Mak dan Anak Gadis

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

- Pandangan Peribadi Penulis -


Jika kita melihat perbezaan zaman mak kita, 30 tahun yang lepas atau lebih, mungkin kita disajikan dengan permandangan yang berlainan. Mana ada pelbagai fesyen tudung seperti zaman kita. Tak ada pula fesyen labuh demi menutupi aurat. Begitu juga dengan pegangan agamanya, masih ramai yang kabur dengan Islam ketika itu. Kalau tidak, masakan ada Mandi Safar. Menurut seorang kenalan (berusia 70 tahun), Mandi Safar adalah satu upacara menolak bala yang diadakan pada bulan Safar. Caranya adalah mandi dan ada orang bijak pandai mengetuai upacara tersebut. Upacara ini diharamkan kerajaan sekitar tahun 1960-an. 

Berbanding pada zaman kita, tilawah al-Quran setiap minggu, kelas fardu ain, ke sekolah menutup aurat. Bertudung litup. Persoalan penulis adalah MENGAPA TERLALU BANYAK GEJALA SOSIAL di abad ini? Kerana itu, penulis mengupas sendiri [?]. Ibu bapa kita suatu ketika dahulu sangat pemalu. Mendengar kata, tidak berani ingkar perintah. Dulu jika nenek kita menyuruh ibu membuat kerja di dapur, cepat saja menolong. Kita pula? "Alaa.. kejap lah, orang masih ada kerja ni" <--- alasan biasa. Padahal online Facebook. Para ibu kita, tidak berani berbual berlebihan dengan lelaki. Percaya atau tidak, mak saudara penulis menceritakan pengalamannya. Masa sekolah, dia tidak berani memegang lelaki, sebab atuk pernah cakap, bersentuh dengan lelaki boleh menyebabkan mengandung. 

Oleh kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang semua itu, para ibu ini percaya. Bersabar menunggu dewasa. Zaman dulu mana ada internet, mana ada handphone. Zaman sekarang? Tak usah cerita, bayi dalam kandungan pun sudah ada handphone sendiri. Salah siapa? Mengapa anak anak kita kurang malu sedangkan ibu bapanya dulu pemalu? Kenapa anak anak kita kurang ajar? Sedangkan ibu bapanya patuh pada orang tua? Mungkin, anak anak kita terlalu DIMANJAKAN. Bila guru di sekolah mengadu kepada kita yang anak anak kita nakal di sekolah, kita menengking guru tersebut, "Anak saya baik! Cikgu jangan nak fitnah. Kalau tidak saya saman!" <---- ini merupakan ayat ayat yang seringkali penulis dengar. Kita semakin pandai, sikit sikit nak saman. Masih ingatkah zaman ibu bapa kita dulu? Jika perkara yang sama terjadi, atuk tunduk malu di hadapan guru. Balik rumah, anak yang nakal itu dibelasah, setimpal dengan kesalahanya.



Kerana itulah anak anak zaman dulu hormat dengan ibu bapa. Amat menyedihkan bila keadaan tidak sama seperti dulu. Di akhir zaman, anak anak mula pandai menengking ibu bapa. Mula pandai membelasah guru. Lebih teruk, anak anak kita semakin liar. Di mana kah silap kita? Berfikirlah. Kerana sesuatu perkara tidak akan terjadi jika kita tidak memulakan.
 
Wallahu A'alam

Read more


Aku Mualaf - Part 7

"Enti d bulih siti A, aku meri d RM10. [Kalau awak dapat satu A, saya bagi RM10]" itu kata kata abang sepupu aku, Edwin beberapa bulan sebelum keputusan UPSR diumumkan. Hari ini sudah 3 minggu keputusan diumumkan, keputusan aku tidaklah membanggakan. Malah mak mengamuk sebaik saja melihat keputusan aku. 2A 3B. Tapi, janji Abang Ed tetap tinggal janji. Aku pula malas untuk menagih.

"D patut bulih 5A. Kebuah d selalu main main ba sekula, nya alai tu' utai ulih d! [Awak sepatutnya dapat 5A. Oleh kerana awak selalu sambil lewa di sekolah, awak dapat keputusan sebegini!]" aku tahu mak kecewa dengan aku. Tapi, nak buat macam mana. Nasib tidak menyebelahi aku. Nenek kan selalu ajar, sesuatu yang terjadi memang sudah nasib. Tapi, guru kelas aku, selalu berkata, Tuhan tidak akan tolong kalau kita sendiri tidak berusaha. Jadi, sejauh mana aku berusaha?

Janji abang dan amarah mak aku ketepikan. Memeningkan kepala jika aku terusan memikirkannya. Aku menyambung kembali bacaan aku yang tergendala akibat kenangan masa lalu. Pintu masuk neraka, buku yang mak belikan khas untuk aku. Menceritakan tentang dosa dosa dan sebab sebab kemasukan ke neraka. Ada juga tentang azab dalam neraka. Aku juga tahu kewujudan neraka melalui agama Kristianku. Tapi tidaklah terperinci seperti ini.

"Bup nama dibaca d Atit? [Buku apa yang kamu baca, Atit?]" muka Cumel yang seperti biasanya tersengih ibarat kerang busuk yang setengah busuk dipacak di hadapan aku. Aku merengus. Sedikit terganggu.

"Pintu Masuk Neraka." aku menjawap malas dan mendatar. Kukira dia faham yang aku tidak ingin diganggu. Tetapi, dia duduk dekat dengan aku.

"Cerita namanya? [Cerita tentang apa?]"

"Neraka, dosa, enggau pemerinsa maya dalam neraka lah. [ Neraka, dosa, dan kesusahan yang ditimpa dalam neraka.]"

"Bup ari Kristian kah? [Buku dari Kristian kah?]"

Aku menggeleng pantas.

"Islam."

Cumel melongo. Mungkin dalam kepala dia mencari apa maksud Islam.

"Agama sida laut, bala cikgu ba sekula. [Agama orang melayu, para cikgu kat sekolah]" penerangan itu menyebabkan Cumel memandang aku lebih lama.

"Bakani d nemu? [Macam mana awak tahu?]"

"endai... enti bala indu bertudung, Islam lah nya.. laut meh nya. [La... kalau para perempuan bertudung, Islam lah tu, melayu lah tu].

Aku bangun, meninggalkan Cumel sendirian di luar dan masuk ke dalam bilik. Mak tiada di rumah. Dia dan ayah tiri berjaja di pasar tani. Teringin pula melihat kura kura yang mak simpan di belakang rumah berdekatan dengan reban ayam.


Aku keluarkan kesemua kura kura mak. Yang aku punya sudah tentu yang paling kecil dan comel. Kura kura itu berlumpur, sudah berapa lama airnya tidak diganti, aku pun tidak tahu. Aku ambil berus dan mula memberus 'rumah' kura kura itu. Jenuh juga menghabiskan 13 ekor kesemua nya. Entah macam mana, pintu belakang boleh terbuka, menyebabkan ayam ayam mak mula berkumpul melihat aku yang keasyikan memberus kura kura. Mungkin mereka pelik. Err.. ayam boleh berfikir ke? Entah.

"Dini atit? [Mana Atit?]" suara mak yang lantang mengejutkan aku. Dengan pantas aku menyimpan kura kura ke tempat asalnya, sambil aku jiruskan air ke badan kura kura. Biar sejuk, ku kira begitulah.

"Nama hal? [Apa hal?]" aku menjawap sambil menayang muka tidak bersalah.

"Nama gaga d di belakang rumah? [Awak buat apa di belakang rumah?]" mak menjeling tajam. Aku hanya menggeleng.

"Nadai nama nama. [Tak ada apa apa]"

Aku mencapai buku, dan mula berpura pura tidak memperdulikan kehadiran mak. Buku bertajuk 'Takkan hilang Melayu di dunia" berkulit hijau dan ada keris. Aku pernah diajar, bahawa keris adalah lambang ketuanan Melayu. Cuma, aku masih tertanya, kenapa mak menghadiahkan aku buku yang aku langsung tidak faham. Lain kali beli la buku Snow White ke, Beauty and The Beast ke, Rapunzel ke.


Namun akhirnya, pembacaan ku disulami lena yang panjang. Suara mak yang tadi nyaring memanggil nama adik semakin kedengaran samar samar. Kepala terasa berat, dan akhirnya, dunia ku gelap.

Read more


Alamak.. Nasi Hangit

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Memang kebiasaan dan keperluan untuk seorang wanita menyibukkan diri di dapur. Walau segala alatan di dapur tidak dikenali. Malah mungkin ada yang memasak nasi mentah, lembik, tak kurang juga hangit. Di sini beberapa petua untuk menghilangkan bau hangit. 

Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insyallah bau tersebut hilang.

Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.
  
Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.

Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan.

Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.




Wallahu A'alam

Read more


Bibir merekah?

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Petua yang pertama : 

  • Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya. 

Sumber : Famili Azam

Petua Kedua :

  • Sapukan mentega di atas bibir. Biarkan selama 10 min. Amalkan 3 kali seminggu. Insyallah.

Sumber : Petua org2 kampung sebelah

Petua Ketiga:

PAGI HARI - Sebelum menggosok gigi, sapukan balsam bibir terlebih dulu
utk melembutkan bibir dan mengelakkannya drpd kering dan pecah..

SEPANJANG HARI - Setiap kali keluar rumah, gunakan moisturizer lipstick
(pelembap) dan sunscreen (pelindung matahari). Setelah itu baru kita
calitkan lipstick biasa..

PANAS MATAHARI - Jika hari panas dan kering, biasakan menggunakan balsam
bibir atau pengilat bibir tanpa warna dan lipstick sunscreen. Selalulah
menggunakan pelembap, setiap kali bibir menghadap matahari..

TIDUR - Setiap kali hendak tidur, biasakan utk membersihkan sisa
lipstick yg masih melekat di bibir. Setelah bersih, calitkan pelembap..

Jangan basahi bibir dgn air liur kerana air liur mengeringkan bibir.
Jgn menggigit, mengupas dan menggunting bahagian kulit yg mengelupas.
Sebelum tidur, sapukan balsam bibir atau vaselin. Ia akan membuatkan
kulit bibir nampak segar keesokkan hari. Sewaktu membersihkan bibir
dari lipstick, gunakanlah krim. Gosok secara perlahan utk menyingkirkan
kulit mati atau kerak. Tepuk2 hingga kering lalu disapukan pelembap.

Lindungi bibir yg mengelupas dari angin, hawa dingin dan sinaran
matahari dgn balsam bibir setiap hari. Pilih balsam bibir yg
mengandungi vitamin dan SPF 15 (sun protection factor).

Rajin minum air putih akan membantu melembapkan bibir dan kulit tubuh
secara menyeluruh. Banyakkan makan buah2an dan sayur2an segar kerana ia
mengandungi vitamin yg amat diperlukan bg proses melembapkan kulit.

Selain itu, boleh juga sapukan madu pada bibir sebelum tidur. Cara ini
dpt melembutkan bibir, melembap dan sekaligus mencegah bibir dpd kering
atau pecah2.

Setiap pagi minumlah satu sudu makan madu. Zat2 yg terkandung dlm madu
dpt membantu menghaluskan sel2 kulit dari dalam. Kalau tak berapa suka
rasa yg terlalu manis pada madu, campurkan dgn secawan air.

Sumber : Cari Forum

Wallahu A'alam

Read more


Tentang Semalam

Ada satu cerita
Tentang keindahan semalam..
Tentang keakraban insani
Yang hari ini, telah hilang seri..
Akukah insan itu..
Yang cuba bangkit dari kejatuhan..
Akukah insan itu? 
Yang hilang semangat dan perjuangan..
Aku masih merindui dia..
Rindu pada kata kata yang mengingatkan aku pada Sang Pencipta..
Rindu pada amarah yang sering menghalau degil dalam hati..


Semalam..
Dia masih lagi berdiri..
menunggu kedatangan aku..
Dan semalam juga, 
Dia tidak pernah berputus asa untuk mencari aku..
Tapi hari ini...
Dia pergi buat selamanya....
 




nukilan rasa buat insan istimewa : Amar Bin Hassan

Read more


Rahsia Kematian

Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Sumber : Takzirah di Facebook


Wallahu A'alam

Read more


Akhlak Sabar Dan Tahan Menderita


Bismillah ar-rahman ir- rahim.. 

Di antara akhlak mulia yang harus dimiliki kaum Muslimin ialah sabar dan tahan menderita kerana Allah SWT. Sabar dalam melatih diri dan rela terhadap sesuatu yang tidak disenangi yang menyangkut ibadah kepada Allah.

Kaum Muslimin harus dapat melaksanakan semua kewajipannya kepada Allah dan berusaha menjauhi maksiat. Dia tidak mengizinkan dirinya untuk berbuat yang dilarang oleh Allah meskipun dia merindukannya, dan ikhlas menerima cubaan yang diberikan Allah kepadanya. Oleh hal yang demikian, dia tidak boleh mengeluh atau marah kerana orang yang orang yang mengeluh adalah bencana, orang menanti sesuatu adalah kurang akal, dan marah terhadap takdir Allah bermaksud mencaci maki Allah SWT.

Kesabaran dan tidak mengeluh termasuk dalam akhlak yang mesti diusahakan dan diperoleh melalui latihan dan perjuangan melawan hawa nafsu. Setiap kaum Muslimin mengerahui bahawa sabar dalah perintah Allah seperti mana firman-Nya :

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (berjaya)."  Surah Ali 'Imran [3]:200

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu..." Surah al-Baqarah [2]:153

"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan selalu meyakini ayat-ayat kami." Surah as-Sajadah [32]:24

Sabda Nabi SAW kepada puterinta yang mengutuskan seseorang, meminta agar Nabi segera datang kerana puteranya sakit dan hampir meninggal. Maka Nabi bersabda kepada utusan tersebut :

"Kirim salam dan katakan padanya, sungguh terserah kepada Allah untuk memberi atau mengambil kembali dan segala sesuatu tergantung ajal yang ditentukan baginya, maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala dari Allah." (riwayat Bukhari)

Adapun tahan menderita juga termasuk dalam sabar namun ia lebih berat. Hal itu merupakan harta para Sidiqqin dan tanda tanda orang yang soleh. Hakikat tahan menderita (ithimalul aza) adalah orang Muslim menderita kerana kepentingan Allah, lalu dia bersabar dan tahan uji. Dia tidak menolak kejahatan kecuali dengan kebaikan. Dia tidak membalas untuk kepentingan diri dan peribadi,sepanjang hal itu dia berada di jalan Allah dan mencari redha Allah.

Wallahu A'alam

Read more


10 Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya adalah :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.


4. Orang lelaki yang melarikan diri.


5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).


6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.


8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9. Orang-orang yang suka makan riba’.


10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Wallahu A'alam

Read more

Pages

Welcome to my website

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Followers

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    Web hosting for webmasters