Bismillah ar-rahman ir- rahim..
Idea ini datang spontan. Sebentar tadi aku melawat laman Youtube. Mencari lagu Cinta Muka Buku yang aku baru tahu maksud muka buku tu Facebook.. Ceh ketinggalan zaman sungguh aku ni rupe nya. Huhu ~~…
Macam biasa, bila orang melayu buat video, biasanya yang ramai mengkritik melayu juga. Maka timbullah isu aurat, isu agama, isu halal haram. Cuba memperlihatkan kehebatan masing masing sambil bersembunyi di sebalik skrin laptop atau skrin komputer. Aku tertarik dengan satu isu, suara adalah aurat wanita. Hurm… tidak pula dia mempamerkan hadis hadis yang menyokong kenyataannya. Dan sebenarnya aku agak malas nak ambil tahu berkenaan dengan isu isu sensitif macam ni. Aku ni bukannya pandai sangat pun. Baru nak bertatih, itupun jatuh bangun. Persoalan aku, jika Najwa si penyanyi Cinta Muka Buku itu diselar kerana mendedahkan auratnya (yakni suara), kenapa tidak menyelar Yang Amat Bahagia Datuk Datuk, atau Datin Datin yang berucap di perhimpunan tertentu? Aku pasti ramai juga menteri wanita kita pada hari ini. Bukankah mereka pada waktu yang sama mengeluarkan suara? Bahkan dengan lantang mengemukakan hujah. Bagaimana pula ustazah ustazah yang bersiaran langsung dalam kaca TV? Rasanya lagi ramai lelaki diluar sana yang mendengar suara ustazah berkenaan. Dan aku pasti, ustazah ini pastinya sangat arif tentang aurat. Dan jika ada yang menyatakan, suara itu aurat kerana boleh mengundang nafsu lelaki, aku tak berani jamin ada lelaki yang tidak bernafsu walaupun mendengar ceramah agama. Kalau tidak masakan ada ustazah yang kena rogol. Kan? (sekadar bertanya)
Aku yakin sang pengkritik tidak membaca entri aku yang tidak seberapa ini. Tapi itu adalah di antara persoalan yang berlegar legar di kepala aku dan menanti jawapan sehingga kini. Bagaimana pula dengan suara suara cikgu dalam bilik kelas? Walau apa pun niat kita, yang pasti aurat adalah aurat? Betulkan? Bagaimana suara mak kita, kakak kita, adik perempuan kita, saudara perempuan kita, ketika di pasar raya, ketika di majlis gotong royong, ketika di sukaneka sekolah? Bukankah pada masa itu mereka bersuara? Sejauh manakah suara itu sebagai aurat? Dalam keadaan yang bagaimana suara itu dibolehkan dan tidak dibolehkan?
Alangkah bagus jika dia mampu menjawap beberapa soalan aku. Tapi, rasanya itu sekadar mimpi yang aku pasti belum tentu ada orang yang mampu menjawapnya dengan dasar dasar yang kukuh. Bukan sekadar berkata kata. Kalau setakat menulis bait bait kata, aku sebagai orang baru ini pun boleh. Tidak ada masalah. Tapi, untuk membuktikan dan menyokong kebenaran itu agak sukar. Renung-renungkan. Selamat beramal ><
p/s : Bukan niat untuk menidakkan ketulusan, Cuma persoalan yang menanti jawapan agar terus menerangi perjalanan yang serba kelam..