar yang menyibuk dengan urusan keluarga mereka. Mereka bukannya kanak kanak yang mampu penulis beli dengan gula gula, mereka sudah mampu membezakan yang baik dan buruk. Cuma sifat cepat marah dan degil itu yang bermaharaja lela dalam sanubari mereka. Dan akhirnya, kisah itu menjadi teladan bagi diri penulis. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Itulah yang dikatakan " What you give, you get back". Penulis anggap ini sebagai hukum yang patut penulis terima kerana derhaka kepada ibu penulis. Benarlah kata orang, kata kata orang tua itu sangat mujarab. Dulu ibu pernah berkata "suatu hari nanti, kau akan rasa apa yang aku rasa sekarang". Maka jangan lah sesekali berbuat sesuatu yang menyebabkan ibu bapa kita berkata sedemikian. Besar akibatnya.




Jika diteliti kehidupan penulis, sedari dari kecil mencari sinar. Penulis tidak pernah meminta harta atau barangan jenama, penulis cuma inginkan kasih dan sayang, sehinggalah penulis menemui Islam dua tahun yang lepas. Jika penulis ditimpa musibah, penulis bermonolog, Allah sayangkan aku.. kerana itu Dia uji supaya aku lebih dewasa. Bila penulis dapat sesuatu yang penulis inginkan, penulis akan berkata Allah sayangkan aku, kerana itu Dia beri. Keadaan seperti ini melatih penulis untuk menjadi penyabar, menjadi seorang yang menerima hakikat. Jika dibandingkan dengan sebelum ini, penulis sangat suka memberontak. Dan dalam meniti diari kehidupan ibu tiri, sifat penyabar itu sangat perlu. Waras pun sangat perlu. berhati hati dalam tindakan juga perlu. Bukan semua ibu tiri jahat kan, tapi bukan semua yang bertuah. Satu situasi untuk renungan kita bersama : Jika seorang ibu kandung menyuruh anaknya melakukan sesuatu, ia mungkin akan dilihat sebagai suruhan yang patut dilakukan. Contohnya mengemas rumah. Tapi, jika ibu tiri melakukan perkara yang sama, ia MUNGKIN akan ditafsirkan sebagai membuli. Dan atas alasan itu, penulis meminimakan pertolongan pertolongan yang kadang kadang amat penulis perlukan dari anak anak. Tambahan, penulis tahu, ayah mereka mendidik mereka dengan sangat baik. Malah, cemerlang. Jadi, penulis hanya perlu percayakan ayah mereka dan membantu sekadar yang penulis mampu. 


Jauh di sudut hati, penulis sangat berharap agar tiada jurang di antara anak dan ibu tiri suatu hari nanti. Ini gara gara cerita bawang merah bawang putih lah ni... Sekian.
 
Wallahu A'alam

Read more


Ilham adalah anugerah Allah

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Rasanya ramai yang bersetuju dengan tajuk kali ini. Ilham itu adalah anugerah Allah SWT. Sebagai seorang penulis amutur, tanpa ilham kadang kadang kita buntu untuk memulakan bait kata kata. Lain insan lain cara mendapatkan ilham. Bagi penulis sendiri, biasanya ilham datang di saat sendirian, atau ketika bersedih atau ketika menghadap keindahan alam. 


Siapakah kita tanpa percaturan dari Allah? Tidak pernah kita terfikir kita seumpama robot yang telah diprogramkan untuk melakukan sesuatu dengan takdir yang tertulis serta surat perjanjian yang kita metrai. Bezanya, kita punya akal, nafsu, perasaan. (Kalau nak dibanding dengan robotla).


Kadang kadang, ilham yang kita dapat, kita terjemahkan melalui pelbagai cara, contohnya lukisan, nyanyian, puisi, cerita. Dan itulah yang orang lain gelar seni. Untuk menjadi seniman pula, bukan senang, setiap seniman perlu mempunyai bakat. Dari manakah datangnya bakat? Jawapan nya sudah pasti ada.

Wallahu A'alam

Read more


Lagi unsur satanic dari Lady Gaga - Alejandro -

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.



Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..
But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.



Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?


Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall



Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..
I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..



Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "



Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...
Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)



Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Nota peribadi penulis : Untuk makluman semua.. siapakah yang mengarahkan Lady Gaga untuk menghasilkan lagu yang sedemikian? Penulis masih lagi meragui segala kesahihan, sebab bagi penulis Lady Gaga menghasilkan sesuatu yang seperti ini adalah demi kepentingan dirinya, contohnya duit dan kedudukan. Apa yang penulis mahu ketahui adalah siapa disebalik video video clip Lady Gaga.. Mustahil video clip ini tercipta tanpa seseorang yang mengarahkannya. Bahagian terakhir video agak menyeramkan.
Wallahu A'alam

Read more


Benjamin Stephen - murtad dan menyesatkan

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Salam a'laik.... Pertama kali melihat video rakaman Benjamin Stephen di Youtube, penulis terasa sangat teruja. Benjamin mengalunkan Al Fatihah dengan begitu baik sekali. Tapi sayang.. Alunannya itu bukanlah alunan yang diredhai. Alunan yang berunsurkan sifat munafik dan menyesatkan, serta memutarbelitkan fakta.



Adakah Benjamin tergolong dalam golongan yang kita maksudkan sebagai Dajjal? Matanya tidak pula buta sebelah. Pada pandangan penulis, ceramah yang melampau dari Benjamin inilah yang akan mengundang banyak lagi kes kes murtad dalam Malaysia. 

Sehingga hari ini, penulis tidak dapat memastikan bahawa telah ada pihak pihak yang tertentu membuat laporan atau menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci. Kerana, kes ini lebih teruk dari status Facebook yang menghina negeri atau kaum lain. Ia melibatkan agama suci, Islam dan jika dibiarkan berterusan akan ramai generasi muda yang tersesat meniti arus.

Benjamin difahamkan sebagai penganut Islam telah keluar (murtad) dan memeluk agama Kristian dalam Mahzab Roman Catholic. Benjamin juga mengunakan ayat Al Quran sepatah demi sepatah dan menjelaskan maksudnya secara tidak menyeluruh sehingga menampakkan apa yang dia katakan amatlah nyata bagi orang orang yang buta tentang Islam. 

Sehingga hari ini, penulis masih mengharapkan video ini tidak tersebar lagi, atau akan ada pihak yang bertanggungjawap tampil ke hadapan. Insyallah. Bagi yang baru mengenal Islam.. ingatlah bahawa Umat Nabi Muhammad SAW telah pun diberi kunci ke syurga. Segalanya terpulang pada kita untuk menjaganya.
 
Wallahu A'alam

Read more


A Lonely Father with His Son

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

A story worth sharing.....

4 years ago, an accident took my beloved away and very often I wonder,
how does my wife, who is now in the heavenly realm, feel right now? She
must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable to
taking care of the house and the kid. 'cos that is the exact feeling
that I have,> as I feel that I have failed to provide for the physical
and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for my
child.



There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I
had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that
there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after
informing my sleepy child.

With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am
home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy.
So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the
room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention
of just having a well-deserved sleep, all I heard and felt was broken
porcelain and warm liquid! I flipped open my blanket, and there lies the
source of the 'problem'... a broken bowl with instant noodles and a mess
on the bed sheet and blanket!

Boy, was I mad! I was so furious that I took a clothes hanger, charged
straight at my child who was happily playing with his toy, and give him
a good spanking! He merely cried but not asking for mercy, except a
short explanation:

"Dad, I was hungry and there wasn't anymore leftover rice. But you were
not back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I
remembered you reminding me not to touch or use the gas stove without
any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water
from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for
me. However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it
under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you
'cos I was playing with my toys...I am sorry Dad..."

At that moment, tears were starting to run down my cheeks...but I didn't
want my son to see his dad crying so I dashed into the bathroom and
cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I
went towards my son to give him a tight hug and applied medication on
him, while coaxing him to sleep. Then, it was time to clear up the mess on
the bed. When everything was done and well past midnight, I passed my
son's room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little
buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy.

A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to
focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to
most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating
from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting
impression on his childhood memories and he is still happily growing up.

However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This
time, his kindergarten teacher called, informing me of my son's absence
from school. I took off early from work and went home, expecting him to
explain. But he wasn't to be found, so I went around our house, calling
out his name and eventually found him outside a stationery shop, happily
playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the
hell out of him. He did not retaliate, except to say, 'I am sorry, Dad'.
But after much probing, I realized that it was a 'Talent Show' organized
by his school and the invite is for every student's mummy. And that was the
reason for his absence as he has no mummy.....

Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten
has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept
to himself and stayed in his room to practise his writing, which I am
sure, would make my wife proud, if she was still around. 'cos he makes
me proud too!

Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It's
winter, and its Christmas time. Everywhere the christmas spirit is in
every passer-by... Christmas carols and frantic shoppers.... but alas, my
son got into another trouble. When I was about to knock off from the
day's work, the post office called. Due to the peak season, the post
master was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has
attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise
never to hit my son again, I couldn't help but to hit him as I feel that
this child of mine is really beyond control. Once again, as before, he
apologized, ' I'm sorry, Dad' and no additional reason to explain. I
pushed him towards a corner, went to the post office to collect the
letters with no addressee and came home, and angrily questioned my son
on his prank, during this time of the year.

His answer, amidst his sobbing, was : The letters were for Mummy. My
eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to
ask him: " But why did u post so many letters, at one time?" My son's
reply was: " I have been writing to mummy for a long time, but each time
I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not
able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox,
I could reach it and I sent it all at once..."

After hearing this, I was lost. Lost at not knowing what to do, what to
say.....I told my son, " Son, mummy is in the heavenly kingdom, so in future, if
you have anything to tell her, just burn the letter and it will reach
mummy. My son, on hearing this, was much pacifi ed and calm, and soon
after, he was sleeping soundly. On promising that I will burn the
letters on his behalf, I brought the letters outside, but couldn't help
opening the letter before they turn to ash.

And one of the letters broke my heart....

Dear Mummy,

I miss you so much! Today, there was a 'Talent Show' in school, and the school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I
was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad
went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front
of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was
furious, and he couldnt help it but scolded and hit me, but I did not
tell him the real reason. Mummy, everyday I see Dad missing you and
whenever he think of you, he is so sad and often hide and cry in h is room. I
think we both miss you very very much. Too much for our own good I
think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my
dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you
fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will
see the person in your dreams. But mummy, why havent you appear?

After reading the letter, I cant stop sobbing. 'cos I can never replace
the irreplaceable gap left behind by my wife....

For the females with children:
Don't do so much overtime. If you cannot finish the work, it must be
some kind of problems within the company, and it is not your sole
problem.
Feedback to your boss. Endless overtime may not necessary be the answer
to the problem. Take care of your health so that you can treasure and
take care of your little precious.

For the married men:
Drink less, smoke less, cos nothing can replace your good health, not
even business nor clients.
Try thinking this way, are you able to work till your clients are
totally dependent on you? or your boss is totally dependent on you? In
this society, no one is indispensable.

Take care of your health, so that you can take care of your little
precious and your loved ones.

For those singles out there:
Beauty lies in loving yourself first. With confidence and loving
yourself, you will see the beauty in other things around you. You will
be able to work better and happier. Don't let your health be affected by
your work or your boss, so nothing matters more than your well being.

Wallahu A'alam

Read more

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters