Auratkah Suara?

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 


Idea ini datang spontan. Sebentar tadi aku melawat laman Youtube. Mencari lagu Cinta Muka Buku yang aku baru tahu maksud muka buku tu Facebook.. Ceh ketinggalan zaman sungguh aku ni rupe nya. Huhu ~~…
Macam biasa, bila orang melayu buat video, biasanya yang ramai mengkritik melayu juga. Maka timbullah isu aurat, isu agama, isu halal haram. Cuba memperlihatkan kehebatan masing masing sambil bersembunyi di sebalik skrin laptop atau skrin komputer.  Aku tertarik dengan satu isu, suara adalah aurat wanita. Hurm… tidak pula dia mempamerkan hadis hadis yang menyokong kenyataannya. Dan sebenarnya aku agak malas nak ambil tahu berkenaan dengan isu isu sensitif macam ni. Aku ni bukannya pandai sangat pun. Baru nak bertatih, itupun jatuh bangun. Persoalan aku, jika Najwa si penyanyi Cinta Muka Buku itu diselar kerana mendedahkan auratnya (yakni suara), kenapa tidak menyelar Yang Amat Bahagia Datuk Datuk, atau Datin Datin yang berucap di perhimpunan tertentu? Aku pasti ramai juga menteri wanita kita pada hari ini. Bukankah mereka pada waktu yang sama mengeluarkan suara? Bahkan dengan lantang mengemukakan hujah. Bagaimana pula ustazah ustazah yang bersiaran langsung dalam kaca TV? Rasanya lagi ramai lelaki diluar sana yang mendengar suara ustazah berkenaan. Dan aku pasti, ustazah ini pastinya sangat arif tentang aurat. Dan jika ada yang menyatakan, suara itu aurat kerana boleh mengundang nafsu lelaki, aku tak berani jamin ada lelaki yang tidak bernafsu walaupun mendengar ceramah agama. Kalau tidak masakan ada ustazah yang kena rogol. Kan? (sekadar bertanya)
Aku yakin sang pengkritik tidak membaca entri aku yang tidak seberapa ini. Tapi itu adalah di antara persoalan yang berlegar legar di kepala aku dan menanti jawapan sehingga kini. Bagaimana pula dengan suara suara cikgu dalam bilik kelas? Walau apa pun niat kita, yang pasti aurat adalah aurat? Betulkan? Bagaimana suara mak kita, kakak kita, adik perempuan kita, saudara perempuan kita, ketika di pasar raya, ketika di majlis gotong royong, ketika di sukaneka sekolah? Bukankah pada masa itu mereka bersuara? Sejauh manakah suara itu sebagai aurat? Dalam keadaan yang bagaimana suara itu dibolehkan dan tidak dibolehkan?
Alangkah bagus jika dia mampu menjawap beberapa soalan aku. Tapi, rasanya itu sekadar mimpi yang aku pasti belum tentu ada orang yang mampu menjawapnya dengan dasar dasar yang kukuh. Bukan sekadar berkata kata. Kalau setakat menulis bait bait kata, aku sebagai orang baru ini pun boleh. Tidak ada masalah. Tapi, untuk membuktikan dan menyokong kebenaran itu agak sukar. Renung-renungkan. Selamat beramal ><

p/s : Bukan niat untuk menidakkan ketulusan, Cuma persoalan yang menanti jawapan agar terus menerangi perjalanan yang serba kelam..

Wallahu A'alam

Read more


RASULLAH PADA MASA GERHANA MATAHARI

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 



Matahari telah gerhana pada suatu hari. Para sahabat telah meninggalkan pekerjaan mereka masing masing. Kanak-kanak kecil yang sedang berlatih memanah berlari lari menuju ke masjid untuk mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Nabi. Nabi telah mendirikan sembahyang dua rakaat yang sangat panjang sehingga ada orang jatuh pengsan. Dalam sembahyang itu, Nabi telah menangis sambil berkata :

            “Ya Tuhanku, Engkau telah berkata yang Engkau tidak akan menyeksa mereka (umatnya) selagi aku bersama mereka dan selagi mereka meminta keampunan Engkau.”
Di sini terjelaslah bahawa Nabi merujuk kepada ayat al-Quran yang berbunyi :

            “Dan Allah tidak akan mengazabkan mereka selagi kamu berada di antara mereka. Dan dia tidak akan mengazab mereka selagi mereka meminta ampun.” (Al-Anfal 8:33)
Kemudian dia mengucapkan kepada para jemaah.

            “Kamu hendaklah bersegera melakukan solat apabila berlaku gerhana bulan atau gerhana matahari. Kalau kamu mengetahui tanda-tanda hari kiamat sebagaimana aku ketahui, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. Peristiwa-peristiwa seperti ini memerlukan kita bersembahyang, berdoa kepada Allah dan bersedekah kepada fakir fakir miskin.”

Sumber : Himpunan Kitab-Kitab Fadhail Amal (m/s : 25)

Wallahu A'alam

Read more


Amal perbuatan Anas waktu ribut berlaku

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 



Diceritakan oleh Nadhr b. Abdullah.

“Pada suatu hari, ketika Anas masih hidup, cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: ‘Pernah kau lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasullah?’ Dia menjawab : “Aku berlindung dengan Allah. Pada masa itu kalau angin ribut, kami akan bersegera ke masjid takut takut kalau berlaku Hari Kiamat.”

Abu Darda bercerita :

“Apabila angin kencang bertiup, Nabi Muhammad S.A.W akan berasa cemas. Dia akan pergi ke masjid.”

Amalan seperti ini amat jarang dilakukan oleh umat Islam sekarang, sama ada dari golongan kebanyakkan atau golongan ulama. Mungkin mereka tidak mengetahui yang amalan ini merupakan salah satu sunnah Nabi.


Wallahu A'alam

Read more

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters