Al kisah kini aku telah pun menjadi seorang ibu. Mempunyai sendiri anak, merasa bagaimana membawanya 9 bulan dalam rahim, merasakan bagaimana perit ketika melahirkan, merasa bagaimana aku serasikan diri dalam usia berpantang 44 hari. Ada masa aku mengamuk, aku fed up, aku stress dalam melayan karenanhnya, tapi bila difikir balik, aku mula rasa bersalah.. apa yang anak kecil itu tahu, yang dia tahu kalau ada yang dia tidak puas hati dia mula melalak, dan umminya ini mula pula pening kepala. Dia nak apa?? Alya Nur Batrisya, andai suatu masa nanti, kamu sudah dewasa, sudah mula pandai berfikir sendiri, sudah mula meneroka dunia luar, dan saat bila kamu rasa ummi mu ini bukan seorang yang sempurna untukmu, maka di sini, ummi titipkan khas pesanan buat kamu. Agar kamu tidak lupa, bahawa wanita ini sanggup menyerahkan nyawa untuk kamu. Bahawa wanita ini akan sentiasa ada di belakangmu, bahawa wanita ini, akan menyintaimu lebih dari mana mana insan.
Sayangku, ketika entri ini ditaip, ummi mu berada di tempat kerja, meninggalkan kamu yang pastinya sedang menangis mencari. Ummimu sedang bergelumang darah, bergelumang najis, sedang menyambut kelahiran, menatap wajah bayi yang baru, membersihkan mereka sedangkan kamu, kamu masih lagi menangis mencari di mana ummi mu. Sayang, bukan ini yang ummi mahu, sebetulnya ummi ingin berada di samping mu setiap saat, sejak dari kelahiran kamu, hari kedua berpantang, ummi sendiri yang memandikan kamu, menguruskan kamu, ummi tidak ingin terlepas satu peluang pun berkenaan denganmu. Kerana ummi tahu, kamu adalah satu satunya yang ummi ada, mungkin tidak akan ada selepas kamu. Di saat ibu orang lain lena di buai mimmpi bersama permata kecil mereka, ummi berjuang untuk menyelamatkan nyawa orang lain dengan cara yang berbeza. Ummi inginkan kamu sentiasa ada di sisi, kerana ummi pernah merasa janggal bila berada di sebelah wanita yang ummi gelar ibu. Sayangku yang bijaksana, ummi mu ini membesar dengan nenek, itulah penawar hati yang duka bila sang ibu tiada. Itulah yang sering mendengar keluh kesah sedangkan ibu mencari harta dunia.Pernah suatu ketika, ummi mu ini berkata " Duit ku mampu cari, tapi bukan kasih sayang" tapi, sang ibu tidak pernah tahu, mungkin dia tahu, tetapi kekangan hidup masa kini sayang menyebabkan kaum wanitanya terpaksa mengerah tenaga juga. Ummi tidak pernah ditemani ketika mengambil hadiah untuk pelajar terbaik, tidak pernah ditemani ketika mendaftar untuk tahun pertama sekolah, bahkan, ummi mu ini tidak ditemani ibunya ketika sedang bergelut dengan nyawa. Itu yang membuat hati sangat terkilan, akan tetapi sayang, ummi mu terjumpa seorang insan yang baik hati, baginya seteruk mana pun seoran ibu itu, dia tetap ibumu, syurga ummi di bawah kakinya ketika itu. Lantas, setelah memilih Islam sebagai pegangan hidup, ummi mula menerima bahawa sang ibu juga menyayangi ummi sebenarnya. Tetapi dengan cara yang ummi tidak pernah tahu. Mungkin kamu juga akan begitu, di mana kamu merasakan bahawa ummi ini tidak menyayangi kamu, lantaran itu mulut ummi asyik membebel sahaja. Itu tanda sayang, itu tanda cinta, jika tidak sayang, tidak wujudnya kamu di dunia ini. Itu saja sudah cukup membuktikan bahawa ummi mu sangat mengasihi kamu.
Kekasih hati,
Di waktu kecilmu, ummi suka memelukmu, mencium mulut yang wangi >.< mencium pipimu yang gebu, mencium perutmu yang sedikit gendut, jika kamu mula meyembur air liur, orang lain mula melarikan diri, maka ummi juga akan mencium pipimu walau penuh dengan air liur kamu, ummi juga membasuh punggungmu, kadang kadang menunggu kamu habis meneran. Sayang, ummi cerita bukan ummi mengungkit kisah lama, tetapi ummi mahu kamu tahu, inilah wanita itu... dan jika kamu kata suatu hari nanti kamu tiada sesiapa, jangan lupa Alya, wanita ini ada sentiasa, andai jasad nya tiada, ummi tetap wujud di hati mu.. InsyaAllah sayang. Sayang, ummi tidak suka mendengar tangisan kamu, lebih lebih lagi kamu sudah pandai menjerit, sungguh ummi tidak suka. Seolah olah kamu tidak berpuas hati, ummi tidak suka akan kekasaran yang kamu mulai pelajari. Tidak, kamu perempuan, seorang perempuan seharusnya lembut, suaranya sayup, bukan nadanya tinggi dan nyaring. Kamu tidak perlu menjadi dominan sayang untuk tampil istimewa, kerana kamu memang istimewa pada asalnya. Kamu yang sulung dan bongsu.. Kamu yang pertama dan terakhir.. Tidak perlu meninggi untuk jadi tinggi, kadang kadang kita tunduk merendah pun orang lain akan angkat kita sayang, ibarat padi.. semakin berisi semakin tunduk. Sayang, untuk hari ini, setakat ini yang ummi tuliskan.. Yang ummi titipkan, buat pengubat rindu mu.. di lain waktu, dengan izinNya, insyaAllah, ummi akan menulis lagi.. dari hawa kepada hawanya, dari Nur untuk Nurnya...
Pagi indah di awal tahun. Pukul 6.45 pagi aku sudah pun terpacak depan koperasi berbaris untuk membeli buku, membayar segala yuran, menguruskan hal persekolahan secara sendirian. Tiada lagi ibu saudara menemani aku. Dan aku secara semula jadinya memang inginkan kebebasan. Malahan, selalu juga kepala otak aku yang tak berapa nak betul ini membayangkan yang suatu hari nanti aku akan meninggalkan tempat kelahiran aku. Ibarat anak burung, bila tumbuh sayapnya, maka terbang bebas ke mana saja. Lalu, tiba tiba imaginasi liarku melihat anak burung yang terbang bebas tadi, ditembak oleh pemburu, lantas terkubur sepi impian untuk terbang bebas. Biar saja aku berjalan kaki asalkan aku bukan mangsa sang pemburu. Hihi..
Setelah usai segalanya, aku menuju ke cafe sekolah sambil mengira baki duit yang aku sedut dari yuran sekolah. Bijaknya kepala otak aku, aku lebihkan RM50 setiap yuran serta setiap buku yang perlu dibeli, jadi aku ada duit lebihan kira kira RM100. Hohoho, sapa suruh Mami tak nak ikut aku kan. Ni kira upah.
"Wann, tumu amat d datai.[Wann, awalnya kamu sampai]" Benn menyapa. Aku tersengih dan melihat Lia di belakang Benn bersama seorang lagi yang selama ini aku tahu dia sekelas, tapi aku tak tahu namanya. Sadiskan. Hahaha. Aku pandang lama, siapa dia? Orang asing yang akan merampas Lia dan Benn dari aku.
"La-e.. kawan baru" Benn berkata seolah olah dia mampu membaca apa yang aku fikirkan, aku mengangguk sambil menghulurkan kepak ayam kepada Benn. Dia menolak, huh nasib baik. Rezeki aku. Hahaha.
"D udah mayar yuran ka[Awak sudah bayar yuran ke?] aku mengangguk, entah kenapa mulut aku seolah olah terkunci. Kepala tepu, dunia ku tiba tiba jadi haru biru. Kehadiran La-e tidak berapa aku senangi. Aku tidak suka. Sebabnya? Kerana aku memang tidak suka. Titik. Arghh.. Jangan layan, buat pecah kepala je. Benn dan Lia bukan anak ayam belakang rumah aku yang aku nak simpan dalam reban sahaja. Mereka pun ada kehidupan sendiri. Aku meneruskan suapan. Memikirkan pula, ke mana hala tuju aku selepas ini. Malasnya nak balik rumah. Malas malas... malas lah. Aduiyai.. Tanpa sedar aku hantukkan kepala aku di meja makan.
"Gilakah?!" aku berpaling, siapa pula yang meuncul di tengah tengah kegundahan hati aku ini. Wah.. hensem. Mata aku terus timbul simbol hati. Siap tengelam timbul lagi. Hoho.
"Amat meh gila. Sayau gamal bajik. [Memang gila. Sayang muka cantik]" senyuman aku mati. Ada orang balik tidak berbaju ni karang.Aku bangun, senyuman paling menawan aku pamerkan, dengan bersahaja, aku simbah muka mamat yang hensem di depan aku dengan air Milo kosong ais. Hah! Padan muka.
"Hoi!" dia memekik. Aku tergelak, lantas berlalu dengan gaya diva sambil melambai tangan. Panggil lagi aku gila, penumbuk hinggap kat muka, biar sehensem mana pun kamu, aku tidak peduli. Pantang tok nenek aku. Hish.. sayang, aku baru terfikir hendak memulakan lankah untuk memikat, tetapi disebabkan kelancangan mulutnya, aku malas untuk berfikir.
"Wann, d nda pulai ? [Wann, awak tak balik kah?]" sayup sayup suara Benn dan Lia menjerit memanggil nama aku.
"Malas" ku jawap lemah, sesungguhnya aku tidak mampu untuk membuka mata. Itu tabiat, aku cepat sedar, tetapi untuk aku membuka mata, memang sukar. Mereka berdua duduk di sebelah aku, ni mesti tak nak tinggalkan aku seorang. Aku tersenyum, mereka berdua ku ibaratkan sebagai saudara, lebih dari segalanya.
"Wann, sigat mat lelaki nya. [Wann, kacak benar mamat tu]" mata aku terbuntang, lantas bangun. Perghh.. memang hebat, sekali aku terpandang susuk tubuh yang memang aku kenal. Aku merengus, menyampah. Bangun lalu meninggalkan Lia dan Benn yang terkulat kulat memandang aku. Aku yang masih tidak puas hati lagi menapak menuju si jejaka yang mula berlagak macho di hadapan beberapa budak perempuan. Entah sapa aku tidak tahu, dan tidak mahu ambil tahu.
Dengan muka tidak bersalah, aku langgar mamat perasan bagus itu sehingga dia hampir terjatuh.
"Hoi!" dia memekik lagi. Aku ketawa senang. Dia memandang aku dengan penuh rasa geram, mungkin benci sekali rasanya. Aku kenyitkan mata sambil berlalu, Benn dan Lia hanya memerhati sambil menggeleng kepala. Mereka sudah sedia maklum, aku siapa.
"D nemu sapa nembiak nya ka? [Awak tahu tak siapa budak tu?]"
"Enda, aku nda peduli pun sapa ia. [Tidak, aku tak peduli pun siapa dia]"
"Ia nembiak baru pindah ari Kuching. [Dia budak baru pindah dari Kuching]" aku renung muka Benn yang selamba badak. Bila masa pulak dia tahu? Hari ini baru hari pertama persekolahan.
"Ia pindah taun lepas, bulan 11.. iga ga d nda nemu. [Dia pindah tahun lepas, bulan 11, takkan awak tak tahu.]"
Aku diam.
"Aram pulai. [Jom balik]" aku menapak ke perhentian bas. Biarlah Mami membebel, aku cuma perlu pejamkan mata saja.
Translate This Blog
Welcome to my website
Followers
Blog Archive
My Blog List
-
Apa yang Kamu Tahu?7 years ago
-
Al kisah aku kini seorang ibu10 years ago
-