Satu kisah yang tiada penyudah

Dari meja penulis : 

Aku pernah menangis kerana aku memikirkan aku akan kehilangan seorang teman. Tapi pernahkah aku menangis kerana memikirkan aku akan kehilangan hidayah yang aku ada sekarang? Aku sentiasa memohon maaf jika aku bersalah pada teman, padahal selonggok salah ku pada Tuhan Sang Pencipta, pernahkah aku meminta maaf? Aku sanggup berlapar kerana ego ku, tapi sejauh mana aku sanggup berlapar kerana berpuasa? Bila akal menguasai nafsu, syaitan akan menolong nafsu menguasai akal semula, lalu aku terlantar keseorangan. Ya.. sekarang aku memang bermasalah. Aku sangat bermasalah. Sehingga aku tidak tahu ke mana hendak aku melangkah pergi. Tempat kerja bukan lagi sesuatu yang menyeronokkan bagi aku. Rumah kadang kadang mengundang duka. Aku sentiasa ingat, hanya Allah yang mampu menolong aku saat ini, tapi hati aku keras. Aku jauh.. aku kecewa dengan semuanya. Dan terus terang, aku sudah mula berputus asa. Di mana harus aku mencari kembali semangat aku yang hilang? Bahkan, aku pernah terfikir, agar aku berada dalam keadaan yang tidak sedar. Agar aku terlepas dari permasalahan yang melanda. Ya... aku lupa, bahawa masalah yang aku alami adalah ujian sebagai tanda Dia sayangkan aku. 

Benar. Kita akan kecewa bila kita cuba memberi yang terbaik pada orang lain, tapi insan tersebut tidak dapat memberi seperti yang kita harapkan. Dan alangkah bagusnya jika aku mampu memberi yang terbaik kepada Sang Pencipta, alangkah bagusnya jika aku sanggup berkorban. Tapi, sehingga kini.. aku adalah seorang insan yang menghampakan. Aku tidak boleh terusan menipu diri sendiri. Jalan yang aku pilih sejak tahun lepas semakin kabur. Maafkan aku.


1 comments to "Satu kisah yang tiada penyudah"

  • assalamualaikum afina...
    doa sy, semoga afina sentiasa istiqamah dan bersabar dgn setip ujian Allah. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Pelihara lah hidayah yg Allah kurniakan krn afina insan yg sgt bertuah.hidayah tu kurnian tidak terhingga pd makhluk-NYA. Pelihara lah iman supaya afina sentiasa dlm rahmat & kasih-NYA.tak ape jika tiada siapa peduli akn kita, krn kita masih ada DIA. Sentiasa lah bergantung pd Allah, insyaAllah dia akn permudahkan segalanya tuk kita. Yakin & istiqamah lah jalan ini.

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters