Maklumbalas suara wanita itu aurat

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 


Maklumbalas "Suara Wanita itu Aurat oleh seorang sahabat"


Assalamualaikum. Sekadar menjawab persoalan awk dalam salah satu ruangan entry di blog afina awk (lama x bc tiba2 terdetik nak buka hehe)

Hukum Suara Wanita

Segolongan orang berpendapat bahawa suara wanita itu adalah aurat dan ada golongan yg mengatakan tidak. Masing2 membawa hujah yg tersendiri. Namun dari pengamatan sy setelah menziarahi beberapa artikel berkenaan Suara wanita adalah aurat,ada yg menggunakan hadith yg maksud sebenarnya lain. Spt;

"Adapun dalil As-Sunnah, antara lain bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua hamba wanita bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari, hadits no. 949 & 952; Shahih Muslim, hadits no. 892)."

"Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi, dinilainya sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). "



Hadis ini tidak boleh diqiaskan (dijadikan rujukan) utk mengizinkan wanita menyanyi. Kerana menurut pentafsir hadis, hukum bagi wanita hamba pada masa tersebut tidak sama dgn wanita merdeka....begitu juga Rasulullah sendiri mempunyai hukum yg khusus yang tidak dimiliki oleh org lain, seperti boleh memiliki 9 orang isteri manakala lelaki biasa tidak dibenarkan. Pentafsir hadis juga mengatakan wanita yang dizinkan Rasulullah bernyanyi itu adalah 'kanak-kanak' yang belum baligh....wallahuallam

Namun berikutnya adalah apa yg sy simpulkan dr artikel2 dan buku yg telah sy baca.

Mengikut Hanafi;
Ianya tidak aurat,namun diharamkan sekiranya dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah sekalipun memperdengarkan ayat al-quran.

Mengikut Syafie;
Suara wanita adalah aurat dihadapan laki2 yg ajnabi samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.



Namun klu ikutkan zaman sekarang, golongan Wanita dh ramai yg berkerjaya dan terlibat dgn persatuan2 sosial dan kemasyarakatan. Kehadiran wanita dalam pembentukan insan sekarang juga diperlukan. Jadi sukalah sy berpegang pada pendapat Imam Hanafi (dalam islam ada 4 mazhab, jadi kita x disyariatkan utk rigid berpegang pada 1 mazzhab sj, kerana islam islam itu lengkap dan memudahkan urusan umatnya).

Berdasarkan dalil;
1)Para isteri Nabi Muhammad SAW pernah berbincang dengan para sahabat,dan para sahabat mempelajari hukum2 agama daripadaNya.

2)Suatu hari tikamana Umar R.A hendak menentukan jumlah mahar,terdapat seorang wanita yg menolaknya dari sudut masjid seraya membaca firman Allah SWT.

3)Fatimah pernah menemui Abu Bakar R.A untuk berbicara mengenai hal yg dianggap menjadi haknya dan berdebat sesama mereka.

Dalil diatas menunjukkan bahawa suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yg digariskan. Suara Wanita yg bernada rendah/mendesak/merayu/menggoda/lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram.Selagi xda hal yg mustahak elakkan berbicara dgn ajnabi.



"Maka jangan kamu tunduk dalam berbicara sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik" (Al-Ahzab;32)

"...tunduk dalam berbicara..." itu ramai ulama tafsir menafsirkan ayat ini sebagai melunak dan melemah lembutkn suara

Dalam kes penyanyi lagu muka buku itu, sy sendiri mengatakan haram kerana terdapat unsur melunakkan suara sehingga menimbulkan kelalaian kpd si pendengar malah boleh jadi ada yg terangsang mendengar suara perempuan yg menyanyikan lagu ini. Jadi untuk elak fitnah atas si penyanyi dan si pendengar, seeloknya lagu ini tidak didengar selalu. Kerana ia bukan saja haram buat kaum laki kerana mendengar suara lunak penyanyi malah haram utk laki dan perempuan juga kerana mesej yg terdapat dalam lagu muka buku sgt2 membawa dan mendorong manusia ke arah buat maksiat (kalau awk teliti betul2 liriknya)

Wallahu a'lam. Maaf andai ada yg tersinggung.



Wallahu A'alam

Read more

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters